PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, September 23, 2009

UCAPAN HARI LEBARAN KETUA PENERANGAN PKR PAHANG





"Saya ucapkan Selamat Hari Raya pada semua ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat khususnya dan kepada semua penyokong -penyokong Pakatan Rakyat di Pahang khasnya dan Malaysia amnya yang bersama-sama berjuang menegakkan kebenaran.


Tidak lupa juga pada seluruh ummat Islam di Bera, di Negeri Pahang dan di Seluruh Negara kita Malaysia, Sesungguhnya perjuangan menegakkan KEADILAN adalah tanggungjawab semua yang mahu hidup bahagia di dunia dan di akhirat.
Terima kasih dan Selamat Hari Raya daripada saya dan semua pimpinan PKR Pahang amnya serta disamping keluarga tercinta khususnya"


Juga saya sebagai Ketua PKR Cabang Bera ingin menjemput semua kepimpinan PKR Negeri & Cabang Pahang untuk hadir ke rumah terbuka aidilfitri PKR Cabang Bera yang akan diadakan pada 4 hb Oktober 2009 mulai 2.30 ptg - 6.00 ptg.
(Keterangan lanjut akan dimaklumkan kemudian)


UCAPAN KHAS SEMPENA HARI RAYA IDUL FITRI 1430H OLEH :

YBHG TN HJ ABAS BIN AWANG
KETUA PKR CABANG BERA merangkap
KETUA PENERANGAN PKR NEGERI PAHANG

No comments: