PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, June 14, 2011

MOGOK PENGUSAHA BOT PUKAT TUNDA (C2) – KENAIKAN HARGA MINYAK.( klik sini )

Oleh Baini
PPKK

Perbualan saya dengan pengerusi Persatuan Bot Pukat Tunda Mr. Chia Hee Juak. Memberitahu mogok dah di mulakan sejak kenaikan harga minyak lagi. Mogok secara beramai dan aman bermula hari sabtu (11/6/2011) , sebanyak 120buah bot yang terlibat dan 6 buah negeri lain juga mengadakan mogok – Pahang, Slgor, Kedah , Johor,Kedah, Perak dan Srwak.
Seramai 100- 200 orang akan secara bergilir akan berada di tempat mengadakan mogok, Di jeti LKIM. Bot mereka akan berada di jeti sehingga hari Ahad sahaja dan akan beredar ke jeti swasta selepas hari ahad. Dengan cara mereka terpaksa menyewa rm300 sebulan. Mogok melibat 2 persatuan – Persatuan Perikanan Ktn dan Persatuan Pukat Tunda Ktn.
Mogok adalah kerana kenaikan harga minyak setelah di tarik subsidi oleh kerajaan . Setelah di tarik subsidi harga minyak diesel di naikan dari RM 1.25 ke RM 1.80.Mr. Chia memberitahu dengan kenaikan harga tersebut pengusaha bot terpaksa menampung (tambahan duit sendiri) sebanyak RM12K – RM15K sebulan belum termasuk kos kerosakan enjin dan pukat. Tangkapan mereka juga dah semakin berkurangan di sebabkan faktor cuaca dan perlu bersaing dengan bot dari Vietnam. Sekarang setiap kali keluar mereka hanya mendapat keuntungan sekitar RM2K –RM3 K sahaja.Minta YB bawa masalah ini segera ke parlimen. Smlm pkl 7ptg – Dato Johari telah turun berbincangn dgn pihak persatuan – beliau meminta beri sedikit masa untuk beliau bahawa masalah ini dlm mesyuarat .

Persatuan telah mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan dan YB Chang, Persatuan mahu kerajaan menurunkan harga semula atau diberikan subsidi semula..YB Chang telah berjanji akan membawa ke mesyuarat Dun pada hari rabu ni.Persatuan juga memberitahu selagi tiada maklum balas atau tiada jalan penyelesaian daripada pihak kerajaan mogok akan di teruskan.Mereka juga sekarang menghadapi tekanan kerana kos penyelenggaran pun dah naik dengan penarikan subsidi mereka betul- betul tidak boleh peroperasi kerana mereka akan menghadapi kerugian bukan keuntungan


Sekira mogok di teruskan akan menjejaskan pengguna kerana kenaikan harga ikan, dan menjejaskan pendapatan pekerja bot pukat tunda- sebuah bot sekurang-kurangnya 5 orang pekerja tempatan.




NELAYAN KECEWA KENYATAAN NOH:





Noh Omar kelmarin menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan kumpulan nelayan laut dalam yang mengancam mengadakan mogok sekiranya kerajaan terus mengekalkan keputusan mengurangkan subsidi diesel.




Di lobi Parlimen, ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendesak kementerian segera menyelesaikan masalah nelayan segera kerana bimbang akan mengakibatkan kenaikan harga makanan laut.





Kor Ming berkata ,Pakatan rakyat percaya jika tidak ditangani segera, sekurang kurngnya 30% harga makanan laut akan mengalami kenaikan akibat krisis ini.





Bagi mengatasi perkara ini. Noh berkata kementeriannya sudah mempunyai pelan alternatif iaitu mengarahkan LKIM membawa masuk ikan impot tambahan sebanyak 110 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan pengguna












SELASA 14 JUN 2011,Sinar Harian





KUANTAN -Pemilik bot C2 disini kecewa dan menyifatkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri asas Tani, Datuk seri Noh Omar sebagai tidak bertolak ansor dengan keadaan mereka.





Pengerusi Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuanta,Chia Jua Kuang berkata, mereka gembira dengan kedatangan Timbalan Menterinya,Datuk ohari baharum kelmarin kerana sanggup mendengar keluhan dan masalah mereka.





Menurutnya, mereka tidak mahu ke laut tetapi kenaikan harga diesel mengakibatkan kerugian.




"Kami bukan tidak mahu turun ke laut tetapi kalau pergi kami terus rugi".Katanya kepada Sinar Harian.




Beliau berkata, kedatangan timbalan menteri (Johari) memberi harapan kepada mereka tetapi hari ini ( semalam )menterinya mengumumkan akan mengimport dari luar.




Dalam pertemuan sama,mereka turut menyampaikan memorandum yang meminta kerajaan menurunkan harga diesel kepada satu tahap yang munasabah bagi membolehkan turun ke laut.





Katanya,persatuan itu akan mengadakan mesyuarat bagi membolehkan ada jalan penyelesaian supaya dapat meneruskan aktiviti berkenaan.




Noh Omar kelmarin menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan kumpulan nelayan laut dalam yang mengancam keputusan mengurangkan subsidi diesel













No comments: