PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, December 14, 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN RANTING PKR FELDA PENCHING TIMUR CABANG PAYA BESAR : KUBU KUAT UMNO DIREMPUH!!!



PAYA BESAR 13 Disember. 2009, Majlis Perasmian Penubuhan Ranting Parti
Keadilan Rakyat Felda Pa
nching Timur telah dirasmikan oleh Dato' Fauzi
Abdul Rahman, Pengerusi, Majlis Pimpinan Negeri, PKR Negeri Pahang.





Majlis tersebut yang diadakan tepat jam 2.30 petang, bertempat di Markas PKR Ranting Felda Panching Timur. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Zahari Mamat, Ketua Cabang PKR Paya Besar,Tuan Haji Adnan Mohd Lazim, Pengerusi Biro Ekonomi & Kewangan PKR
Pahang, Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat, PKR Pahang, Kamarul Hatta
Mohamed Ali, Timbalan Ketua AMK Pahang dan wakil PAS Kawasan Paya
Besar.

Berikutan penubuhan Ranting Felda Panching Timur ini seramai 50 orang telah mendaftar sebagai ahli baru PKR. Ranting PKR Felda Panching Timur ini merupakan ranting ke 15 di dalam Cabang Paya Besar. Usaha kuat Haji Zahari Mamat dan AJK Cabang Paya Besar yang bergerak aktif ke seluruh kawasan Parlimen Paya Besar telah berjaya menyedarkan penduduk di sini tentang kebaikkan perjuangan PKR. Oleh itu mereka telah mendaftar sebagai ahli. Difahamkan terdapat seramai lebih kurang 150 orang lagi peneroka dan penduduk Felda Panching Timur akan mendaftar sebagai ahli dalam masa terdekat.

Di dalam ucapannya Haji Zahari menyatakan PKR Cabang Paya Besar akan
terus turun padang untuk mendengar permasalahan penduduk di Parlimen
Paya Besar. Bukan sahaja mendengar permasalahan tetapi PKR juga akan
membantu mereka menyelesaikannya. Ini terbukti apabila PKR memberi

khidmat guaman percuma kepada peneroka Felda Panching Utara dan
Selatan yang menghadapi kerugian akibat kesan timbunan pasir kuari berdekatan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pahang dan Naib Pengerusi Biro Felda PKR Pusat menyatakan bahawa sekiranya PKR diberi mandat mentadbir negara pada pilihanraya akan datang, Felda Plantation akan dimansuhkan dan diganti dengan Tanah Rancangan Felda Berpeneroka. Ladang-ladang Felda Plantation akan dipecahkan lot dan diberi kepada Generasi Kedua Felda.

Sementara itu Dato ' Fauzi di dalam ucapannya menegaskan bahawa Felda
sekarang telah jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhan. Sekarang Felda mahu menjadi sebuah konglomerat perladangan terbesar dunia sehingga lupa kepada nasib yang menimpa golongan peneroka dan generasi mereka. Ini sangat menyimpang dari matlamat untuk membangunkan ekonomi rakyat khususnya peneroka. Tidak guna kita ada konglomerat jika rakyat hidup susah, katanya lagi.

Menyedari perkara ini, PKR bangkit untuk memperjuangkan hak-hak peneroka dan generasi mereka. Beliau turut menyeru semua peneroka bersatu bersama-sama PKR dan bangkit menuntut hak mereka. Hanya PKR satu-satunya parti politik yang telah menubuhkan Biro Felda bagi membantu menangani masalah-masalah yang melanda peneroka. Beliau
menyatakan rasa kesal kerana UMNO/BN sentiasa memainkan isu
pembangunan negara untuk memancing undi dan mendapatkan sokongan
rakyat. Sedangkan katanya, apa guna pembangunan negara jika rakyat
hidup sengsara dan terhimpit dengan beban hidup yang semakin tinggi.
Oleh itu PKR memperjuangkan pembangunan rakyat kerana jika rakyat
membangun dan maju dalam bidang ekonomi maka negara turut membangun.

Bimbang dengan penubuhan PKR Ranting Felda Panching Timur, UMNO telah mengadakan program segera lebih kurang 100 meter dari Markas PKR tersebut. Mereka telah tergesa-gesa mengadakan persembahan nyanyian dan kugiran dengan harapan dapat mengganggu majlis perasmian tersebut. Walaupun mengadakan persembahan hiburan namun tidak mendapat sambutan penduduk setempat. Inilah cara UMNO yang sentiasa mengeksploitasi segala sumber yang ada. Mereka sentiasa menyajikan budaya yang tidak sihat kepada orang ramai terutama golongan muda, tambah Dato' Fauzi
lagi. Walau bagaimanapun hanya lebih kurang 10 orang sahaja anak muda
yang hadir. Itupun kelihatannya masih di bawah umur.

Beliau telah menyampaikan hamper kepada seorang AJK PKR Ranting Felda
Panching Timur yang kebetulan menyambut hari lahirnya pada hari
tersebut. Dato' Fauzi juga telah menerima 70 borang keahlian baru dari
Suhaimi Sidek, Ketua Ranting Felda Panching Timur. Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan dan ramah mesra.

No comments: