Setelah mengadakan mesyuarat tertutup dengan pimpinan PAS DUN Ladang dirumah Dr Sulaiman Abdullah jam 10.30 pagi tadi, kami dari Markaz PKR Bukit Besar DUN Ladang telah membuat kenalpasti kerja-kerja yang akan kami jalankan mulai 10hb Januari 2009 dan 11hb Januari 2009.
Kerja-kerja ini melibatkan rakan-rakan PKR dari Pahang, Perak, Setiu dan Dungun yang berkampong di Markaz Bukit Besar.
Saya telah mengahantar pesan kepada semua ketua-ketua Bahagian di Negeri Pahang termasuk wanitanya supaya menghantar sekurang-kurangnya 3 orang petugas untuk didaftar di Markaz Bukit Besar.
Sesetengah Bahagian memberi jaminan untuk menghantarkan lebih dari 5 orang petugas dan kebanyakannya akan hadir mulai 11hb Januari 2009. Ada sesetengah Bahagian akan menghantar mulai 10hb Januari.
Adalah dianggarkan seramai 50 petugas-petugas akan menjalankan kerja sepenuh masa mulai 11hb Januari 2009.
Hanya petugas-petugas yang sanggup bertugas sahaja yang perlu berdaftar di Markaz ini.
No comments:
Post a Comment