PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, June 3, 2009

Berita PKR Pahang disana sini

Kuala Lipis:

PKR Bahagian Kuala Lipis akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasanya pada 6hb Jun 2009 jam 3.00 petang, dan semua Ahli Jawatankuasa Bahagian dikehendaki menghadiri mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah dihubungi Setiausaha Bahagian di talian 0199937507.

Setiausaha PKR Bahagian Lipis juga mengumumkan bahawa Pejabat PKR Bahagian Lipis yang terletak di No. 32-2 Lorong BBKL 2/2/1 Bandar Baru Kuala Lipis, 27200 Kuala Lipis sedang menjalani kerja-kerja ubahsuai, sila hubungi Setiausaha Bahagian untuk perkembangan seterusnya.
Bera:
Sdr Bob Manolan melapurkan bahawa seramai 13 Orang Asal dari Bera akan menghadiri Mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal di Ibu Pejabat Parti Keadilan Negeri Pahang, Kuantan pada 14hb Jun 2009 jam 2.30 petang.
Beliau menambah bahawa PKR Bahagian Bera akan cuba menghantar sekurang-kurangnya satu orang wakil dari setiap Rancangan Felda kemesyuarat tersebut.
Maran:
Sdr Bustamin menyatakan bahawa PKR Bahagian Maran akan menghantar seramai 4 orang wakil dari Bahagian itu untuk menghadiri mesyuarat Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal pada 14hb Jun nanti di Ibu Pejabat PKR di Kuantan.
Temerloh:
Sdr Nizam Hamid melaporkan bahawa sebuah cawangan baru akan ditubuhkan di Bahagian tersebut apabila sebuah cawangan UMNO akan dibubarkan. Persiapan kini sedang aktif dilakukan.
Kuala Krau:
Sdr Azmi Zainon, Setiausaha PKR Bahagian Kuala Krau melaporkan bahawa Bahagian tersebut kini berstatus sudah didaftarkan oleh ROS dan akan menghantar perwakilan sah untuk menghadiri Kongres Khas PKR di Kajang pada 13hb Jun akan datang.
Beliau melaporkan juga bahawa PKR Bahagian itu akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian pada 6hb Jun 2009 di Kg Datok Shariff Ahmad, dan sempena dengan mesyuarat itu sebuah cawangan baru akan ditubuhkan di kampong tersebut.
PKR Bahagian Kuala Krau akan mengadakan Majlis Mesra Rakyat pada 6hb Jun jam 4.00 petang di Kg Paya Pelong, sebuah perkampongan Orang Asal, dan Bahagian tersebut menjemput mana-mana pimpinan PKR Pahang yang mempunyai ruang masa untuk hadir.
Pada 7hb Jun 2009 jam 4.00 petang, Majlis Mesra Rakyat akan diadakan di Kg Rekoh/Berdut, sebuah perkampongan Orang Asal dan pada sebelah malamnya akan diadakan perjumpaan khas ahli-ahli PKR Cawangan Kg Gong Halt di rumah Tok Emapt Daud.
(Semua Bahagian di Negeri Pahang dikehendaki menghantar berita ringkas kepada 0199321260 mengenai perkembangan parti dan masyarakat setiap minggu untuk disiarkan, terima kasih)

No comments: