PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, June 13, 2011

OPERASI PEMUTIHAN PATI BERTEKNOLOGI ICT



Satu cadangan yang baik bagi pembangunan Teknologi ICT untuk menyelesaikan isu PATI di Sabah., tapi tak tepat sekiranya HTH mengatakan bahawa sistem ini 'dapat menyelesaikan sebahagian besar isu PATI di negeri Sabah'. Ini kerana:

1. Aplikasi Teknologi ICT semestinya akan digunakan di pintu2 masuk yang utama seperti lapangan terbang, pelabuhan-pelabuhan dan sempadan-sempadan. Dan sudah pasti hanya pelancong-pelancong yang benar-benar melancong atau orang yang bekerja secara sah (menggunakan permit kerja) akan masuk melalui pintu-pintu utama ini. Persoalannya, bagaimana pula bagi mereka yang menyusup masuk secara haram melalui 'pintu-pintu belakang' seperti di Tawau, Lahad Datu & Sandakan (laluan air & darat)?

2. Bagaimana pula dengan PATI yang 'sudah masuk' sebelum ini? Mereka sudah beranak-pinak dan memiliki status kewarganegaraan (yang diberikan oleh pengkhianat negara) di negara ini? Dianggarkan di antara 400,000 - 600,000 PATI yang mendiami bumi sabah setakat ini. Apakah penyelesaian yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk 'menghalau' 'hantu-hantu' ini dan memastikan tidak ada lagi 'pintu-pintu' haram ini??


3. Bagaimana pula dengan dalang-dalang (pengkhianat) yang telah memberikan status kewarganegaraan kepada PATI-PATI ini? Saya berpendapat mereka ini masih bebas dan 'perniagaan' mereka masih lagi berjalan seperti biasa.

Kesimpulannya, aplikasi Teknologi ICT ini sememangnya sedap untuk didengar tetapi hasilnya hanya ibarat seperti "mengubati penyakit kanser dengan menelan 2 biji Panadol"....

KEMENTERIAN Dalam Negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah bagi membangunkan sistem berteknologi tinggi untuk melaksanakan operasi pemutihan besar-besaran pendatang tanpa izin di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apabila diwujudkan kelak, sistem itu diyakini dapat menyelesaikan sebahagian besar isu pendatang tanpa izin di negeri tersebut.

"Dunia tanpa sempadan membawa cabaran tersendiri. Kalau kita tidak berusaha sungguh-sungguh menggunakan sistem dan teknologi sedia ada saya bimbang masa depan kita boleh berada dalam keadaan tidak tentu dari segi keselamatannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Libaran, di sini.

Beliau memberi contoh pelaksanaan sistem biometrik yang memastikan setiap warga asing memasuki negara ini direkod menerusi imbasan cap jari.

Mengenai penahanan seorang anggota militant, Agus Salim, 34, di Johor Baharu pada Isnin lepas, Hishammuddin berkata siasatan polis mendapati Agus masuk ke negara ini menggunakan pasport sah, namun dengan nama lain.


Katanya Agus memasuki Malaysia menerusi Bukit Kayu Hitam, Kedah dari Bangkok, Thailand. (BERNAMA)


--------------------------------------------------------------------------------

No comments: