PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, January 28, 2009

Datuk Fauzi Rasmikan 2 Buah Cawangan Lagi Dalam Rancngan Felda

Paya Besar, 27.1.09: Terletak di celah perumahan untuk Generasi Kedua Felda, di perkampongan Felda Lepar Hilir 1 dan 4, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang merasmikan 2 buah cawangan PKR serentak iaitu Cawangan Felda Lepar Hilir 1 dan Lepar Hilir 4 dengan keahlian 160 orang.
Majlis yang dipengerusikan oleh Sdr Haji Zahari, Ketua Penerangan PKR Bahagian Paya Besar itu turut memperkenalkan Sdr Sufian Abd Jalil, seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar yang baru-baru ini meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Didalam ucapan ringkasnya, Sdr Sufian memperkenalkan pula Sdr Anuar, Ketua Pemuda UMNO Hilir 4 yang turut keluar dari UMNO dan menyertai PKR.
Sufian menyatakan bahawa UMNO sudah hilang arahtuju perjuangan. Didalam pemilihan peringkat Bahagian Paya Besar baru-baru ini semakin jelas sikap mengenepikan perjuangan telah berlaku. Pemilihan yang berlangsung menyaksikan pertandingan "Orang Aku dan Orang Kamu" dan bukan lagi pertandingan UMNO. Perwakilan dihidangkan dengan pemilihan secara berkelik.
Beliau membangkitkan isu rumah-rumah yang dibina oleh Felda untuk Generasi Kedua. Hanya anak-anak peneroka yang ada "pay slip" sahaja yang layak membeli rumah-rumah itu, dan oleh kerana kebanyakan anak-anak peneroka ramai yang bekerja sendiri, tidak ada pay slip, dan mereka tidak layak membeli. Walhasilnya, rumah-rumah itu dijualkan kepada pegawai-pegawai Felda dan anak-anak pegawai Felda. Maka sekim perumahan untuk Generasi Kedua itu menjadi milik pegawai-pegawai dan anak-anak mereka.
Beliau mempersoalkan potongan sebanyak RM45.00 sebulan oleh Felda daripada pendapatan peneroka-peneroka Felda, dan mengeciwakan kerana potongan itu dibuat secara selonggok didalam bulan Disember ketika mana peneroka-peneroka memerlukan wang untuk persediaan bagi persekolahan anak-anak mereka.
Sufian berjanji bahawa beliau dan rakan-rakannya yang keluar dari UMNO akan memperkasakan PKR Bahagian Paya Besar dan akan lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO akan keluar dari parti itu.
Sdr Fauzi Abdul Rahman menyatakan bahawa Felda bukan dibuat oleh UMNO dan peneroka-peneroka tidak perlu mengenang budi kepada UMNO. Felda diwujudkan oleh Kerajaan dengan wang rakyat, bukan wang dari UMNO.
Beliau membawakan kisah usaha-usaha yang dibuat oleh Ibrahim Fikri, bekas Menteri Besar Trengganu, yang merancangkan untuk menyediakan tanah seluas 10 ekar kepada setiap peserta di Sg Tong Terengganu. Beliau memohon bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat, tetapi bantuan itu tidak diperolehi kerana mendapat tentangan dari Tan Siew Sin, Menteri Kewangan pada waktu itu.
Ibrahim Fikri telah dijatuhkan di Terengganu diatas alasan bahawa beliau membina sebuah istana untuk dirinya. Ini adalah satu penghinaan kepada Ibrahim Fikri oleh UMNO. Rumah yang dikatakan Istana itu hanyalah rumah bungalow biasa tetapi oleh kerana Ibrahim membinanya di kampongnya sendiri di pekampongan nelayan, maka nampaklah rumah itu besar dibandingkan dengan rumah-rumah nelayan.
Fauzi juga mengimbau kembali kisah Aziz Ishak, seorang Menteri Kabinet semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Beliau sebagai Menteri Pertanian mencadangkan supaya Kerajaan membina kilang baja untuk membantu petani-petani, tetapi cadangan itu ditentang oleh puak-puak MCA kerana merekalah yang mempunyai kilang baja pada waktu itu.
Aziz Ishak dipecat daripada Kabinet Tunku Abdul Rahman diatas desakan pemimpin-pemimpin MCA.
Datuk Fauzi juga mengimbau kembali peranan pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman, misalnya, memilikki 18 buah rumah sebelum menjadi Perdana Menteri. Tetapi semua rumah itu dijualnya untuk membiayai pilihanraya. Tunku bersara dengan tidak mempunyai harta dan terpaksa menyewa bilik hotel. Kerajaan membelikan untuk Tunku sebuah rumah di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Pulau Pinang.
Bezakanlah dengan Menteri-Menteri sekarang yang apabila bersara menjadi millionair.
Fauzi seterusnya menyatakan bahawa semasa berlaku fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah dipanggil oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed yang memintanya menyatakan bahawa Anwar memang melakukan liwat.
Dr Mahathir membandingkan kedudukan Datuk Fauzi yang sepatutnya sudah menjadi Menteri Kabinet seperti Timbalan-Timbalan Menteri yang lain.
Datuk Fauzi faham tetapi menolak kehendak Mahathir supaya Fauzi menyatakan bahawa Anwar melakukan liwat. Fauzi menyatakan bahawa beliau kenal Anwar dari zaman persekolahan lagi sebagai sahabat dan tahu pembawaan Anwar. Pembelaan Fauzi terhadap Anwar menyebabkan terlucutnya apa-apa jawatan didalam Kerajaan.
Kematian Kugan didalam tahanan polis juga disentuh oleh Datuk Fauzi, Kugan mati disebabkan "excessive internal bleeding" hasil siksaan polis, PKR menuntut supaya mereka yang melakukan perbuatan ini dibawakan kemuka keadilan dengan segera.
YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang turut berucap didalam Majlis tersebut. Majlis ditangguhkan jam 5.00 petang.
Akhirnya para hadirin dijamu dengan bubur Asyura.

1 comment:

Seladang said...

Syabasss Dato Fauzi dan rakan-rakan yang lain yang berusaha berjuangan untuk kebangkitan rakyat yang selama ini digula-gulakan oleh pemimpin UMNO/BN antaranya penagihan wang mereka sendiri kepada mereka semasa musim pilihanraya lalu.