PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, February 4, 2009

Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asli

Kepada semua Bahagian yang mempunyai rancangan Felda di Bahagian masing-masing adalah dengan ini diarahkan untuk menubuhkan Biro Hal Ehwal Felda sebelum akhir bulan ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi, seorang Setiausaha dan antara 5 hingga 10 orang AJK. Sila lapurkan kepada Setiausaha PKR Pahang secepat mungkin setelah Biro tersebut ditubuhkan dengan menghantarkan senarai AJK Biro.
Begitu juga dengan penubuhan Biro Hal Ehwal Orang Asal. Sila lapor dan hantarkan senarai AJK kepada Setiausaha PKR Pahang sebelum berakhir bulan Februari ini.
Semua Bahagian di Negeri Pahang hendaklah menubuhkan Biro Penerangan dengan melantik seorang Ketua Penerangan, Naib Ketua, Setiausaha dan diantara 5 - 10 AJK Biro sebelum berakhir bulan Februari dan hantarkan senarai Jawatankuasa Biro kepada Setiausaha PKR Negeri Pahang sebelum berakhir bulan Februari.

No comments: