PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, June 3, 2009

Sebuah cawangan UMNO didalam Bahagian Temerloh bakal dibubarkan

Temerloh, 3.6.09: Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang semasa didalam perjalanannya dari Kuantan ke Kuala Lumpur 2 hari lepas memberitahu bahawa sebuah cawangan baru Parti Keadilan Rakyat akan ditubuhkan didalam DUN Kuala Semantan didalam kawasan Parlimen Temerloh.
Ketua UMNO Cawangan berkenaan telah pun menghubungi Sdr Nizam Hamid, Ketua KEADILAN Bahagian Temerloh mengenai prosedure penubuhan cawangan Parti Keadilan Rakyat.
Ketua UMNO itu memberitahu bahawa kesemua ahli dari cawangan UMNO tersebut akan keluar UMNO dan menubuhkan cawangan Parti Keadilan Rakyat dan justeru itu cawangan UMNO tersebut akan secara otomatik dibubarkan kerana tidak lagi mempunyai ahli.
Tarikh sesuai akan ditetapkan bagi Majlis Perasmian penubuhan cawangan Parti Keadilan Rakyat di kampong tersebut. Perbutiran cawangan berkenaan akan diumumkan apabila tarikh penubuhan cawangan Parti Keadilan Rakyat ditetapkan dan cawangan baru itu akan dirasmikan oleh Sdr Dato Fauzi Abdul Rahman. Ahli-ahli UMNO dari kampong-kampong berdekatan akan dijemput ke Majlis berkenaan itu kelak.

No comments: