PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, September 9, 2009

Pejuang pembaharuan Orang Asal Kg Pelong meninggal dunia

Jenazah Achan Chandek
Manan Achan, anak kepada Achan Chandek berada disisi bapanya di Hospital Kuala Lumpur semasa Achan menghempuskan nafas terakhirnya

Suhaimi Said, Pengerusi PKR Cabang Kuala Krau melawat jenazah Achan Chandek


Manan Achan disisi jenazah bapanya

Kaum keluarga Achan Chandek menziarahi jenazah

Saudara-mara Achan Chandek
Kaum keluarga Achan memasak untuk mereka yang datang menziarah

Papan lahat sedang disiapkan
===

Dengan penuh rasa sedih, Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau khususnya Ranting Kg Paya Pelong telah kehilangan wira pembaharuan kampong Paya Pelong, Sdr Achan Chandek (60).


Mendiang Achan Chandek merupakan Orang Asal yang pertama membawa Parti Keadilan Rakyat ke Kg Paya Pelong diketika kampong itu masih diselimuti oleh pemahaman UMNO yang menebal.


Penemuan PKR Kuala Krau dengan Sdr Achan bermula semasa penyampaian bantuan banjir 2 tahun lepas yang disampaikan oleh Rotary Club Temerloh yang mana Club itu meminta kerjasama Pengerusi PKR Kuala Krau untuk memandu mereka ke Kg Paya Pelong.

Kami telah bertemu dengan Achan dan pada waktu itu beliau masih menyokong UMNO tetapi beliau mempunyai pemikiran yang kritikal terhadap UMNO pada waktu itu kerana parti yang didokongnya itu tidak memperjuangkan secara serius hak asasi Orang Asal bahkan membiarkan tanah-tanah yang kononnya menjadi Rezab Orang Asal di kampong itu diterokai dan diceroboh dengan izin Kerajaan, dan tanah-tanah yang diceroboh itu kini sudah menjadi hakmilik orang-orang dari luar.


Semasa Pilihanraya 2008, beliau telah menjadikan rumah beliau sebagai Markas Parti Keadilan Rakyat, dan pada awal tahun 2009 ini, beliau dan rakan-rakannya berjaya menubuhkan Ranting Parti Keadilan Rakyat di kampongnya dengan keanggotaan sejumlah 65 orang terdiri daripada bekas ahli-ahli UMNO kampong itu.


Rumah beliau terus menjadi Markas Parti Keadilan Rakyat untuk kampong Paya Pelong hingga ke hari ini.


Achan telah dimasukkan ke Hospital Temerloh sejak 2 minggu lepas, tetapi oleh kerana keadaannya menjadi semakin sulit, beliau telah dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan pada jam 7.00 malam tadi (8.9.09) beliau telah menghembuskan nafasnya yang akhir. Dan jenazahnya dibawa balik ke rumahnya di Kg Paya Pelong jam 12.00 tengah malam tadi.


Semasa kami melawat jenazah, persiapan pengkebumian sedang dibuat dan mendiang akan dikebumikan ditanah perkuburan Orang Asli Kg Paya Pelong jam 1.00 tengah hari ini (9.9.09).


Selamat berpisah wahai wira dan pejuang pembaharuan Orang Asal Kg Paya Pelong dan mendiang meninggalkan ramai anak-anak yang kesemuanya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat.

No comments: