PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, November 16, 2009

Biro Orang Asal KEADILAN Pahang mengatur langkah memertabatkan perjuangan Orang Asal

Lebih 50 perwakilan dari perkampongan Orang Asal seluruh Pahang menghadiri mesyuarat Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang
Kehadiran yang memuaskan







Dari kiri: Sdr Mohd Nor Jaafar, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang, Sdr Ramli Lugan, Sdr Rusli Panjang, Ketua UMNO Cawangan Kg Rekoh, Sdr Ram Ponnusamy dan Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang


Sdr Ramli Lugan, anak muda kaum Jahut dari Kg Lubok Wong, seorang graduan di bidang Anthropologi dari Universiti Malaysia Sabah sedang menyerahkan Borang beliau menyertai KEADILAN kepada Sdr Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang dan 8 orang kawan-kawannya dari Kg Lubok Wong, Kuala Krau. Disebelah beliau ada Sdr Rosli Panjang, Ketua UMNO Cawangan Kg Rekoh yang mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan menyerahkan Borang menyertai KEADILAN. Sdr Rosli telah berjanji dengan Haji Suhaimi Said, selaku Pengerusi KEADILAN Cabang Kuala Krau bahawa "disuatu hari nanti perjuangannya akan disatukan dengan PKR" dan janji itu disuarakannya semasa demonstrasi yang diadakan di pinggir hutan-tanah Orang Asal Kg Rekohyang diceroboh oleh pihak-pihak tertentu. Semasa Demonstrasi itu, Sdr Rosli masih berharap bahawa UMNO boleh membantu penduduk Kg Rekoh yang menentang pencerobohan tanah itu. Tetapi bukan sahaja UMNO tidak memberikan bantuan, bahkan UMNO langsung tidak memperdulikan isu pencerobohan tanah itu. Sdr Rosli mengambil 50 Borang menyertai KEADILAN dari Haji Suhaimi Said dan berjanji akan menubuhkan Ranting Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan UMNO di Kg Rekoh, Kuala Krau didalam jangka yang terdekat.


Haji Suhaimi Said, berbaju hitam, mempengerusikan mesyuarat Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang yang diadakan di rumah Sdr Ahmad Dagu, di Kg Penderas, Kuala Krau.


Dari kiri: Sdr Saari Yaman, Timbalan Pengerusi Tetap KEADILAN Cabang Kuala Krau, Sdr Ahmad Dagu, tuan rumah yang juga Timbalan Ketua KEADILAN Ranting Kg Penderas, Haji Suhaimi Said, Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang, Sdr Zakaria Abdullah, Pengerusi KEADILAN Cabang Cameron Highlands, Sdr Podir Kadir, Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal dari Kg Kedaik, Rompin, Sdr Omor Ali Othman, Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal mewakili Cameron Highlands dan yang membelakangkan Kamera Sdr Rabidin Kasmawi, Pengerusi KEADILAN Cabang Rompin.



Mesyuarat dimulakan
==



Kuala Krau 15hb November 2009: Mesyuarat Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang yang mengadakan mesyuarat Jawatankuasanya telah mengambil langkah baru kearah memertabatkan perjuangan dan kedudukan Orang Asal Negeri Pahang.



Disamping mengemaskinikan carta organisasi Biro tersebut dengan perlantikan semua Naib-Naib Pengerusi di peringkat 3 zon KEADILAN Pahang dan perlantikan jawatankuasa dari setiap zon serta jawatankuasa-jawatankuasa Biro diperingkat Cabang, persetujuan telah diambil untuk mengadakan Konvensyen Orang Asal Negeri Pahang.




Konvensyen ini akan menggariskan masalah dan permasalahan yang dihadapi oleh Orang Asal Negeri Pahang berhubung dengan kedudukan sosial, masalah pemilikan tanah, masalah kemudahan pertanian, masalah persekolahan untuk anak-anak mereka dan masalah kemiskinan dan pengangguran yang paling tinggi dikalangan masayarakat Orang Asal Negeri Pahang.



Sdr Yusri Ahon, Ahli Jawatankuasa Persatuan Orang Asal Semenanjung Malaysia (POASM) yang juga Setiausaha Majlis Batin-Batin Jahut Temerloh-Jerantut merangkap Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang menyatakan didalam mesyuarat itu bahawa beberapa Memorandum telah di hantar kepada Kerajaan Negeri Pahang dan perbincangan-perbincangan diadakan dengan pihak-pihak Pentadbir Tanah Daerah, tetapi tahun demi tahun, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Orang Asal.



Sdr Shafie Deris, Ahli Jawatankuasa Jaringan Orang Asal (JOAS) merangkap Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang mendedahkan sikap Kerajaan Negeri Pahang yang tidak menghormati tuntutan Orang Asal Negeri Pahang dengan mengatakan bahawa Kerajaan UMNO/BN hanya mempermain-mainkan tuntutan Orang Asal.




Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang telah membentangkan kertas cadangan untuk mengadakan Konvensyen Orang Asal Negeri Pahang. Beliau telah mendapatkan persetujuan tokoh-tokoh tertentu untuk membentangkan Kertas Kerja untuk Konvensyen tersebut. Diantaranya termasuklah Dr Colin Nicholas, Penyelaras Centre for Orang Asli Concerned (COAC) yang akan membentangkan Sejarah Perkembangan Orang Asal di Pahang; Sdr Yusri Ahon, Setiausaha Majlis Batin-Batin Jahut Temerloh-Jerantut mengenai Pembangunan Tanah Orang Asli Oleh Kerajaan; dan Sdr Bah Tony William Hunt seorang Peguam dari kaum Orang Asal Negeri Perak mengenai Penerimaan dan Perkembangan Politik dalam Masyarakat Orang Asli.


Konvensyen yang dijangka akan dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, akan mengundang 1000 orang peserta terdiri daripada pemimpin-pemimpin Orang Asal seluruh Negeri Pahang, badan-badan sukarela dan ngo seluruh Negara.



Konvensyen itu akan berakhir dengan Ceramah Umum dan penceramah-penceramah yang dicadangkan adalah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak (yang halal), YB Theresa Kok dari DAP dan YB Elizabeth Wong dari KEADILAN.

No comments: