PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, June 3, 2009

Pn Sarian sumbangkan pakaian bundle untuk Orang Asli Kuala Krau

Orang Asli di Kg Pasu, Jenderak, Kuala Krau, Pahang

Puan Sarian binti Hassan, isteri kepada Allahyarham Loqman, seorang bekas tanahan ISA telah menyampaikan beberapa bundle pakaian bundle untuk diserahkan kepada Orang Asli Kuala Krau.


Puan Sarian Hassan adalah seorang ibu tunggal yang menjalani kehidupan yang amat sederhana menyatakan bahawa beliau sangat berasa hiba apabila membaca melalui akhbar Mingguan Wasilah dan Suara Keadilan tentang penderitaan Orang Asli di DUN Jenderak.


Beliau menyusun dan menghubungi kawan-kawannya sekitar Kuala Lumpur dan mengumpulkan pakaian-pakaian terpakai untuk keperluan Orang Asli di perkampongan Orang Asli di DUN Jenderak, Kuala Krau.


"Saya orang susah, dan ini sajalah yang dapat saya bantu untuk Orang Asli itu,"katanya dan jika dipanjangkan umur beliau akan berusaha dengan rakan-rakannya mengumpulkan pakaian terpakai untuk Orang Asli tersebut.

No comments: