PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, February 2, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT UNTUK DATO' SERI ANWAR IBRAHIM & MAJLIS PENERANGAN ISU SUMPAH SAIFUL BUKHARI AZLAN DI SURAU KAMPUNG PAYA KECHIL

Majlis Solat Sunat Hajat memohon keselamatan untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 1 Februari 2010 di Surau Kampung Paya Kechil, Parlimen Temerloh anjuran PKR Cabang Temerloh berjalan lancar. Solat sunat hajat tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Ramlang Porigi (foto) bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ustaz Ramlang Porigi adalah individu yang diarahkan menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari Azlan pada 2008 yang mendakwa beliau diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Majlis tersebut diadakan selapas Solat Maghrib secara berjemaah. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah sdra Ahmad Nizam Hamid, Ketua PKR Cabang Temerloh, YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan, sdra Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat PKR Pahang, sdra Kamarul Hatta Mohamed Ali, Timbalan Ketua AMK Pahang, sdra Ahmad Sani Abd Ghani, EXCO AMK Pahang, sdra Abdullah Karim, EXCO Pemuda PAS Pusat dan penduduk-penduduk Kampung Paya Kechil.
Selepas Solat Fardhu Isyak, satu majlis penerangan telah diadakan. Ustaz Ramlang Porigi menceritakan pada hari kejadian beliau telah menikahkan satu pasangan di masjid tersebut. Selepas itu beliau didatangi oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyuruh beliau menjadi saksi kepada sumpah Saiful. Atas arahan "bosnya" beliau telah dibawa ke Dewan Solat dan waktu itu Saiful masuk diiringi oleh ramai anggota polis dan pemberita. Lafaz pertama sumpah memperlihatkan Saiful tersalah sebut perkataan "wata'allahi". Ini kerana beliau membaca sumpah yang telah disediakan skripnya di dalam tulisah rumi. Selepas ditegur barulah beliau memperbetulkan lafaznya. Selepas dari sumpah tersebut, kehidupan Ustaz Ramlang sentiasa tidak tenteram kerana beliau menyedari dirinya dipergunakan sebagai bahan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh. Akhirnya dua hari sebelum hari mengundi beliau tampil membuat pendedahan tentang sumpah tersebut di Padang Ibu, Permatang Pauh. Selepas itu beliau ditukarkan ke JAKIM dan selepas empat bulan beliau telah ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta.


Sdra Zaidi turut menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut.
Sdra Ahmad Nizam mendedahkan tentang konspirasi untuk menjatuhkan DSAI dengan tuduhan liwat yang kedua. Dari sudut undang-undang di mana-mana negara pun di dunia, laporan perubatan adalah bukti paling utama digunapakai di dalam mana-mana kes rogol dan liwat, katanya. Laporan perubatan ke atas Saiful Bukhari oleh 4 orang doktor menunjukkan lubang duburnya tidak menunjukkan dia diliwat kerana tiada kesan tusukan, pendarahan ataupun koyakkan.
YB Syed Hamid turut berucap dan mengucapkan terima kasih di atas kedatangan Ustaz Ramlang dan isteri yang sudi hadir memberi penerangan ke atas isu sumpah tersebut.
Selaku seorang peguam sdra Abdullah Karim turut menyambung hujah dan penerangan sdra Ahmad Nizam dari sudut perundangan berkaitan dengan kes liwat ini.
Hadirin khusuk mendengan penerangan yang disampaikan.

Penduduk Kampung Paya Kechil yang ditemui menyedari tentang fitnah jahat UMNO/BN yang mahu menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

No comments: