PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, September 5, 2009

Mesyuarat Biro Felda dan Orang Asal

Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan mesyuaratnya pada 6hb Septemberi 2009 jam 11.00 pagi di rumah Pengerusinya, Suhaimi Said, di Kg Batu 4, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang.
Mesyuarat itu akan membincangkan persediaan untuk mengadakan 2 konvensyen penting iaitu Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Pahang dan Konvensyen Orang Asal Pahang.
Kedua-dua Konvensyen itu akan diadakan pada awal tahun hadapan dan akan membincangkan kertas-kertas kerja dan membuat keputusan-keputusan yang kelak akan digunakan untuk PKR Pahang didalam perjuangannya mengembeling sokongan dari kalangan Peneroka-Peneroka Felda dan Orang Asal Negeri Pahang.
Felda, Orang Asal dan Undi Pos adalah talian hayat terakhir bagi UMNO di Negeri Pahang, dan pecahnya sokongan Peneroka dan Orang Asal kepada UMNO/BN akan menandakan berakhirnya pemerintahan UMNO/BN di Negeri Pahang.
Sementara itu Biro Felda Parti Keadilan Rakyat Pusat akan mengadakan mesyuaratnya di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan di Jalan Tengku Antah Seremban pada jam 11.00 pagi 12hb September 2009.
Majlis Pimpinan PKR Negeri-Negeri diseru melantik beberapa orang wakil dari Negeri masing-masing untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Dato Zaid Ibrahim dan Latheefa Koya, Ketua Penerangan PKR Pusat akan menghadiri mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal di Temerloh pada 6hb September 2009 jam 11.00 pagi. Anggota-anggota PKR khususnya dari kalangan Peneroka Felda dan Orang Asal dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

No comments: