PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, June 11, 2009

PPN PKR Pahang dan YB. Tian Chua di Ringlet, Cameron Highlands

Cameron Highlands, 7hb Jun 2009 : Satu ceramah berkenaan isu-isu semasa telah diadakan di Ringlet anjuran PKR Bahagian Cameron Highlands. Kehadiran penduduk setempat dianggarkan lebih 150 orang bagi mendengar penerangan daripada Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Ahli Parlimen Batu YB.Tian Chua, Exco Angkatan Muda Keadilan Ginie Lim dan Timbalan Ketua Bahagian Cameron Highlands saudara Tan Wei Wun.Program telah bermula pada pukul 8.30 malam dan diantara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan status kewangan Kerajaan Negeri Pahang yang sangat tenat, isu tanah haram dan TOL di Cameron Highlands serta perjuangan Parti Keadilan Rakyat di dalam menuntut keadilan dan membawa dasar-dasar yang mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Perjuangan yang didukungi oleh PKR mengutamakan perpaduan dan kerjasama yang lebih erat antara kaum dan membudayakan sikap toleransi dan tolong menolong dari pelbagai sudut untuk kehidupan yang lebih sejahtera.Sebagai contoh rakyat boleh melihat polisi-polisi oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat semuanya memberikan keutamaan dan keselesaan kepada rakyat di negeri tersebut. Ia berlawanan dengan pemerintahan UMNO/BN yang suka mengadu domba dan merosakkan perpaduan kaum dengan cuba menimbulkan isu-isu yang boleh membawa kepada ketegangan kaum. Slogan '1 Malaysia' hanya omongan kosong Najib untuk meraih simpati dan sokongan daripada kaum Tionghua dan India. Isu Chin Peng yang secara tiba-tiba digembar-gemburkan oleh media yang pro UMNO/BN hanyalah percubaan untuk menakutkan dan mengundang kemarahan serta usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada memperkatakan kelemahan dan kejelekan pentadbiran UMNO/BN. Isu setempat pula yang dibongkarkan ialah hak milik Dewan Orang Ramai Ringlet telah diagihkan kepada pejabat Daerah. Sehari sebelum ceramah di Ringlet, Bahagian Cameron Highlands juga telah menganjurkan satu ceramah di Kampung Raja berkenaan slogan '1 Malaysia' kepada penduduk setempat bagi menerangkan kepada rakyat bahawa slogan yang dipopularkan oleh PM Malaysia itu hanya bertujuan menarik perhatian kaum Tionghua dan India tetapi pengisiannya masih samar.

Foto-foto semasa ceramah di Ringlet, Cameron Highlands


No comments: