PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, July 27, 2010

MALAYSIA : DIMANAKAH KITA PADA TAHUN 2020..???

MALAYSIA: DI MANAKAH KITA PADA TAHUN 2020……?

(Jika anda mepunyai anak, bacalah sehingga akhir…).

Ke manakah arah tuju kita untuk generasi akan datang…?

Bagi yang mula bekerja pada 1973, kereta Jepun 1.3 liter berharga RM7,000. Hari ini harganya adalah sekitar RM60,000..kenaikkan 8.5 kali ganda.

Pada tahun 1973, rumah dua tingkat adalah kira-kira RM45,000….atau kurang. Hari ini harganya adalah sekitar RM300,000…meningkat sebanyak 6.6 kali ganda.

Pada tahun 1973, gaji seorang jurutera adalah RM1,000. Hari ini sekitar RM2,000, naik 2 kali ganda.

Dari tahun 1973 sehingga 2008……35 tahun……apakah coraknya?..”Bearish”!!! (kenaikan harga barangan pengguna termasuk barang-barang keperluan utama seperti rumah dan kereta yang melambung tidak sejajar dengan kenaikan gaji/pendapatan).

Sekiranya corak pasaran saham adalah bersifat demikian, apakah yang akan kita lakukan?...Keluar dari pasaran!!!

Apabila corak ekonomi negara adalah sedemikian, apakah akan kita lakukan ?

Corak sebegini adalah lebih sukar dipulihkan berbanding dengan pasaran saham.

Saya telah menggunakan 3 perkara ini : Rumah, Kereta & Gaji untuk mengukur pencapaian negara selama 35 tahun…..Orang asing juga bertanyakan 3 perkara ini untuk mengukur tahap dan taraf kehidupan kita.

Sebuah buku yang saya baca berjudul : “Malaysia : The Failed Nation“. Mungkin ada di antara anda yang berminat untuk membacanya. Saya bersetuju dengan penulisnya….

Pagi ini saya minum kopi di McDonald (sekarang kopinya…100% biji kopi Arabica…sedap juga rasanya @ RM 2.90….boleh tambah secara percuma!!

Saya bertanyakan berapakah gaji pekerja mereka sejam? RM3.00 x 8 jam = RM24 sehari x 25 hari = RM600 sebulan

Anak perempuan saya bekerja sambilan semasa dia belajar di Universiti….dia bekerja di Gloria Jeans Coffee…Berapa gajinya ?

$14.00 Australia @ 3.15 = RM44 sejam x 8 = RM352 sehari x 25 hari = RM8,800…13.3 kali ganda lebih !!!..Harga rumah-rumah di Perth adalah kira-kira sama dengan di KL. Harga kereta adalah kira-kira 23% lebih rendah di Perth berbanding Malaysia.

Saya merasakan lebih ramai yang semakin menyedari akan corak (bearish) ini.

Negara maju menjelang 2020…..maknanya negara berpendapatan tinggi !!!

Marilah kita renungi tahun 2005 (Financial Times)

USA GNP per kapita US$35,400

UK GNP per kapita US$25,510

Australia GNP per kapita US$19,530

Singapura GNP per kapita US$20,690

Ini adalah ukuran pendapatan negara-negara maju….

Malaysia GNP per kapita US$3,540

Tahun 2020..apakah Malaysia akan mencapai status negara maju? Sebenar-benarnya…ini satu cerita sedih. Corak yang membimbangkan..betul??

Ringgit yang semakin jatuh dan jatuh di bawah kerajaan sekarang.

Baru-baru ini, saya telah menemuduga beberapa graduan baru yang memohon pekerjaan di syarikat kejuruteraan saya. Saya menerima dua pemohon dengan gaji permulaan sebanyak RM1,600. Sungguh pelik saya rasakan bahawa 15 tahun yang lalu saya sebagai graduan baru jurutera juga mula bekerja dengan jumlah bayaran gaji yang sama.

Sesungguhnya, jika anda bandingkan gaji graduan-graduan sekarang dengan 15 tahun mahupun 20 tahun yang lalu, anda akan dapati hanya ada sedikit sahaja perbezaan di antaranya berbanding dengan jurang perbezaan yang besar pada kuasa beli. Cerita yang sama juga jika anda bandingkan gaji pembantu kedai, pekerja pejabat, pekerja kilang, kakitangan kerajaan dan lain-lain lagi.

Tambah memburukkan lagi keadaan ialah kesan inflasi dan nilai ringgit telah menyusut dengan banyak berbanding dengan matawang utama yang lain. Pendapatan sebenar kebanyakan rakyat Malaysia telah menurun.

Inilah sebabnya kenapa ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga petrol. Masalah asasnya ialah pendapatan sebenar kita telah mengecil dalam menghadapi inflasi dan penyusutan matawang. Rakyat Malaysia bukanlah dimanjakan dengan subsidi tetapi hakikatnya kita tidak dapat keluar dari kemelut pendapatan yang tidak berganjak (bertambah) malah semakin menyusut.

Bandingkan pendapatan per kapita Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan, yang beberapa kali ganda lebih dari kita sedangkan semua negara ini adalah di tahap ekonomi yang sama dengan kita semasa merdeka. Kita diletakkan di dalam kumpulan yang sama dengan mereka dan dipanggil Harimau kecil Asia. Hari ini kesemua mereka telah maju ke hadapan dan menjadi Negara Dunia Pertama (OECD) kecuali kita. Sekarang ini jika dibandingkan pula dengan Negara Dunia Kedua seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam, nampaknya mereka telahpun memintas kita…!

Apakah silapnya ? Kita dulunya adalah bintang bersinar yang sedang naik, negara yang kaya dengan sumber alam semulajadi dan penuh dengan potensi.

Sebabnya adalah rasuah yang banyak, rompakan terhadap sumber-sumber, pembaziran dana-dana untuk projek-projek besar yang tidak ekonomik, perhubungan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan politik (krono-kroni) yang bersifat anti-kepentingan awam serta sikap lepas tangan…Sebagai contoh, Hong Kong dan Singapura telah menghapuskan rasuah yang bermaharajalela pada tahun 80an-90an dengan ICAC mereka dan mengamalkan ketelusan dan meritokrasi beserta dengan pendidikan bertaraf dunia untuk menaikkan ekonomi mereka. Mereka kini mempunyai universiti-universiti yang berada pada tahap 50 terbaik di dunia (tiada pada tahun 80an-90an kecuali Universiti Malaya).

NEP selama empat dekad di Malaysia di mana polisi pendidikan, ekonomi dan pekerjaan ditentukan berdasarkan kaum telah menyebabkan meritokrasi diketepikan.

Tahap pencapaian universiti-universiti kita telah menurun dan hari ini golongan muda yang terpelajar telah berhijrah untuk mengelakkan diri dari ketidakseimbangan kaum ini yang akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di negara asing.

Reputasi sistem kehakiman kita yang dulunya di pandang tinggi di mata dunia telah menjunam dengan teruk sehinggakan pelabur asing sekarang ini bertegas untuk menggunakan sistem pengadilan di Singapura sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

Kita juga mempunyai undang-undang yang berbentuk penindasan seperti ISA, OSA, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan PPPA yang menghalang kenyataan terbuka digubal bertujuan memastikan parti yang memerintah terus berkuasa…

Kita menjadi semakin tidak menarik kepada pelabur asing dan kini ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran untuk pelaburan asing langsung. Sehinggakan beberapa syarikat yang telahpun bertapak di sini talah mengambil langkah untuk keluar dari Malaysia.

Semua kelesuan ekonomi dan sosial ini telah memberikan kesan kepada nilai matawang kita. Sedangkan pada dasarnya kekuatan nilai matawang mencerminkan kekuatan ekonomi sesebuah negara. Ditambah pula, Bank Negara mempunyai polisi ringgit yang lemah untuk membantu pengekspot-pengekspot, tanpa memikirkan bebanannya kepada rakyat biasa. Kerajaan adalaah pro-syarikat, bukan pro-rakyat.

Sementara golongan miskin dan kelas pertengahan semakin terhimpit, sekumpulan golongan elit pula semakin bertambah kaya. Kita telah dikenali sebagai negara yang mempunyai ketidaksamaan pendapatan yang terburuk di kalangan negara-negara Asean. Pengagihan kekayaan yang sepatutnya kepada golongan miskin dan kelas pertengahan telah pergi kepada beberapa kumpulan berkepentingan politik yang elit dan terpilih.

Kesan akhirnya, pengagihan kekayaan negara lebih kepada sebilangan kumpulan kecil yang sangat kaya sedangkan yang lain terus dihimpit kemiskinan dan golongan kelas pertengahan semakin mengecil. Inilah yang terjadi apabila yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.

Banyak yang tidak kena di Malaysia. Kerajaan yang memerintah bertanggungjawab sepenuhnya kepada negara kita yang semakin ketinggalan. Inilah kesalahan pemerintahan BN , politik perkauman dan budaya pilih kasih telah menyaksikan kemorosotan ekonomi dan sosial negara.

Kita semakin jatuh ke bawah seperti tergelincir di cerun yang licin bagi setiap tahun pemerintahan BN. Lima tahun lagi BN memerintah, kita akan berada di tahap yang sama dengan Indonesia semasa pemerintahan Soeharto. 10 tahun lagi BN memerintah negara kita akan berada di kedudukan negara-negara Afrika. Inikah caranya kita menyambut kedatangan tahun 2020??

Masih adakah harapan untuk Malaysia?

Berhadapan dengan realiti bahawa BN tidak akan berubah, ramai rakyat Malaysia terdesak mahukan perubahan dan telah beralih kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat telah berjanji untuk memberi keadilan kepada semua kaum, menyekat pembaziran, melawan rasuah, membentuk semula sistem kehakiman dan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

Walau bagaimanapun ada yang mempersoalkan sama ada kita boleh mempercayai Anwar Ibrahim dan gabungan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dianggap rapuh. Persoalan di sini ialah bukannya sama ada kita boleh mempercayai Anwar dan Pakatan Rakyat tetapi sama ada kita masih boleh bertahan di bawah BN??

Mampukah kita menerima lagi 10 tahun kegagalan pemerintahan BN?

KITA MEMPUNYAI KUASA UNTUK MELAKUKAN SESUATU DALAM PILIHANRAYA KE 13; MASA DEPAN KITA BERADA DI DALAM TANGAN KITA SENDIRI!!!

Sekiranya penulisan ini memberi makna kepada anda, sila edarkannya.

Terima kasih.

Allah Selamatkan dan berkati Malaysia.

(terjemahan)

No comments: