PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, December 16, 2009

MENJEJAK SAHABAT LAMA : ROSALIM MING


Dalam perjalanan pulang dari Muadzam Shah setelah berbincang tentang masalah ladang tenusu Daily Farm, saya, Wak Rabidin (Ketua Cabang Rompin) dan saudara Hatta, pergi ke RPS Kedaik mencari seorang sahabat lama.

Kami tiba di RPS Kedaik lebih kurang jam 3.30 petang. RPS Kedaik ialah kawasan penempatan berkelompok orang asal. Sahabat lama saya itu bernama Rosalim Ming berketurunan orang asal. Kami berkawan sejak dari tingkatan satu lagi. Kami sekelas sehingga tingkatan enam atas. Satelah bertanya kepada beberapa orang penduduk di situ, akhirnya kami sampai juga ke rumah beliau.

Isterinya memberitahu, beliau baru sahaja keluar semasa kami sampai. Isterinya menghubungi beliau berkenaan kedatangan kami. Dalam tempoh lebih kurang 10 minit beliau pulang ke rumah. Hajat saya untuk bertemu sahabat lama akhirnya tercapai. Banyak yang kami bualkan dan perbualan kami itu berkisar di sekitar kisah-kisah lama kami semasa bersekolah. Entah apa sebab beliau sangat dibenci oleh guru matematik semasa kami di tingkatan satu. Saban hari beliau dipukul oleh guru berkenaan sehingga beliau tidak dating ke sekolah selama 3 bulan. Saya dan beberapa orang kawan memujuk beliau supaya bersekolah semula.

Saya dan Hatta memakai uniform parti. Sahabat saya itu akhirnya mengentahui saya dari PKR. Beliau memberitahu sentiasa mengikuti perkembangan politik negara dan PKR. Satu ketika dahulu Wak Rabidin menjemput saya berceramah di Keratong 6. Poster diedarkan sehingga ke RPS Kedaik. Rosalim memberitahu ada nama saya tertera di situ. Beliau juga memberitahu ada membaca beberapa kenyataan saya di dalam surat khabar. Malah beliau mengenali saudara Hatta melalui akhbar. Beliau juga mengenali Wak Rabidin kerana selalu masuk ke RPS Kedaik untuk mengadakan program PKR dan bertemu dengan penduduk di situ. Beliau meminta PKR membantu masyarakat orang asal mendapatkan hak milik tanah kekal dan bergeran. Saya memberitahu beliau itulah perjuangan PKR.

Saya menceritakan kepada beliau berkenaan dengan perjuangan PKR dan menjemput beliau bersama-sama dengan PKR dalam usaha memperjuangkan hak-hak masyarakat orang asal. Hanya PKR Pahang sahaja parti politik yang menubuhkan Biro Hal Ehwal Orang Asal untuk memperjuangkan nasib mereka. Beliau nampaknya sangat berminat dan saya yakin sahabat saya itu akan bersama-sama dengan PKR sedikit masa lagi. Jam 5.00 petang kami bertolak balik dan saya berjanji akan datang lagi berjumpa beliau.

1 comment:

dynasty chong said...

sy hrp sudah ada orang asal dlm biro orang asal pkr,mungkin ini satu cara lebih baik utk menterjemahkan pejuangan parti,sy alu2 kan kedatangan pkr ke rps kedaik,disini masih ramai yg belum sedar mereka ditindas oleh kerajaan bn,datanglah dan tolong sedarkan mereka sebab sy xde kuasa politik nk bersuara,tambahan pula orang kuat umno dr kalangan kaum kerabat sy yg masih tdo nyenyak dibuai janji manis umno..