PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, January 10, 2009

YB Fuziah Salleh arahkan 8 orang petugas dari Kuantan membantu kerja-kerja dariMarkaz Bukit Besar

Salam dari Algeria, begitulah pesanan yang saya terima dari YB Fuziah Salleh. Beliau memohon maaf kerana masih belum kesempatan untuk turun ke Kuala Trengganu kerana tugas-tugas diluar Negara.

Sebagai respon kepada permintaan saya supaya setiap Bahagian PKR di Negeri Pahang menghantarkan sekurang-kurangnya 3 orang petugas untuk DUN Ladang iaitu kawasan yang ditugaskan untuk PKR Pahang didalam Pilihanraya Kecil ini, beliau akan meminta sekurang-kurangnya 2 buah kereta untuk turun ke Kuala Trengganu pada 11hb Januari 2009 terdiri daripada petugas-petugas Melayu dan Tionghua.
Kami mengalu-alukan petugas-petugas dari Kuantan. Hari ini, 2 pasukan dari Markaz Bukit Besar akan menjalankan kerja-kerja kempen dari rumah ke rumah di UPU Bukit Besar yang diketuai oleh PKR Perak dan PKR Pahang.
Pada 12hb Januari 2009 nanti Markaz Bukit Besar akan menyerang keseluruhan 7 UPU didalam DUN Ladang setiap hari dan kami berjanji akan menukarkan kemenangan 31 undi yang diperolehi ADUN PAS, YB Tengku Hassan pada 8hb Mach lalu kepada kemenangan yang lebih selesa.

4 comments:

Dennis Ktn said...

Semoga petugas petugas PKR Pahang berjaya dalam memenangkan calon PAS dalam pilihanraya kecil ini. Rugi saya tak dapat turun!!

roshaida said...

gempar jer lebih petugas pkr phg ni. jaga negeri phg pun tak menang. jaga dun ladang pun kalah jugak. dun lain semua menang. syok sendiri jer la hj suhaimi ni tulis dlm blog mcm2. petugas sukarela pkr phg yg dtg jauh2 nak tido kat markas pkr pun hj suhaimi bising2...mcm bagus sangat!!!
kami dtg nak membantu bukan nak cari nama dan jawatan nak mengampu dato fauzi!!!

Jentera PKR Phg syok sendiri!!!

nasib baik pas cerdik.

Suhaimi Said said...

Maaf, ya, tidak ada pun yg nama Roshida yang berdaftar sebagai petugas dari Pahang.

Semua yang berdaftar sebagai petugas telah dapat menginap dengan baik di dua rumah petugas Pahang.

Alhamdulillah, petugas-petugas Pahang dan Perak yang bertugas di Markaz Bukit Besar mendapat sanjungan kerana bertugas penuh dedikasi, dan buat kali pertama UPU Bukit Besar yang dulunya kalah 49 undi, kini menang dengan 62 undi.

Roshaida, ini naa pelik. Kerana tak ada pun berdaftar sebagai petugas, dan tak pernah pun membantu kami di Bukit Besar, jadi kita anggap sajalah dia ni "Orang UMNO" yang keciwa.

Suhaimi Said said...

Ha, ha, ha, ada budak mamat panggil diri dia roshaida, dia kata sukarelawan pkr dtg jauh2, nak tido kat markas pkr pun hj suhaimi bising2. mAMAT NI BETUL2 TAK TAHU. Markas kami tak ada orang tidur. Kami tidur kat Rumah Pahang dan sebuah rumah lagi di Gelugur kedai.

2 tempat ni menempatkan petugas-petugas Pahang yang silih berganti. Yg bukan petugas pun tumpang tidur jugak.

PKR Phg memang memohon kerjasama mereka yang bukan petugas, yg dtg nak seronok-seronok dengar ceramah
supaya tidak tidur di rumah yang PKR Phg sewa, kerana jumlah yang terlalu ramai akan menyusahkan petugas-petugas.

Petugas-petugas perlu bangun pagi untuk pergi kempen. Mereka kena beratur untuk ambil wuduk, kerana bilik air ada satu saja.

Kalau ditumpang oleh mereka yg bukan petugas, lagilah menyesakkan.

Namun dalam pada itu ramai juga tourist2 ni yang dah tak ada tempat tidur dtg tidur di rumah2 Pahang itu.

Bukan saja kami izinkan bahkan makan minum mereka pun kami tanggung walaupun budget kami sangat kecil.

Nak kata kami bagus sangat tu tak taulah. Tapi sekurang-kurangnya 2 UPU yang kami jaga iaitu Pasir Panjang dan Bukit Besar PAS menang, kalau dulu-dulu tak pernah menang!

Kami tidak mengaku kami yang terbaik. Tetapi program kempen kami adalah berdisiplin mengikut jadual.

Mula kempen jam 9.00 pagi. Berhenti solat dan makan, dan sambung lagi kempen rumah-ke-rumah hingga 6.00 petang.

Malam, saya kena ceramah. Jam 12.00 tengah malam kena hadir mesyuarat penyelarasan dengan pimpinan PKR Negeri-Negeri, habis mesyuarat lebih kurang jam 3.00 pagi. Dan esuknya jadual kempen diteruskan lagi. Maka dapatlah tidur 2, 3 jam sehari dari 6hb Januari hingga 17 Januari.

Pasal Pahang belum dimenangi tak usahlah cakap.

PAS pun dah 50 tahun berada di Pahang, tapi hingga kini pun belum menang. Bukan senang nak cari perubahan, tapi kita tetap kena berusaha. Dengan gelombang yang betul, Insya Allah, Pahang akan dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Nak membodek Datuk Fauzi? Nak buat apa bodek dia? Apa dia boleh bagi kalau bodek dia? Dulu ada orang kata saya cuba bodek Zakaria kerana mempertahankan Setiausaha Negeri yang dilantik Zakaria.

Tapi apa Zakaria boleh bagi? Perjuangan bukan masalah bodek. Saya tersangat ingi berjumpa dengan manusia bernama Roshaida ni.

Tunjukkanlah diri anda dan saya nak tengok sangat orangnya yang bernama Roshaida ni. Hantu ke, jembalang ke, SB ke atau UMNO keciwa ke!