PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, September 25, 2009

ALFATIHAH..MANTAN MENTERI BESAR PAHANG ALLAHYARHAM DATUK ABDUL RAHIM BAKAR.

Kepada Seluruh keluarga Allayarham Mantan Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Rahim Bakar,kami seluruh Ahli jawatan kuasa Parti Keadilan Rakyat(PKR) Perhubungan Negeri,Wanita dan Angkatan Muda Keadilan(AMK) Negeri ,Cabang dan Ranting ingin mengucapkan takziah di atas pemergian beliau kerahmatullah pada 25hb September 2009,jam 7.45 malam,di kediaman beliau Jalan U-Thart,di percayai mengalami sakit jantung.
Kami merasakan kehilangan beliau adalah perginya seorang permata atau wira kepada rakyat Pahang khususnya,dan amnya seluruh rakyat Malaysia kerana semasa beliau memegang tampuk kepimpinan Negeri Pahang,beliaulah satu-satunya Menterti Besar Pahang yang betul-betul perihatin terhadap rakyat Pahang,dan beliau sanggup melepaskan jawatan yang di anggap selesa itu demi rakyat,seperti umum ketahui krisis atau isu balak dengan pihak istana,semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar dahulu,ini lah satu-satunya contoh''RAKYAT DI DAHULUKAN'',tidak seperti sekarang pokek kembong di dahulukan,rakyat biar lantak.
Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pahang,menganggap Allahyarham adalah seorang pemimpin atau Menteri Besar yang paling bermaruah,jika di banding dengan Menteri Besar yang ada selepas beliau di Negeri Pahang ini.
Semoga jasad dan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang mukmin.. AMIIN!!!

No comments: