PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, February 2, 2010

CERAMAH UMUM ISU-ISU SEMASA DI FELDA SELANCAR 1,PARLIMEN ROMPIN

Penceramah utama Ustaz Azman Syapawi,Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat sedang menyampaikan ceramahnya. Beliau menyentuh beberapa perkara seperti amalan rasuah, keselamatan negara, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dari UMNO BN. Turut hadir dalam ceramah ini Sdr. Rabidin Kasmawi (Ketua Cabang PKR Rompin), Ustaz Syukri Ahmad (Yang Di Pertua Pas Rompin), Sdr. Zaidi Ahmad (Pengarah Sekretariat PKR Pahang), Sdr. Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang).
Sdr. Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat PKR Pahang yang mewakili Dato' Fauzi Abdul Rahman menyentuh tentang latar belakang perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim, kelemahan UMNO BN dalam mentadbir negeri dan negara, dasar perjuangan PKR membela rakyat dan isu-isu berkaitan Felda.
Ceramah anjuran bersama PAS Kawasan Rompin dan PKR Cabang Rompin di Felda Selancar Satu telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang penduduk tanah rancangan tersebut. Kehadiran tersebut memberi gambaran jelas bahawa mereka yang mewakili peneroka-peneroka felda turut terpanggil untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai isu-isu semasa di Malaysia.
Kalangan penduduk yang ditemui menyatakan mereka sudah muak dengan dakyah dan penipuan media-media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO BN. Oleh itu mereka beramai-ramai hadir ke majlis-majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Orang Ramai yang hadir ke majlis ceramah tersebut sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada ceramah yang disampaikan walaupun pada awal majlis Ketua Polis Daerah Rompin dan Timbalannya cuba mengarahkan pihak penganjur agar memperlahankan sistem pembesar suara. Terdapat ramai anggota polis dari cawangan khas daerah Rompin yang datang untuk meninjau ceramah tersebut.

No comments: