PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, March 13, 2009

Akhbar Perancis, Liberation hari ini mendedahkan bagaimana dan mengapa Altantuya dibunuh
Posted: Blog Amin Iskandar @ Black

Updateds

Terjemahan berita dalam Bahasa Malaysia boleh dibaca disini.

Posting Asal

Semakin dekat Najib Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah Badawi, semakin banyak rahsia terbongkar. Hari ini, Liberation sebuah akhbar di Perancis mendedahkan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan beberapa fakta yang belum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Arnaud Dubus wartawan yang berpengkalan di Bangkok, Thailand telah membuat kajian mengenai kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan pernah ke Kuala Lumpur, Mongolia dan Perancis untuk melengkapkan kajiannya. Dalam tulisannya yang bertajuk
The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? beliau telah mendedahkan bagaimana Azilah Hadri memberitahu Sirul Azhar Umar bahawa mereka akan mendapat bayaran sekitar RM 50,000 - RM 100,000 untuk “menyelesaikan” Altantuya.

Selain daripada itu, berita tersebut turut melaporkan tentang bagaimana Altantuya merayu kepada Sirul agar tidak dibunuh oleh kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu.

Turut didedahkan dalam laporan tersebut ialah mengenai wang komisen yang seharusnya dibayar kepada Altantuya sebanyak USD 500,000 telah dinafikan oleh isteri kepada Najib Razak, Rosmah Mansor yang didakwa oleh laporan tersebut sebagai seorang “perempuan yang kuat cemburu”. Lihat laporan asal
disini. (Mukasurat 30-31, tetapi anda perlu membayar untuk melihat berita penuh).

Malaysia Today pada hari ini menyiarkan kenyataan Sirul Azhar Umar pada 19 November 2006 mengenai bagaimana Altantuya dibunuh dan tentang mereka telah diupah untuk membunuh Altantuya. Klik
disini.

Sudah pastinya ini adalah alamat yang tidak baik kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa pun yang mereka lakukan untuk menutup kes ini, “Hantu Altantuya” tidak akan hilang dari bayangan mereka.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi sebelum menjadi Presiden Umno yang sah dan Perdana Menteri Malaysia, Najib tentu pening kepala. Lebih keras beliau bertindak, lebih banyaklah maklumat baru akan didedahkan.

Satu soalan kini yang bermain dikalangan rakyat Malaysia ialah sempatkah Najib menjadi Perdana Menteri?

2 comments:

Seladang said...

Saya menaruh keyakinan dalam sedikit masa nanti akan ada produser filem luar negara yang mefilemkan cerita berkaitan trejidi Altantuyya ini.

Maka akan ada watak-watak mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dari penjawat awam kepada pemimpin negara dan juga individu sendirian.

Apakah filem tersebut nanti akan berlokasikan Malaysia? Apakah tajuk filem itu? Siapakah yang akan merasmikan tayangan perdana filem tersebut di Malaysia?

Siapakah pemegang watak-wataknya! Siapakah jurutunjuk bagaimana C4 digunakan? Adakah pelakon-pelakon Malaysia hari yang popular dapat tempat memegang watak-watak tersebut?

Adakah Tan Sri Jin Shamsuddin yang pernah berhajat untuk mengarahkan King of The River tajaan Kerajaan Perak zaman Ramli Ngah Talib dulu akan diamanahkan sebagai pengarah? Siapakah penulis Screenplay-nya?

Saya percaya ianya bukan saja book office di Malaysia, Monggolia dan Perancis tetapi akan mendapat sambutan hebat di seluruh dunia!

Siapakah yang akan menandatangani pengeluaran bahan letupan jenis C4?

Masa itu Razak Baginda dimana? Sarul dimana? Azilah dimana? Najib Rosmah dimana? Hakim-hakim yang melepaskan Razak Baginda dimana?

Yang pastinya Altantuyya sudah menunggu di alam baka'.

UMNO PARTI PENJARA said...

Kebenaran akan muncul...












+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++