Mereka dibelakang tabir.Ini sebahagian daripada gambar yang sempat dirakamkan.Tentunya masih ramai yang menyumbang bakti yang tidak sempat dirakamkan foto mereka.Kepada mereka ini,jutaan terima kasih dan penghargaan setingginya diatas jasa dan budi bagi menjayakan Konvensyen bersejarah ini.

Para petugas F&B bertungkuslumus menyiapkan hidangan untuk 2000 orang peserta

Ketua Penerangan PAS Kawasan Jerantut bersama isteri turut turun padang memasak untuk peserta.

Menyiang daging untuk dimasak.Kedua petugas kita ini bekerja dibawah terik panas matahari

Gulai kawah yang begitu enak dan membangkitkan selera.Kudos buat chef dan krew

Gotongroyong memasak gulai kawah dan lauk pauk yang lain

Petugas sedang menanak nasi.Hidangan makan siang cukup menyelerakan

Sdr.Zaidi Ahmad,Pengarah Sekretariat KEADILAN Pahang bekerja keras bagi menjayakan Konvensyen.Ketika foto ini dirakamkan,jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi namun masih bertungkuslumus di HQ.

Sdr.Bung Hatta dan Sdr.Sani sedang mencetak poster ceramah.Kedua mereka juga berada di pejabat sehingga dinihari bagi mempastikan Konvensyen berjalan lancar.
Disklaimer:Kualiti gambar kurang memuaskan
No comments:
Post a Comment