PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, December 15, 2009

DIALOG DENGAN PEMIMPIN PENEROKA-PENEROKA FELDA PADANG PIOL, SG RENTANG DAN KOTA GELANGGI 3 DI PADANG PIOL
Oleh : Haji Suhaimi Said - Pengerusi Biro Felda & Orang Asal PKR Negeri Pahang/ Ketua Cabang Krau

Saya telah diundang oleh pimpinan Peneroka-Peneroka Felda Padang Piol, Felda Sg Retang dan Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut untuk suatu Majlis Dialog pada 14hb Disember 2009 di Felda Padang Piol.

Tepat jam 10.00 pagi, Sdr Abdullah Mohamed, wakil peneroka-peneroka Felda Padang Piol, selaku tuan rumah memperkenalkan kepada saya wakil-wakil dari Felda Sg Retang dan Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut.

Abdullah menerangkan bahawa sejak 1983 bertimbun-timbun isu yang dihadapi oleh masyarakat Peneroka Felda yang dihadapi oleh Peneroka Asal, Generasi Kedua dan Generasi Ketiga.

Masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Asal belum selesai, timbul pula masalah-masalah Generasi Kedua, bahkan masalah Generasi Kedua tidak selesai, timbul pula masalah-masalah yang dihadapi oleh Generasi Ketiga.

Kebanyakan isu yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Asal ini melibatkan isu undang-undang, "Tetapi oleh kerana kami ni bolehlah dianggap "bodoh", kami tak berani nak bawa ke Mahkamah, kami takut jika dikenakan bayaran yang kami tidak mampu, dan kami lihat didalam TV bahawa Mahkamah-Mahkamah ini dah dijadikan "Mahkamah Najib", dengan erti kata bila sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, semua akan kalah kecuali Kerajaan. Kami hilang keyakinan langsung untuk bawa kes ke Mahkamah." kata Abdullah Mohamed.

Kalau dulu, semasa kami mula-mula menjadi Peneroka Felda, hidup kami betul-betul susah, kadang kala hanya dapat RM1.00, tetapi semua barang makanan, seperti susu, beras, ikan sadin, gula, garam, teh, kopi, minyak masak, ikan kering, kami boleh ambil di Kedai PNF. Susah-susah pun boleh makan, boleh hantar anak sekolah dan sebagainya, keluh Abdullah. "Dapat Seringgit pun tak apalah."

Abdullah menyatakan bahawa sekarang ni, Felda dah jadi macam tabiat Yahudi. Peneroka-peneroka sekarang sudah berpecah kepada 3 kelompok iaitu kelompok yang tanam sendiri tanpa sebarang bantuan dari Felda, kemudian kelompok yang serah kepada Technoplant, anak syarikat Felda, dan yang ketiganya kelompok yang mendapat bantuan Felda. Ada lagi satu kelompok iaitu mereka yang tanam semula melalui Felda tetapi mengambil semula pengurusan ladang dengan membayar secara tunai pinjaman yang didahulukan oleh Felda.

Peneroka-peneroka telah memberitahu Menteri, Wakil-wakil Rakyat dan Pihak Berkuasa lainnya bahawa Felda telah menyeleweng, menyalahguna kuasa dan rasuah.

Tetapi kami tidak dipedulikan. Sejak 1983 isu utama yang kami hadapi ialah samada mahu tanam semula secara sendirian atau melalui Felda. Pada waktu itu, Felda memberikan kepada kami pilihan. Maka ada yang tanam semula melalui Felda dan dikenakan hutang baru, dan ada yang tanam sendiri dan bebas dari hutang baru.

Peneroka-Peneroka Felda memmbuat caruman untuk tanaman semula. Caruman yang terkumpula dimasukkan kedalam Tabung Tanam Semula dan sejumlah RM17,000.00 menjadi hak Peneroka untuk menanam semula.

Dikalangan Peneroka yang tanam semula melalui Felda mencemuh Peneroka-Peneroka yang tanam sendiri, kononnya, takkan dapat satu sen pun dari Felda. Mereka tu nak "tunggeng jubur" kepada kami yang tanam sendiri jika kami boleh dapat wang dari Tabung Tanam Semula itu.

