PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, January 26, 2009

Ketua Wanita PKR Pahang rasmikan mesyuarat penubuhan Wanita PKR Bahagian Kuala Krau

Kuala Krau, 25.1.09: Bertempat di Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau jam 4.00 petang, Pn Fatimah Ithnin telah merasmikan penubuhan Wanita PKR Bahagian Kuala Krau. Jawatankuasa Wanita yang diketuai oleh Pn Zaida Mat Husin itu telah berjaya memilih Ahli Jawatankuasanya yang sangat unik iaitu suatu Jawatankuasa yang terdiri daripada wanita Melayu, India dan Orang Asal.
Pn Fatimah melahirkan kesyukurannya kerana Bahagian Kuala Krau telah berjaya menubuhkan Jawatankuasa Wanita dan beliau menyeru bahagian-bahagian lain di Negeri Pahang yang belum mempunyai sayap wanita supaya berbuat sedemikian secepat mungkin untuk memperkukukan gerakan parti di Negeri ini.
Beliau menggambarkan pengalaman beliau semasa berada di Kuala Terengganu bersama-sama dengan wanita PKR dari Negeri Perak. Mereka itu adalah petugas-petugas sejati, menjalankan kempen dari pagi hingga ke petang, kempen rumah ke rumah, ditempatkan di Bukit Besar bersama-sama dengan petugas-petugas dari Pahang.
Beliau kagum dengan wanita Perak itu kerana mereka tahu apa yang nak dibuat setiap hari didalam tempoh waktu kempen itu dan terlibat aktif pula merayu undi semasa pengundian berlangsung.
Pn Fatimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua PKR Bahagian Kuala Krau yang telah menawarkan khidmat beliau untutk membantu Wanita Negeri, dan beliau bergembira kerana Ketua Bahagian itu menawarkan gerak kerja seiring diantara Wanita Negeri dan Biro Penerangan Negeri.
Haji Suhaimi Said, selaku Ketua PKR Bahagian Kuala Krau meminta supaya Jawatankuasa Wanita PKR Bahagian Kuala Krau yang baru dipilih itu supaya pro-aktif, turun padang, pergi ke cawangan-cawangan, gerakkan wanita di peringkat cawangan, adakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan dan memperkemaskan lagi pergerakan wanita di peringkat cawangan.
Beliau menyatakan bahawa ini adalah masa untuk bertindak iaitu masa yang sangat sesuai kerana UMNO kini dilanda pelbagai krisis, mereka dilanda krisis keyakinan setelah kalah di Kuala Trengganu, iaitu kawasan yang mereka pegang selama ini. Mereka kalah di Permatang Pauh dengan majoriti yang menyayat hati mereka, dan mereka sedang bergelut dengan rasuah politik. Tidak ada penghujung bagi mereka sehinggalah mereka itu dikalahkan didalam Pilihanraya akan datang.
Haji Suhaimi mengaku bahawa DUN Jenderak adalah kawasan yang paling sukar di Negeri Pahang, suatu kawasan yang amat konserbatif, dan jika PKR boleh memenangi kawasan ini, PKR boleh memenangi mana-mana kawasan pun di Negeri Pahang.
Beliau mengingatkan bahawa semasa Pilihanraya Umum yang lalu, PKR Kuala Krau belum ditubuhkan, hanya ada beberapa orang yang menjadi Jawatankuasa Penaja. Kini PKR Kuala Krau sudah ditubuhkan dengan keahlian yang setanding dengan lain-lain Bahagian di Negeri Pahang. Tetapi kemenangan tidak akan datang menggolek, ia mesti diperjuangkan. Dengan motto iaitu Buat Kerja Belum Tentu Menang dan Tak Buat Kerja Sudah Tentu Tak Menang, PKR Kuala Krau akan berusaha melonjakkan paradigma perubahan.
Dengan ujudnya sayap kiri dan kanan, iaitu Wanita dan AMK di Bahagian ini, PKR Kuala Krau akan membawa perubahan yang dikehendakki.

No comments: