PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, July 29, 2010

KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKRAT

NEGERI PAHANG

29 JULAI 2010

____________________________________________________________________________________________________________________

SAMAN EKOR : MEMBEBANKAN RAKYAT


KEPUTUSAN KERAJAAN YANG MENGUATKUASAKAN SAMAN EKOR OLEH PIHAK BERKUASA POLIS DIRAJA MALAYSIA DILIHAT SANGAT MEMBEBANKAN RAKYAT TERUTAMA YANG BERPENDAPATAN RENDAH. SAMAN TERSEBUT MELIBATKAN BEBERAPA KESALAHAN JALANRAYA TERUTAMA MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU YANG DITETAPKAN. KEPUTUSAN KERAJAAN YANG MENETAPKAN SEMUA SAMAN EKOR MESTI DIJELASKAN SEPENUHNYA WALAUPUN ADA YANG TELAH MELEBIHI LIMA TAHUN MENYEBABKAN RAKYAT DIBEBANI. ADA DI ANTARA MEREKA YANG MEMPUNYAI LEBIH DARIPADA LIMA SAMAN YANG BERMAKSUD MEREKA PERLU MEMBAYAR SEHINGGA rm1500.00 (rm300.00 BAGI SETIAP SAMAN). KERAJAAN JUGA MENETAPKAN AGAR PENGGUNA JALANRAYA MENJELASKAN SEPENUHNYA SEMUA SAMAN SEBELUM MEREKA DIBENARKAN MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN.


KEADILAN PAHANG MERASA AMAT KESAL DENGAN KEPUTUSAN KERAJAAN INI DI ATAS BEBERAPA SEBAB :


1. SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA RAKYAT MALAYSIA ADALAH MEREKA YANG BERPENDAPATAN SEDERHANA DAN RENDAH. OLEH YANG DEMIKIAN PENGUATKUASAAN INI AMAT MEMBEBANKAN MEREKA.


2. BEBANAN HIDUP YANG SEMAKIN MENINGKAT AKIBAT KENAIKAN HARGA BARANGAN PENGGUNA TELAH MENYEBABKAN BERLAKU KEMEROSOTAN DI DALAM NILAI PENDAPATAN MEREKA MENYEBABKAN RAKYAT TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN YANG MENCUKUPI. OLEH ITU PENGUATKUASAAN PEMBAYARAN SAMAN EKOR INI AKAN MENAMBAHKAN BEBAN KEPADA RAKYAT MARHAEN.


3. PERTAMBAHAN (ANJAKAN) PENDAPATAN DAN GAJI DI KALANGAN RAKYAT AMAT PERLAHAN DI MALAYSIA BERBANDING DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU DAN MEMBANGUN YANG LAIN MENYEBABKAN RAKYAT SENTIASA DIHIMPIT DENGAN BEBAN KEWANGAN. SEBAGAI CONTOH DARI TAHUN 1973 HINGGA 2010 PENDAPATAN/GAJI PEKERJA DI MALAYSIA MENINGKAT DI ANTARA 0 – 1.5 KALI GANDA BERBANDING DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN SEPERTI BARANG MAKANAN, KENDERAAN DAN RUMAH YANG MELONJAK DI ANTARA 6 – 10 KALI GANDA.


4. KEGAWATAN EKONOMI YANG MELANDA NEGARA TURUT MENYEBABKAN RAKYAT MENANGGUNG BEBAN KEHIDUPAN YANG SEMAKIN SUKAR. OLEH ITU PENGUATKUASAAN PEMBAYARAN SAMAN EKOR INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI BEBAN KEHIDUPAN MEREKA.


DI ATAS FAKTOR-FAKTOR INILAH KEADILAN PAHANG MENYERU PIHAK KERAJAAN:


1. MENGHAPUSKAN SAMAN EKOR DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN SAMAN BERTULIS DENGAN PIHAK POLIS TRAFIK MELAKSANAKAN SEKATAN JALANRAYA.


2. MEMPERHEBATKAN PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN JALANRAYA.


3. MEMANSUHKAN SEMUA SAMAN EKOR YANG TELAH DIKELUARKAN DEMI MERINGANKAN BEBAN RAKYAT SEJAJAR DENGAN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN.


KEADILAN PAHANG SEKALI LAGI MENEGASKAN BAHAWA SAMAN EKOR YANG DIKENAKAN INI AMAT MEMBEBANKAN RAKYAT TERUTAMA MEREKA YANG BERPENDAPATAN RANDAH DAN SEDERHANA. OLEH ITU KERAJAAN DIMINTA UNTUK MEMPERTIMBANGKAN SEMULA PENGUATKUASAANNYA DAN MENGHAPUSKAN SEMUA SAMAN TERSEBUT YANG TELAH DIKELUARKAN.


TERIMA KASIH.


KEADILAN UNTUK SEMUA


PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG



DATO’ FAUZI ABDUL RAHMAN

PENGERUSI

MAJLIS PIMPINAN NEGERI

No comments: