PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, November 12, 2009

PKR Pahang Gempur Temerloh

Cikgu Jalaludin Johan mengangkat tangan Datuk Fauzi Abd Rahman setelah menyerahkan Borang menyertai keanggotaan Parti Keadilan Rakyat, disebelah kiri ialah Sdr Rosli Ismail
Cikgu Jalaludin menyerahkan borang menyertai KEADILAN. Dari kiri Sdr Omarudin Md Baki, Sdr Cikgu Mazlan, Sdr Cikgu Jalaludin, Datuk Fauzi dan Sdr Rosli Ismail

Sdr Mohamad Zubir Abdullah dari cawangan UMNO Kg Paya Keladan, Temerloh


Dari kiri: Sdr Rosli Ismail, Sdr Omarudin, Sdr Muhammad Kassim



Sdr Cikgu Jalaludin mengisi Borang menyertai KEADILAN dipandang oleh Sdr Cikgu Mazlan

Datuk Fauzi bersama-sama Sdr Budri Nipah, Ketua UMNO Cawangan Kg Teris, Lanchang, Temerloh

====
Perjumpaan ringkas diantara Datuk Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang dengan beberapa orang pimpinan UMNO Bahagian dan Cawangan-Cawangan di Restoran Saika, Jalan Ibrahim, Temerloh pada 12.11.09 akan membawa satu perubahan landskap kepada kedudukan UMNO Bahagian Temerloh.
Dengan perjumpaan ringkas itu, beberapa buah Ranting Parti Keadilan Rakyat akan ditubuhkan di Temerloh sebelum pertengahan bulan Disember 2009. Ranting-ranting yang akan ditubuhkan nanti akan meliputi kampong-kampong didalam DUN Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab.
Sdr Rosli Ismail, bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh, menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan 4 buah ranting bagi KEADILAN didalam jangka terdekat ini, dan beliau dan rakan-rakannya sedang mengumpulkan rakan-rakan mereka dari UMNO dibeberapa buah taman perumahan di Taman Rimba, Bukit Bendera, Taman Saga dan Batu Kapur.
Adalah dijangkakan bahawa didalam kerja gerak gempur ini, sekurang-kurangnya dua buah cawangan UMNO di DUN Lanchang akan dibubarkan.
Sdr Cikgu Jalaludin bin Johan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang menyerahkan borang penyertaannya kedalam KEADILAN menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan beberapa buah Ranting di DUN Lanchang, dan beliau menyatakan bahawa penduduk DUN Lanchang sudah hilang keyakinan dengan UMNO.
Sdr Budri Nipah, Ketua UMNO Cawangan Teris meminta Datuk Fauzi supaya dapat mengaturkan suatu Majlis Perjumpaan diantara penduduk Lanchang khasnya dan Temerloh amnya untuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tertutup. "Kami penduduk Lanchang akan menyertai KEADILAN beramai-ramai setelah perjumpaan itu nanti," katanya.
Datuk Fauzi didalam ucapan ringkasnya menerangkan kedudukan kewangan Negeri Pahang yang begitu lemah dan keperluan rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional di Pahang ini demi kepentingan rakyat. Kerajaan Pahang, katanya, bukan sahaja lemah dari segi kewangan dan pentadbiran, tetapi juga menyeleweng dari segi dasar khususnya dasar pemberian tanah kepada rakyat.
"Rakyat yang memohon tanah seekar dua terpaksa menunggu hingga 60 tahun untuk kelulusan, sedangkan golongan korporat hanya menunggu beberapa bulan sahaja untuk mendapat kelulusan," tegas Datuk Fauzi.
Haji Suhaimi Said, Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, yang mengaturkankan perjumpaan itu, mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan lamanya didalam UMNO kerana sudi hadir ke Majlis ringkas itu, dan diatas mandat yang diberikan oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang beliau mengajak rakan-rakannya didalam UMNO untuk menggempur kawasan Parlimen Temerloh, dan beliau yakin bahawa Temerloh akan menjadi kubu KEADILAN didalam masa terdekat ini, dan KEADILAN akan merampas kawasan Parlimen Temerloh dari UMNO/BN.





1 comment:

Unknown said...

tahniah..! tawan temerloh.. ada peluang...