PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, December 2, 2009

Hari-harian hairan

Hairan! Hairan! Nampaknya hari-harian kita dengar berita yang menghairankan dari pemimpin2 kerajaan kita.
Pertama kes doa YAB TG Nik Aziz. TG telah berdoa, meminta Allah melaanatkan orang2 yang zalim atau melakukan kezaliman. Reaksi juak2 UMNO dan beberapa peminpinnya pantas sekali. Ada yang marahkan TG, ada yang minta dia tarik balik doanya, ada yang mengatakan TG tak patut mendoakan begitu (minta Allah balas kepada yang zalim!!) dan berbagai2 lagi reaksi. Ada juga agaknya secara senyap2 minta diambil tindakan "tangkap TG dibawah ISA kerana berdoa".
Orang berdoa pun jadi heboh.
TG minta dengan Tuhan dan Tuhan Maha mengetahui dan Maha Adil dalam pembalasannya. Mengapa takut???? Jika kita dalam keadaan benar, mengapa masa ini takut kepada Allah? Adakah kita merasakan kita telah berlaku "zalim"? Kalau tidak mengapa takut???
Kalau sudah berlaku zalim, jika benar2 takut dengan balasan Allah (seperti didoakan) maka cepat2lah mohon kemaafan kepada mereka yang dizalimi. itu saja! Adakah ini susah?
Isu kedua berkaitan dengan Chin Peng.
Pada hari ini, dua puluh tahun dahulu, Kerajaan Malaysia menandatangan perjanjian dengan Parti Komunis Malaya PKM. Sabelum itu, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman duduk semeja dengan Chin Peng. Lebih dari itu, Perdana2 Menteri kita, Tun Razak dan Dato Najib telah ke Negeri Cina menemui Perdana Menteri Cina dan bapak kepada segala bapak2 komunis, dulu dan kini. Bapak2 dan ibu2 komunis ini diundang ke Malaysia dan mereka datang dengan kita memberi penuh hurmat. Ashkar2 kita dikerah bagi tabik hurmat, saya ulangi, TABIK hurmat kepada mereka, bapak komunis.
Tetapi Chin Peng, anak kepada mereka di hamput dan di halang dari ziarah keluarga mereka disini. Chin Peng dulu menerima arahan dari bapak2 mereka di Beijing dan bapak2 merekalah yang mengarahkan mereka untuk merampas kuasa secara militan di Malaya. Tapi bapak dimaaf dan tiada maaf bagimu Chin Peng.
Saya tidak lah galak sangat nak berhujah samaada beliau dibenar atau tidak dibenar ziarah keluarganya, tapi cukup HAIRAN dengan gelagat negara kita!!!
Perkara ketiga berkenaan BTN.
Bila BTN dipersoal program2nya, maka sekali lagi menteri, Timbalan menteri dan juak2nya seperti GPMS meloncat. Di herdik, di sergah dan di cerca yang tidak bersetuju dengan BTN. kesemua mereka mempertahan BTN seolah2 tiada cacat cela, tiada unsur2 negatif dan tiada salah laku.
Yang anehnya, tiba2 Kabinet arah dikaji semula. Perkataan digunakan olih akhbar2 adalah "REVAMP".
Aduh, hairannyalah!! Yang "perfect" di "revamp"??
Kepada mereka, ingin saya ingatkan, bahawa BTN dulu bawah portfolio saya. Jangan nak loyar buruk sangat lah!
Sekian dulu hari ini dengan berita kerajaan yang menghairankan.
Wassalam

Dpd: Minda Pengerusi

4 comments:

Suhaimi Said said...

Datuk tahu tak. Chin Peng dan PKM telah menjajah Malaya/Malaysia selama lebih 400 tahun. Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah semuanya pengganas. Inggeris adalah pejuang bangsa Malaysia, dan Jepun adalah penyelamat bangsa Malaysia. Portugis dan Belanda semuanya menjadi sahabat UMNO/BN, mereka itu penyelamat bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia berjuang mati-matian menentang Chin Peng dan PKM untuk mencapai kemerdekaan. MERDEKA dalam erti kata UMNO ialah pembebasan dari Chin Peng dan PKM, dan sekutu UMNO adalah Inggeris!

Unknown said...

Bravo abg aji..org UMNO ingat dia aje yang terlibat memerdekakan negara..biasala orng bodoh..Kita nak nasihat org UMNO pergi bongkar khazanah sejarah negara di Perpustakaan Besar Universiti Malaya dan Perpustakaan Tun Sri Lanang di UKM...buku sejarah sekolah dah diseleweng...

hatta said...

hahaha..bang aji tu terlebih makan ubi kayu la hujan2 ni...tu nmpk lain mcm je komenye..dah jd dasar omno,sejak azali lg,lagu tu la.

Unknown said...

minda rakyat malaysia dah kena brainwash ngan media2 BN la.. ramai kawan2 dah terpedaya.. Pakatan perlu buat sesuatu hadapi serangan yang teramat dasyat..