PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, November 4, 2009

Mesyuarat Biro Felda Zon Tengah (Temerloh, Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau)

Mesyuarat Biro Felda PKR Zon Tengah akan diadakan pada 7hb November 2009 jam 3.00 petang di pejabat PKR Felda Kota Gelanggi 2. Dijemput perwakilan secukupnya (10 orang) dari PKR Cabang Temerloh, Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau ke Majlis tersebut.
Mesyuarat itu akan melantik JK Biro Felda PKR Zon Tengah dan membincangkan persediaan Konvensyen Peneroka Felda Kebangsaan yang akan diadakan pada awal tahun hadapan.
MESYUARAT BIRO HAL EHWAL ORANG ASAL PKR PAHANG
Mesyuarat Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang akan diadakan pada 15hb November 2009 jam 3.00 petang di Rumah En Ahmad bin Dagu, Kg Penderas, Kuala Krau untuk membincangkan agenda khas: KONVENSYEN ORANG ASAL NEGERI PAHANG yang akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Amatlah diharapkan agar semua Cabang PKR didalam Negeri Pahang dapat menghantarkan secukup perwakilan (10 orang) bagi menghadiri mesyuarat tersebut dikalangan Orang Asal di Cabang masing-masing. Perwakilan daripada mereka yang bukan Orang Asal dan sanggup berjuang untuk pembelaan Orang Asal adalah dialu-alukan.

No comments: