PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, October 31, 2009

Biro Felda KEADILAN Zon Pahang Barat dilancarkan

Sdr Rabidin Kasmawi, Timbalan Pengerusi (Zon Timur) didalam ucapannya menyentuh mengenai Surat Perjanjian diantara Felda dan Peneroka. Beliau menyatakan bahawa peneroka-peneroka tidak mengetahui isi kandungan surat perjanjian itu kerana mereka tidak diterangkan isi kandungannya, dan peneroka-peneroka yang menjangkakan mereka akan memperolehi tanah menandatangani perjanjian itu tanpa membaca atau diterangkan dan mereka tidak diwakili oleh peguam semasa menandatangani perjanjian itu. Beliau juga menceritakan tentang peristiwa yang menimpa anak-anak peneroka apabila ibu-bapa mereka sudah meninggal dunia. Ada yang berlaku bahawa abang tua mengambil barang-barang keperluan dari kantin, tetapi anak-anak yang lain sudah kehilangan hak itu, akhir anak-anak peneroka itu bergaduh sesama sendiri dan tanah mereka diserahkan kepada Felda. Didalam kisah kedua, telah berlaku kematian ibu-bapa peneroka mereka, anak-anak mereka tidak dapat bersetuju bagaimana untuk membahagi-bahagikan pendapatan dari ladang ibu-bapa mereka yang kini sudah terkumpul hingga Ratusan Ribu Ringgit dan dipegang oleh Felda dan tanah ladang ibu-bapa mereka kini dikendalikan oleh Felda. Inilah yang dikehendakki oleh Felda bahawa setiap tanah didalam Rancangan Felda akhirnya dikendalikan oleh Felda untuk keuntungan Felda dan akhirnya anak-anak peneroka tidak berhak keatas tanah ladang ibu-bapa mereka.
Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat menerangkan bahawa Biro Felda PKR Pahang telah berjalan dengan baik, begitu banyak aktiviti telah dijalankan di rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang dibawa tajaan Biro ini, dan beliau berbesar hati apabila KEADILAN Pusat menerima model Biro PKR Pahang dan menubuhkan Biro Felda PKR peringkat Kebangsaan.

Beliau menyatakan bahawa Biro Felda PKR Pahang telah menyusun untuk mengadakan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda peringkat Negeri Pahang, tetapi apabila tertubuhnya Biro Felda KEADILAN Pusat, Biro peringkat Pusat meminta supaya Konvensyen peringkat Negeri Pahang ditukar kepada Konvensyen peringkat Pusat.

Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Kebangsaan akan diadakan pada 20hb Februari 2009 di Markaz PAS Jerantut dan akan dirasmikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Presiden KEADILAN. 3 buah kertas kerja akan dibentangkan iaitu oleh Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden, Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) dan usaha sedang dibuat untuk mendapatkan Peguam Wan Rohimi untuk membentang "case study" mengenai isu perahan Felda Kemahang Kelantan.
Pada sebelah malamnya akan berlangsung ceramah umum oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan YB Gobalankrishnan.
Konvensyen ini akan dihadiri oleh seramai 2000 orang peneroka-peneroka Felda seluruh negara.

Dari kanan: Rabidin Kasmawi (Timbalan Pengerusi zon Timur) Bostamin Bakar (Timbalan Pengerusi Zon Tengah), Razali Isnin (Setiauasah Konvensyen), Haji Razali Mamat (Pengerusi Konvensyen), Pn Hendon Jaafar (AJK Biro).

Sdr Mohd Nor Jaafar mewakili Datuk Fauzi Abdul Rahman merasmikan pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Zon Pahang Barat. Sdr Ali Wahid, Timbalan Pengerusi Biro Zon Pahang Barat.


Sebahagian daripada wakil-wakil dari PKR Cabang-Cabang Bentong, Raub, .Cameron Highlands dan Lipis

======


Dengan kehadiran daripada wakil-wakil KEADILAN Bentong, Raub, Cameron Highlands, dan Kuala Lipis, Biro Felda KEADILAN Zon Pahang Barat telah dilancarkan dengan penuh bergaya.

Sdr Mohd Nor Jaafar, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang telah merasmikan pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Barat mewakili Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.


Didalam Majlis itu, Sdr Ali Abdul Wahid, Pengerusi KEADILAN Cabang Raub telah dipilih sebagai Pengerusi dengan 4 orang Naib-Naib Pengerusi, Seorang Setiausaha, Seorang Bendahari, seorang Pengerusi Penerangan dan seorang Pengerusi Guaman.


Naib-Naib Pengerusi yang terpilihan adalah Sdr Mohd Ibrahim Derani mewakili Cabang Raub, Sdr Abd. Rahman Yaacob mewakili Cabang Bentong, Sdr Md Alwi Husin mewakili Lipis dan Sdr Haji Abd Latiff bin Haji Endot mewakili Cameron Highlands.

Sdr Abd Wahab Md Piah dipilih sebagai Bendahari, Sdr Abd Rahman Abdullah sebagai Setiausaha, dan Sdr Mohd Sabri Ismail sebagai Pengerusi Penerangan, dan Sdr Harris Abdullah (seorang peguam) Pengerusi Guaman.



Mesyuarat juga melantik seorang Naib Pengerusi khas daripada seorang Wanita iaitu Pn Norzaili bt Khalil untuk memacu gerakan wanita yang terdiri daripada penerokawati-penerokawati dan generasi kedua wanita untuk Zon Pahang Barat dan menubuhkan pasukan wanita disetiap rancangan Felda di Zon Pahang Barat.

Sementara itu Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang telah bersetuju melantik seorang Timbalan Pengerusi sejajar dengan Timbalan-Timbalan Pengerusi dari ketiga-tiga Zon Negeri Pahang iaitu zon Pahang Barat, Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Tengah.



Puan Siti Zainab binti Zainudin telah dilantik memegang jawatan tersebut dan diberikan tugas untuk melantik 3 orang Naib Pengerusi dari kalangan penerokawati-penerokawati/generasi kedua mewakili Zon Pahang Barat, Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Tengah.



Setiap Jawatankuasa Zon yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi mempunyai otonomi untuk menjalankan gerak kerja dan kegiatan tersendiri dengan syarat hanya memaklumkan aktiviti masing-masing kepada Jawatankuasa Biro di peringkat Negeri, dan bagi Timbalan Pengerusi Biro Felda Wanita pula beliau diberikan mandat untuk menggerakkan kegiatan wanita didalam Rancangan Felda disemua zon dan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa zon yang diketuai oleh seorang naib pengerusi.

Mesyuarat ini mengambil keputusan untuk menjayakan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Kebangsaan yang akan diadakan di Jerantut pada 20hb Februari 2010, dan peserta-peserta Konvensyen adalah seramai 2000 orang dari seluruh pelusuk tanah air.

Konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh Datuk Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN dan pembentang-pembentang kertas kerjanya adalah Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden, Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat merangkap Presiden Persatuan Kebangsaan Anak-Anak Peneroka (ANAK). Jawatankuasa pengurusan Konvensyen telah dipilih dipengerusikan oleh Sdr Haji Zahari Mamat sebagai Pengerusi dan Sdr Razali Isnin selaku Setiausaha.


Hadir didalam mesyuarat pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Barat adalah Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat, Sdr Haji Suhaimi Said, Ketiga-tiga Timbalan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi (Zon Timur), Sdr Bostamin Bakar (Zon Tengah), Sdr Ali Wahid (Zon Barat), Sdr Md Nor Hassan, Pengarah Pilihanraya KEADILAN Pahang dan Haji Zahari Mamat (Pengerusi Konvensyen) dan Sdr Razali Isnin (Setiausaha Konvensyen).



Biro Felda Zon Tengah yang mewakili KEADILAN Jerantut, Maran, Temerloh, Bera dan Temerloh akan dilancarkan pada 7hb November 2009 di Felda Kota Gelanggi 2 jam 3.00 petang.

1 comment:

aKuSaKsI said...

Salam,

Gambar saya ambil utk siaran akhbar Sinar Harian.

Harap takde masalah.

TQ