PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, July 22, 2009

Gong Halt dan Felda Jenderak Utara

Saya mengambil kesempatan untuk pergi ke Kg Gong Halt dan Felda Jenderak Utara semalam .(21.7.09).

Jam 5.00 petang saya sampai di rumah Asri Yusof, Ketua PKR Ranting Kg Gong Halt. Dia baru saja balik dari keja ladang.
Kami berbincang sekejap dan membuat persetujuan untuk mengadakan mesyuarat anggota-anggota parti Ranting Gong Halt pada 25hb Julai 2009 jam 8.30 malam di rumah beliau.
Kemudian saya berlepas ke Felda Jenderak Utara untuk bertemu dengan Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Utara, tetapi beliau beliau berada di Kuantan.
Saya pergi ke rumah Aliayasak Idris, rumah Pengerusi Tetap PKR Cabang Kuala Krau di Felda Jenderak Utara.
Persetujuan juga telah diambil untuk mengadakan perjumpaan anggota-anggota PKR Ranting Felda Jenderak Utara pada 26hb Julai 2009 jam 9.00 malam di Rumah Aliayasak.
Di Kuala Krau ini memang saya mengambil berat tentang pergerakan di ranting-ranting. Setiap Ranting kena bermesyuarat sebulan sekali samada mesyuarat Jawatankuasa atau mesyuarat anggota-anggota.
Melalui mesyuaratlah apa juga tindakan nak dibuat boleh diputuskan dan melalui mesyuarat jugalah dapat dipastikan samada tindakan yang perlu dibuat itu telah dilaksanakan.
Pada 8hb Julai 2009 akan diadakan mesyuarat anggota Ranting Rekoh manakala 9hb Julai 2009 pula mesyuarat anggota Ranting Kg Paya Pelong dan mesyuarat ini akan dihadiri sama oleh Sdr Chegu Bard, Anggota MPP PKR Pusat, yang selepas itu akan berceramah di Felda Jenderak Selatan.
Pada 26hb Julai 2009 jam 2.00 petang suatu perjumpaan dikalangan peneroka-peneroka Felda Jengka 9 anjuran Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Cawangan Jengka 9. Perjumpaan itu turut dihadiri oleh wakil-wakil peneroka dari Rancangan-Rancangan Felda yang berdekatan dari Daerah Maran, Jerantut dan Temerloh.
AL-FATEHAH
MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBACA ALFATEHAH DIATAS PEMERGIAN MOHD AZMIN BIN ATAN YANG TELAH MENDAHULUI KITA MOGA-MOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH.
Allahyarham adalah anak kepada Sdr Atan bin Mohd Roslan, Ketua PKR Ranting Felda Lepar Utara. Kepimpinan PKR Pahang akan menziarahi Sdr Atan dan mana-mana anggota PKR yang mempunyai kelapangan masa bolehlah menyertai rombongan ini dan sila hubungi Haji Suhaimi Said 0199321260 untuk penetapan tarikh dan masa.

No comments: