PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, November 5, 2009

Program ketat Datuk Fauzi di Zon Tengah

Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang mempunyai jadual yang sangat ketat di KEADILAN zon Tengah dihujung minggu ini.
Pada 7hb November 2009, jam 3.00 petang, beliau dijadualkan merasmikan pelancaran Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN Pahang Zon Pahang Tengah iaitu untuk Cabang-Cabang Temerloh, Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau bertempat di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.
Pada 8hb November 2009, jam 11.00 pagi beliau berucap di Wacana Penerangan KEADILAN Pahang anjuran Biro Penerangan, jam 3.00 petang di Taman Temerloh Makmur untuk menerima penyerahan borang-borang dari anggota-anggota baru KEADILAN sekitar Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur dan Kg Tualang.
Pada jam 5.00 petang pada hari yang sama, beliau akan merasmikan KEADILAN Ranting Kg Datuk Shariff Ahmad di perkarangan rumah Sdr Azizan Ahmad, Ketua KEADILAN Ranting Kg Datuk Shariff Ahmad di Cabang Kuala Krau.
Sepatutnya pada jam 8.00 malam beliau berceramah di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, jam 8.30 malam pada 8hb November 2009 tersebut. Tetapi oleh kerana perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, ceramah itu ditunda ke suatu hari lain untuk mengelakkan musim hujan ini.

No comments: