Sdr Balakrishnan a/l Pachiappan dari Sg Tekal Estate, Kuala Krau, Pahang patah kedua-dua kakinya akibat kemalangan jalanraya pada Hari Kedua Deepavaly di Bandar Kuala Krau.
Beliau adalah AJK Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dan mempelopori kaum India Kuala Krau menyertai PKR lebihkurang 2 tahun yang lalu.
Sebelum menyertai PKR, Bala adalah Setiausaha Parti Gerakan Kuala krau, beliau dan lebihkurang 30 orang anggota GERAKAN dan MIC telah menyertai PKR sebelum Pilihanraya 2008.
Sdr Bala adalah seorang pekerja estet di Ladang Sg Mai, bergaji hari dikira RM45.00 sehari x 25 atau 26 hari sebulan. Dengan kecederaan yang menimpanya ini pihak Estet akan terus membayar gajinya dikira 25/26 hari sebulan diatas kadar RM45.00 sehari untuk bulan pertama, dan pada bulan kedua dan ketiga beliau akan menerima gaji diatas kadar RM22.50 x 25/26 hari, dan dibulan ke-empat dan seterusnya beliau tidak lagi diberikan sebarang gaji.
Kecederaan yang berlaku kepada Bala akan mengambil masa yang panjang untuk pulih apatah lagi kerja yang dilakukannya adalah kerja boroh kasar diladang, dan kecederaan ini tidak memungkinkan beliau dapat melakukan lagi kerjanya, dan ini membawa makna beliau tidak akan mempunyai pendapatan.
Beliau menanggung seorang isteri dan seorang anak yang sedang bersekolah.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau melancarkan Dana untuk membantu Sdr Bala dan keluarganya dan setakat ini ada pihak sudah menjanjikan sebuah kerusi roda untuknya, dan siang tadi semasa lawatan Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cbg Kuala Krau ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kami telah menghulurkan derma peribadi kepada beliau disamping derma yang dipanjangkan oleh Sdr Zakaria Hamid.
YB Elizabeth Wong dan Sdri Felicia Ling telah menjanjikan bantuan kewangan dan esuk kami akan melawat Sdr Bala lagi di Hospital untuk menyerahkan pula bantuan derma dari Felicia Ling.
Kepada para dermawan khususnya anggota-anggota PKR yang berhajat menghulurkan derma bolehlah masukkan kedalam akaun MBB saya Suhaimi bin Said no akaun 006052309973.
No comments:
Post a Comment