PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, December 16, 2009

LADANG TENUSU TERBESAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA MEMBUANG 60 RIBU LITER SUSU : PKR PAHANG PERIHATIN


Muadzam Shah, 15 Disember 2009, Daily Farm, Ladang Tenusu terbesar di Semenanjung Malaysia terpaksa membuang susu segar sebanyak 60 ribu litar sepanjang 2 minggu pertama bulan Disember 2009 ini. Tindakan sedemikian diambil kerana kilang-kilang memproses susu segar tidak mahu menerima susu-susu yang dibekalkan oleh penternak tempatan.

Bagi menangani masalah ini beliau telah menghubungi wartawan untuk mendedahkan perkara sebenar yang berlaku. Beliau turut menghubungi Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN, Parti Keadilan Rakyat Pahang untuk mengetengahkan isu ini kepada pihak berkuasa.

Dalam pertemuan dengan Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretriat PKR Negeri Pahang, Dato’ Alwi, Pengarah Urusan Daily Farm menyatakan kilang-kilang memproses hasil tenusu tidak mahu menerima susu segar tempatan kerana bekalan susu yang di import dari luar negara sudah berlebihan. “Perkara ini amat dikesali” kata Dato’ Alwi. “Tindakan Kerajaan mengimport susu berlebihan telah menyebabkan penternak tempatan mengalami kerugian. Bukan Daily Farm sahaja yang mengalami kerugian tetapi semua penternak di seluruh negeri” tambahnya lagi, “Sekiranya tidak di selesaikan segera, Daily Farm terpaksa membuang susu berjumlah 15 ribu liter pada hari esok”.

Zaidi mengatakan PKR Pahang akan membantu membawa perkara ini kepada pihak berkuasa. PKR katanya akan sentiasa turun membantu semua pihak yang perlukan pertolongan.

Berikutan kehadiran PKR Pahang, wartawan-wartawan akhbar dan televisyen di ladang tersebut, Pengarah Jabatan Veteriner Pahang, Datuk Azhar Idris turun padang untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Hasil perbincangan yang diadakan, pihak kilang bersetuju untuk mengambil 15 ribu liter susu tersebut dan akan memastikan perkara berkaitan tidak akan berulang lagi.

No comments: