PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, February 2, 2009

FELDA - Sila hantar maklumat kepada saya: 0199321260

Setiap rancangan Felda di Negeri Pahang mempunyai masalah-masalah yang memberi kesan kepada kehidupan peneroka-peneroka. Ada masalah kepada peneroka-peneroka asal; ada masalah kepada generasi kedua dan ketiga. Ada masalah pengangguran, ada masalah perumahan, ada masalah latihan, ada masalah bantuan kewangan.
Ada masalah diantara masyarakat peneroka dengan pihak Felda, atau dengan pentadbiran Felda, atau dengan dasar Felda, atau sistem pembelian buah sawit dan getah, atau masalah harga buah sawit dan getah.
Ada masalah kekurangan tanah untuk dikongsi oleh peneroka dengan generasi kedua dan ketiga. Ada masalah perwarisan. Ada masalah potongan hasil pendapatan peneroka-peneroka Felda.
PKR Negeri Pahang berminat untuk mendapatkan maklum balas dari semua pihak. Silalah hubungi kami.
Biro Hal Ehwal Felda yang dipengerusikan oleh Nizam Ahmad meminta semua Bahagian PKR yang mempunyai Rancangan-Rancangan Felda supaya menubuhkan Biro Hal Ehwal Felda di Bahagian masing-masing.
AJK Biro-Biro ini akan menghadiri taklimat penting di Temerloh diakhir bulan Februari ini dan satu konvensyen peneroka-peneroka Felda akan diadakan berikutan dengan taklimat tersebut.
Biro Penerangan yang diketuai oleh saya sendiri akan memberikan tumpuan khusus penerangan di rancangan-rancangan Felda didalam usaha PKR Pahang untuk menubuhkan cawangan-cawangannya diseluruh rancangan Felda di Negeri Pahang.
Untuk majlis-majlis penerangan di rancangan-rancangan Felda, Ketua-Ketua Penerangan Bahagian, AJK Biro Felda Bahagian dan Ketua-Ketua Bahagian boleh menghubungi saya atau Pengerusi PKR Negeri Datuk Fauzi Abdul Rahman.

No comments: