PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, July 6, 2009

JK Penaja PKR Ranting Felda Lepar 11 sudah ditubuhkan, kini giliran Lepar 10 pula

Sdr Atan, AJK Biro Hal Ehwal Felda merangkap Ketua PKR Ranting Felda Lepar Utara mengumumkan bahawa Jawatankuasa Penaja PKR Ranting Felda Lepar 11 sudah ditubuhkan dan majlis penerangan kepada anggota-anggota PKR Ranting baru itu akan diadakan tidak lama lagi.
Manakala itu, sebuah lagi Ranting PKR akan diujudkan di Felda Lepas 10, dan anggota-anggota disana sedang bermaufakat untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja sebelum diadakan mesyuarat Perasmian Ranting dan Pemilihan Jawatankuasa Ranting.
Sejak PKR berjaya menubuhkan Rantingnya di Felda Lepar Utara, penduduk-penduduk kawasan Felda Lepar yang ditelusi Jalan dari Bandar Jengka dan Bandar Jerantut sedang aktif menjalankan kegiatas untuk penubuhan Ranting-Ranting.
Berada di agenda seterusnya adalah penubuhan Ranting-Ranting di Felda Sg Tekam Utara dan Sg Tekam serta Felda Jengka 9, dan kesemua Rancangan-Rancangan ini berada di kawasan DUN Pulau Tawar.

No comments: