PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, May 8, 2009

101 ahli-ahli UMNO Felda Lepar Utara sertai PKR

Dengan kehadiran menghampiri 200 orang, PKR Cawangan Lepar Utara telah hadir mempelopori perjuangan Peneroka-Peneroka Felda Lepar Utara dengan penuh bergaya dan dirasmikan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang semalam, 7hb Mei 2009.
Didalam Majlis perasmian itu, Sdr Atan selaku Ketua Cawangan, menyatakan bahawa bukan sahaja orang UMNO gelisah, beliau juga sangat gelisah. Orang UMNO gelisah kerana tunggak kekuatan UMNO di kawasan Parlimen Paya Besar telah dibolosi, Sdr Atan juga gelisah kerana menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.
Selaku ahli UMNO selama ini beliau tidak pernah merasakan tekanan perjuangan. UMNO boleh menggunakan apa saja kemudahan yang ada dan tidak pernah timbul masalah samada perjumpaan itu ada permit atau tidak.
Apabila melangkah kepada Parti Pembangkang, semuanya sukar, tidak ada sebarang kemudahan orang ramai yang boleh digunakan seolah-olah kesemua kemudahan itu disediakan untuk UMNO.
Beliau merasa resah-gelisah apabila tak sudah-sudah Patrol Car pihak Polis tak henti-henti datang menghampiri kawasan rumahnya. Ini adalah satu pengalaman baru bagi dia, dan membuatkan beliau lebih cepat matang didalam perjuangan.
Apabila Majlis Perasmian selesai dan beliau menyerahkan 94 Borang ahli-ahli baru kepada Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, beliau berasa begitu lega. Lebih lega lagi bahawa setelah Borang diserahkan, ada 7 lagi Borang Baru diserahkan yang diisi oleh pemohon-pemohonnya semasa ceramah di Majlis itu diadakan.
Sdr Atan mengatakan bahawa ada seramai 400 orang ahli UMNO di Felda Lepar Utara, 100 asudah menyertai PKR, dan didalam tempoh terdekat ini akan ada lebih dari 100 orang lagi akan menyertai keahlian PKR. PKR bersama-sama PAS yang mempunyai keahlian 250 orang (maka kini PKR+PAS=350 orang sudah pun mengatasi keahlian UMNO yang hanya tinggal 300 orang, dan akan berkurangan lagi dengan kemasukan lebih dari 100 orang lagi ke PKR).
Suatu Seminar mengenai Masa Depan Peneroka-Peneroka Felda akan diadakan di Felda Lepar Utara bagi memantapkan kefahaman Peneroka-Peneroka disana tidak lama lagi.

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

salam... saya ada paklong tinggal di lepar hilir... lepar hilir 3... nnt saya tanye ahli keluarga mereka... kalau boleh dapat tawan PEKAN PRU akan datang...

(sidang dun 7/5/09) untuk mengetahui laporan media dari dunia ... hehe

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/05/berita-dr-saentero-dunia-apabila-lanun.html