PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, June 4, 2009

PKR Pahang Disana Sini

Mentakab: Sdr Ahmad Nizam Hamid, Ketua PKR Bahagian Temerloh melaporkan bahawa seramai 13 ahli baru dari kaum Tionghua menyertai keahlian Parti Keadilan Rakyat di Bahagian Temerloh, dan sejumlah yang lebih besar akan menyertai PKR dari kaum Cina dan India didalam tempoh yang terdekat.
Kuala Lipis: Setiausaha PKR Bahagian Lipis melaporkan bahawa pihak UMNO cuba menyekat sarahidup bulanan peserta LKPP RPS Peruang Benta. Beliau akan mengemukakan kes ini untuk tindakan undang-undang dan akan berbincang dengan Sdr Ahmad Nizam Hamid selaku Penasihat Undang-Undang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.
Jerantut: Timbalan Pengerusi 2 Biro Hal Ehwal Orang Asal, Sdr Yusri Ahon, mencadangkan beberapa nama dari kalangan Orang Asli di Negeri Pahang untuk menganggotai Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang dan beliau yakin mereka yang berkenaan itu boleh menjalankan tugas dengan baik untuk perjuangan Orang Asal Negeri Pahang.
Nama-nama yang dicadangkan adalah Sdr Samsudin Arif dari Kg Sg Mas, Sg Lembing, Kuantan; Sdr Maham bin Nasir dari Kg Orang Asli Sg Kiol, Jerantut; Sdr Mat Abu, Ketua PKR Cawangan Kg Beredut, Kuala Krau; Sdr Safei dari Kg Penderas, Kuala Krau, Sdr Rosli dari Kg Rekoh, Kuala Krau. Manakala Sdr Kin Kasim dari Penderas Kuala Krau dicadang menjadi Naib Pengerusi Zone Tengah dengan keahliannya terdiri daripada Sdr Wan Kisam dari Kg Pian, Sdr Mohd Najmi dari Kg Lubok Wong, Sdr Basri dan Sdr Mustafa Sik dari Kg Pasu.
Biro ini akan melantik 2 orang lagi Naib Pengerusi mewakili Zon Timur dan Zone Barat dengan seorang perwakilan daripada setiap kampong Orang Asli; manakala Sdr Bob Manolan Timbalan Pengerusi 1, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang akan menghantar 13 orang wakil Orang Asli ke Mesyuarat Biro pada 14hb Jun 2009 jam 2.30 petang di Pejabat PKR Negeri Pahang di Kuantan.
Muadzam Shah: Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Bahagian Rompin, telah menamakan seramai 22 orang wakil dari semua Rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di kawasan Rompin untuk menghadiri Mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal pada 14hb Jun 2009 jam 2.30 petang di Pejabat PKR Negeri Pahang di Kuantan.
Kuala Krau: Sdr Samsul Iskandar, Ketua AMK Pusat telah dihubungi untuk menghadiri perjumpaan ceramah kelompok di perkampongan Orang Asal di Kuala Krau dan tarikhnya akan ditetapkan sendiri oleh Sdr Samsul. Sementara itu YB Sdr Yusmadi telah menyatakan kesediaannya untuk datang ke Kuala Krau selepasa Idilfitri tahun ini.
Lepar Utara: Sdr Atan Mohd Raslan, Ketua PKR Cawangan Lepar Utara memaklumkan bahawa cawangan tersebut berjaya menambahkan keahlian seramai 20 orang lagi sejak penubuhan cawangan itu pada 7hb Mei 2009 yang lalu, menjadikan keseluruhan keahlian meningkat kepada 121 orang.
Beberapa rancangan Felda sekitar Lepar Utara telah juga menemui beliau berhasrat menubuhkan cawangan di tempat masing-masing.
Sementara itu seramai 4 orang wakil dari Felda Lepar Utara akan menghadiri Mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda pada 14hb Jun 2009 di Pejabat PKR Negeri Pahang, Kuantan.
Rompin: Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Bahagian Rompin melaporkan bahawa seramai 18 orang ahli baru telah menyertai keahlian Parti Keadilan Rakyat dari Cawangan RPS Kedaik. Selain dari itu 2 buah cawangan baru akan ditubuhkan iaitu di Bandar Rompin dengan keahlian seramai 60 dan Tg Gemok dengan keahlian seramai 70 orang. Kedua-dua cawangan baru yang bakal ditubuhkan itu dianggotai oleh ahli-ahli dari Kaum Cina.
Paya Besar: Sdr Haji Zahari, Ketua PKR Bahagian Paya Besar melaporkan bahawa Bahagian tersebut sedang menganjur Kursus Seni Silat dan Tomoi kepada anak-anak muda Generasi Kedua yang sekarang sedang berlangsung di Felda Lepar Hilir. Seramai 40 orang anak-anak muda terlibat dengan kursus ini yang bermula 2 minggu lepas dan akan berakhir pada penghujung bulan Julai 2009. Haji Zahari memberitahu bahawa Kursus ini mendapat sambutan yang begitu baik dan berjaya menarik minat anak-anak muda yang selama ini menghabiskan masa secara terbiar.
Kursus ini dikenakan bayaran sebanyak RM22.00 seorang. Ada 3 orang Tenaga Pengajar mahir dan kini telah ada permintaan daripada Keratong supaya kursus ini diadakan ditempat mereka, "Saya sedang berurus dengan Sdr Wak Rabidin untuk penyelarasan," Kata Haji Zahari.
Beliau menyatakan bahawa setakat ini Kursus ini hanya terbuka kepada pemuda lelaki sahaja dan akan membukakan kepada penyertaan wanita jika ada sambutan yang menggalakkan dari kaum itu.
Untuk Mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal pada 14hb Jun 2009 nanti, seramai 20 orang wakil termasuk dari kumpulan AMK Bahagian Paya Besar akan menghadiri Mesyuarat tersebut.
(kepada semua ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang diminta menghantarkan berita mengenai parti dan masyarakat untuk dimuatkan didalam ruang PKR Pahang disana sini, sila hantar berita melalui sms kepada 0199321260)

No comments: