PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, February 22, 2010

Respon Dari Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang berhubung Artikel Disiarkan Dalam MerdekaReview

Kesan dan akibat perletakan jawatan Azan
Razali bin Alias

Saudara Editor,
Tahniah di atas analisis tajam yang dibuat berkaitan artikel di atas. Saya sebagai Setiausaha Perhubungan PKR Pahang amat kagum dengan kajian yang dilakukan oleh pihak saudara. Analisis yang dibuat begitu tepat, tajam dan cukup cermat sekali! Tahniah!... Bagaimanapun, suka saya memberi sedikit gambaran awal tentang scenario PKR Pahang… Ia sebenarnya bukan satu PERGOLAKAN DALAMAN, jauh sekali satu trajedi menyedihkan bagi PKR Pahang!


Namun, permasalahan peribadi di antara kedua-dua pemimpin PKR Pahang seperti yang didakwa, saya tidak dapat bersetuju sepenuhnya dengan pendapat saudara.

Untuk makluman saudara dan pembaca sekalian, PKR Pahang masih tetap seperti biasa menjalankan tugasan hariannya. Perletakan jawatan YB Azan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang, sedikitpun tidak memberi kesan ataupun tidak menjejaskan kekuatan jentera parti di peringkat negeri. Beliau sendiri mengaku bahawa beliau gagal dalam tugasnya sebagai Pengerusi Biro Keahlian dan sekaligus mengakui tidak mampu memberi sumbangan yang berkesan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan.

Pengakuan ini telah dibuat dalam mesyuarat Perhubungan yang diadakan sehari sebelum beliau mengisytiharkan perletakan jawatan beliau. Kenyataan beliau juga ada tersiar dalam beberapa akhbar arus perdana.


Walaupun alasan yang diberikan oleh YB Azan menampakkan seolah-olah berlakunya PERGOLAKAN DALAMAN PKR PAHANG, namun apa yang sebenarnya alah ianya tidak berlaku! Yang berlaku hanyalah sedikit perasaan TIDAK PUAS HATI sebagaimana yang diluahkan di dalam mesyuarat Perhubungan dan mesyuarat Biro Politik! Itu sahaja… Biasalah ada sedikit sebanyak perbezaan pendapat sesama AJK Perhubungan.


PERSOALANNYA ialah, MENGAPA IANYA DISENSASIKAN sebegitu rupa??? Inilah punca segala masalah, memanggil sidang media semata-mata untuk mengisytiharkan diri telah meletakkan jawatan dalam parti, yang mana ia tidak sepatutnya berlaku di dalam sesebuah pertubuhan!

BENARLAH apa yang saudara editor katakan, YB Azan mungkin "berjaya" dalam permainan politik liciknya untuk terus menapak dalam persada politik dalam keadaan Kepimpinan Parti dan rakyat sedang menilai kewibaan beliau sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota.


Saya tidak berhasrat untuk mengulas tentang kejayaan atau kegagalan seorang individu bernama Azan Ismail, tetapi saya hanya ingin berkongsi pengalaman tentang betapa KESAN DAN AKIBAT daripada pengisytiharan yang telah dibuat melalui Sidang Media. Kesannya bukan kerana parti kehilangan pemegang jawatan berkenaan!… Kesannya ialah sebuah parti (bukan individu) telah dilihat sebagai bermasalah dan seolah-olah berlakunya pergolakan dalaman yang maha dahsyat. Siapa yang mendapat manfaat atau faedah daripada tindakan tersebut sebenarnya?


Matlamat tidak menghalalkan cara! Kita berkokok berderai-derai di pentas-pentas politik tentang jijiknya budaya atau tektik kotor yang diamalkan oleh sesetengah pihak atau individu demi mencapai satu-satu matlamat, tetapi tanpa kita sedari, kita juga mengamalkannya! Jadi, apa bezanya antara kita dan mereka?


Memang cukup berkesan jika kita menggunakan Sidang Media untuk meraih keuntungan politik, tetapi dalam masa yang sama tentunya ia telah mencalar dan menjatuhkan imej parti keseluruhannya! Apa guna kita untung secupak tetapi rugi segantang? Sebagai pejuang parti dan pejuang rakyat, sewajarnya perkara ini kita hindari. Korbankan sedikit kedukaan di hati, demi menyelamatkan sebuah parti! Itu saja harapan kami…


Akhirnya, walau apa pun nawaitu YB Azan untuk meletakkan jawatan melalui Sidang Media, saya tetap berpendirian bahawa beliau telah melakukan satu kesilapan besar walaupun kemungkinan mendapat sedikit lonjakan politik yang meletakkan beliau antara Ahli Parlimen yang masih berharga dan dikenali ramai di negara ini…


Harap-harap beliau tidak akan memanggil Sidang Media untuk mengumumkan Perletakkan Jawatan sebagai Ahli Parlimen pula kerana itulah yang amat dinanti-nantikan oleh musuh-musuh politik Pakatan Rakyat.

Terima kasih di atas kupasan dan analisis MERDEKA REVIEW di atas perletakan jawatan Azan dan terima kasih juga kerana menyiarkan penjelasan Kesan Perletakan Jawatan beliau di dalam ruangan ini.

Terima kasih.
*Razali bin Alias ialah Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Pahang.
*
*Sila baca: Letak jawatan: Strategi Azan di sebaliknya... (tulisan Lau Zi Ern)

3 comments:

hatta said...

iduuup zaliiiiiii

Unknown said...

salam kepada semua...terlebih dahulu saya ingin pastikan adakah respon ini dari saudara Razali sendiri iaitu Setiausaha Perhubungan Negeri?ataupun dari saudara Nizam?

ahmadnizamhamid said...

sdr Rajan,saya cadangkan sdr baca terus dari sumbernya iaitu MerdekaReview.link ada disertakan.tk