Akhirnya, kami dapat juga. Tak tunggeng pun jubur mereka tu!
Sekarang, kita nak satukan masyarakat. Kita semua masyarakat peneroka Felda, nasib kita sama. Mereka yang tanam melalui Felda menghadapi masalah dan yang tanam sendiri pun menghadapi masalah.

Kita tak mahu buat tuduhan-tuduhan walaupun pendapat kami berbeza-beza, kita nak cari persamaan.

Kita sekarang ini dah tua. Masalah kita selaku peneroka-peneroka asal masih belum selesai, tertimpa pula kepada anak-anak kita dan cucu-cucu kita. Kalau masalah ini tak selesai, cubalah bayangkan betapa beratnya anak-anak cucu kita akan menghadapi masalah yang bertimbun-timbun.

Ada sesetengah dari kita dah bayar habis hutang dengan Felda, sesetengahnya sudah bertahun-tahun, tapi Geran Tanah masih belum keluar. Bila jumpa Pegawai Daerah, Wakil Rakyat, mereka kata geran itu adalah hak kami selaku peneroka-peneroka yang sudah jelaskan hutang kepada Felda, tetapi geran masih tidak dikeluarkan!
Ada yang dah dapat geran tanah. Geran itu nama kita selaku peneroka-peneroka, tak tercatit pun nama Felda. Tetapi kita tidak bebas atas tanah kita. Felda berkuasa atas tanah kita. Kita tak boleh buat ini dan itu, semuanya dikongkong oleh Felda. Walhal, cukai tanah, kita yang bayar. Felda tak bayar sesen pun!

Kita dikenakan bayaran pembangunan, bayaran baja, bayaran jalan pertanian, semua kos yang Felda buat di Rancangan Felda kita, semuanya tertanggung keatas kita. Pendapatan kita dipotong macam-macam.

Sudah dua kali berlaku penutupan Kilang Sawit Felda Padang Piol, mula pada tahun 1987 dan kemudian pada tahun 2009. Akaun jualan peneroka-peneroka ditutup oleh Felda, peneroka-peneroka tidak dibenarkan membeli buah sawit, lesen MPOB kita ditarik. Kenapa? Kita tuan tanah, tapi tidak ada hak untuk menentukan pemasaran buah sawit kita. Felda yang tidak memiliki seinci pun tanah di Felda Padang Piol ini boleh membeli buah. Akibatnya berlaku konfrontasi dan kami tidak mengeluarkan buah sawit dan Kilang Sawit Felda tutup. Dan dibuka semula apabila rundingan dilakukan antara peneroka dan Felda dan kita boleh membeli buah kelapa sawit dan kita hantar ke Kilang Sawit Felda.

Timbul lagi masalah apabila pendapatan setiap kali hantaran buah sawit kita dikenakan tahanan sebanyak 40%, dan dengan bantahan yang kita buat, kini dikenakan 20% tahanan. Kita nak tanya, duit tahanan ini yang tidak ada resit, dimasukkan kedalam akaun mana? Ini adalah satu penyelewengan besar yang dilakukan oleh Felda, dan kita akan buat laporan kepada polis, sprm dan kita akan ambil tindakan undang-undang.

Peneroka-peneroka dikenakan membayar kos jalan pertanian di Padang Piol dan Sg Retang, tetapi mana dia jalan pertanian itu? Felda potong dari pendapatan peneroka untuk jalan pertanian, tetapi Felda tidak buat jalan pertanian itu. Ini adalah penyelewsengan, SPRM wajib ambil tindakan!

Kemudian, Felda belit peneroka-peneroka. Felda buat satu Perjanjian baru, dengan Perjanjian baru itu, Peneroka-Peneroka menyerahkan ladang mereka kepada Felda, maka Felda akan membuat tanaman semula, dan Felda akan membuat urusan tentang ladang, dan peneroka-peneroka akan terus dikenakan hutang.

Dari masa ke semasa, peneroka-peneroka diperbodohkan. Mula-mula dengan wawasan 2020 dan sekarang dengan 1Malaysia. Yang ruginya adalah peneroka-peneroka.

Abdullah mengatakan bahawa setelah dialog yang diadakan pada hari ini, peneroka-peneroka Felda Padang Piol, Sg Retang dan Kota Gelanggi 3 akan menganjurkan perjumpaan secara besar-besaran dan berterusan bagi menentang sikap Felda yang sentiasa menindas peneroka-peneroka.

No comments: