PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, February 25, 2010

ANAK minta SUHAKAM siasat dakwaan FELDA tindas peneroka



KUALA LUMPUR, 24 Feb: Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.
Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi."Untuk lebih adil, saya minta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.
Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.
Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.
Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.
Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.
Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Subramaniam dan Datuk Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.
"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Hamid dan Suhaimi Said.
Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.
"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.
Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.
"Kami menerima memorandum yang akan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.
Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.
"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.
"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.
"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.
Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran.
"Kami telah berjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.
*Sumber berita dari HarakahDaily (http://www.harakahdaily.net/v2/)

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terima kasih kepada YB Azan Ismail kerana telah berikrar dan berjanji tidak melompat. Episod yg mendukakan hati ini harap dijadikan pengajaran bagi parti ini. Jangan sesekali memilih PENGKHIANAT untuk dijadikan calon. Pilih dan tapis betul2. Jangan kerana DUIT, maruah tergadai! Kalau tak berpuashati sekali pun kenapa perlu keluar dari parti? pejuangkan dalam parti kerana kita masih baru. Salah silap tetap wujud.
Apa yang berlaku amat memalukan PKR!