PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, November 12, 2010

1000 peneroka di Gugusan Bera bersedia saman Felda

Tuan Haji Zakaria daripada Felda Sebertak memberitahu bahawa lebihkurang 1000 peneroka Felda dari Gugusan Bera sudah bersedia untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung isu perahan KPG.
Mereka akan melantik Peguam Wan Rohimi, iaitu Peguam yang sama yang telah berjaya menyaman Felda berhubung isu perahan KPG di Kemahang 3, Kelantan.
Sehingga kini Kilang Felda berkenaan, khususnya untuk Felda Sebertak, hanya memberikan perahan 19% sahaja suatu gred yang terlalu rendah dan tidak munasabah.
Tuan Haji Zakaria yang juga Ketua MTD PAS menyatakan bahawa pada 14hb November 2010 (Ahad) jam 5.00 petang akan diadakan program Ceramah/Dialog diantara peneroka-peneroka Felda Sebertak dengan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Haji Suhaimi Said dan Dialog tersebut akan dipengerusikan oleh Sdr Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro Felda PKR Pahang.
Seramai 126 orang yang terlibat untuk menuntut pengembalian wang tanam semula dan 142 orang yang terlibat dengan isu perahan dari Felda Sebertak akan mengambil bahagian.
Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK, berkemungkinan juga akan dapat menghadirkan diri.
Sementara itu Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang akan menghadiri Majlis Ceramah/Dialog di Felda Jengka 13 pada 13hb November 2010 jam 3.00 petang. Akan turut didalam rombongan Dato Fauzi adalah Peguam Latheefa Koya, Peguam T. Kumar, Haji Suhaimi Said, Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cbg Jerantut dan Man Kadir.

No comments: