PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, December 22, 2008

Husam VS Khairy… Keberanian Khairy Patut Dipuji
by MSO

Sebenarnya Khairy tidak mampu langsung untuk menyaingi kehebatan Husam dalam Suasana terbuka semalam,Mungkin khairy ingat macam dalam TV kot.Banyak isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Khairy akhirnya memakan khairy balik.Sampai ke satu tahap Khairy hanya tersengih-sengih dengan jawapan balas dari Husam.Sudahlah acap kali di boo oleh penonton ditambah pula yang sebelah kanannya turut sama menghentamnya.Khairy bukannya lawan untuk digandingkan secara terbuka bersama Husam dalam suasan bebas seperti semalam.Cuma yang kita kagumnya adalah keberanian Khairy datang ke lubuk Pas Dan berdepan pula dengan bukan lawannya.

Penilaian Umum Saya

Saya sempat merakam detik-detik awal , pertengahan dan penghujung forum atau perdebatan antara Saudara Khairy dan Dato Husam Musa semalam.Dan sempat juga merakam detik-detik yang dianggap agak cemas kalau kita menonton sebuah filem… Tapi sayangnya masalah line TM Streamyx yang amat mendukacitakan menyebabkan sehingga sekarang masih lagi belum berjaya untuk di uploadkan videonya yang hampir 1 jam itu.

Walau apapun pengunjung boleh melihat sendiri videonya di youtube atau mana-mana blog nanti yang pada anggapan saya boleh dianggap sebagai peristiwa yang amat penting dalam sejarah berforum secara terbuka dan bebas di Malaysia sepanjang saya mengikutinya semenjak di bangkul sekolah lagi.Amat rugi TV3 atau mana-mana stesen TV tidak menyiarkan secara langsung Majlis Forum Wacana Perdana semalam.Majlis Forum sebeginilah sebenarnya yang rakyat inginkan dan perlu didedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya diantara kedua belah pihak.Terbuka,bebas dan ruang masa yang mencukupi.Penonton bebas untuk bertanyakan apa sahaja persoalan kepada ahli panel tanpa diganggu oleh pengerusi forum.Bilangan soalan tidak dihadkan sampai seorang tu kalau tak silap saya sampai empat soalan.

Forum sebegini patut diadakan lagi sekerap yang mungkin dan di tempat yang lebih luas lagi seperti di Stadium.Memandangkan keadaan yang bersesak-sesak semalam dengan kehadiran yang terlalu ramai sehingga penonton di luar dewan lebih ramai daripada penonton di dalam dewan.Apapun perincian tentang isi perbincangan dalam forum semalam bolehlah pengunjung2 menjenguk mana- mana blog yang mengulasnya.Sudah tentu…Saya rasa hari ini atau malam ini postingnya akan muncul di Blog pilihan ramai MSO.. Harap semua dapat membacanya.

Berkaitan…

Ringkasan debat Husam Musa-Khairy

Husam kata berlaku transformasi politik yang hebat pada PRU-12.

Khairy plak jawab sebenarnya rakayt hanya memberi undi protes kepada pakatan rakyat. Undi kepada pakatan rakyat hanyalah untuk mengajar UMNO. Khairy menegaskan rakyat akan mengundi BN semula pada PRU akan datang…

Prof Aziz plak jawab sebenarnya tidak ada istilah undi protes. Rakyat undi dengan kerelaan hati untuk mengundi pakatan rakyat. Prof juga bertanya kenapa bila orang x undi kita kita akan cakap tu sebagai protes?

Debat semakin rancak dengan isu Negara Islam dan beberapa isu yang berbangkit di dalam kerajaan negeri selangor dan Perak.

Ade beberapa kritikan hebat kepada suruhanjaya yang baru ditubuh kerajaan BN iaitu suruhanjaya yang berkaitan rasuah dan juga perlantikan hakim.

Kata khairi ini adalah kejayaan UMNO melakukan transformasi dalam kes ini bagi mewujudkan keadilan.

Husam dan Prof membidas ini hanya satu gimik politik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam isu perlantikan hakim PM masih mmpunyai kuasa besar dalam menentukannya. Prof Aziz selaku orang yang pakar dalam undang2 begitu hebat mengkritik suruhanjaya baru yang dibentuk ini dakwanya ini satu lagi suruhanjaya ditubuhkan oleh BN. Azam itu ada tetapi pelaksanaan bakal pincang dengan mengambil contoh kegagalan SUHAKAM dalam membawa suara2 yang teraniaya. Sudah beberapa kali SUHAKAM menyediakan laporan untuk dibawa ke parlimen tp PM buat pekak bodoh jer..kata Prof Aziz..

Keadaan semakin panas. Sorak menyorak berlaku antara penyokong PAS dan juga penyokong UMNO. Tetapi disiplin penyokong PAS dapat mengawal keadaan walaupun penyokong PAS adalah majority di dalam Dewan Balai Islam Lundang.

Isu perlantikan MB Perak cuba dimainkan khairy. Husam menjelaskan beliau terlibat secara langsung dalam perlantikan MB Perak dan kata Husam lagi DAP memberikan sepenuh komitmen dalam perlantikan Saudara Nizar sebagai MB Perak. Jadi tidak ada isu pertelegahan dalam isu perlantikan MB perak. Husam mengigatkan Khairy supaya jangan cuba menjadi lidah utusan.

Isu UITM juga timbul apabila seorang penyokong UMNO bangun bertanyakan soalan kepada Husam. Belum sempat Husam ingin menjawab soalan itu dijawab oleh Prof Aziz bahawa itu adalah perkara kecil dan sudah basi. Sepatutunya soalan itu tidak ditanya lagi. Jawapan itu disambut dengan sorakan sokongan oleh penyokong2 PAS. Tambah Prof Dr Aziz lagi TPM Najib sendiri akan menghapuskan DEB. Kenapa UMNO tidak bising bila Najib nak hapuskan DEB? Hujah ini terus mendiamkan penyokong UMNO ibarat mulut mereka disumbat batu.

Husam juga menyentuh isu IJN yang cuba diswastakan oleh BN. Ini mengambarkan betapa BN tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.menifestasi keuntungan menyebabkan mereka cetek untuk berfikir. Tiba2 kerajaan menangguhkan penyerahan ekuiti IJN kerana perlaksanaanya belum dibuat kajian. Tengok betapa BN tidak mengkaji secara mendalam isu kepentingan rakyat. Segala keputusan dibuat secara ad-hoc ataupun secara tergesa2. bila mendapat tentangan hebat barulah kerajaan nak kaji balik.

Khairy juga ditanyakan soalan bertalu-talu oleh Presiden kelab penyokong PAS dalam sesi soal jawab. Aku x ingat ape dah nama pak cik kita tu. Sorg berketurunan cina. Beliau mengenali konsep ketuhanan melebihi pemahaman khairy terhadap Islam. Bezanya beliau bukan Islam dan khairy adalah seorang Islam. Kalau pakcik tu masuk Islam mesti die lebih hebat daripada khairy.

Khairy juga mengambil peluang untuk menyerang Ahli Parlimen Machang iaitu Saifuddin Nasution yang mana beliau juga hadir sebagai penonton dalam Wacana tersebut. Isu peralihan kuasa 16 sept cuba dimainkan khairy setelah diuji bertalu dengan hujah2 Husam dan juga Prof Dr Aziz Bari..aku fahami betul2 ape yang cuba dijawab oleh Husam tp susah untuk aku menulis disini dibimbangi tersalah faham. Nnt korang boleh dapatkan CD wacana ini kat mane2 kedai ceramah.

Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh khairy tetapi berjaya dipatahkan oleh Husam dan juga prof Aziz. Khairy banyak disorak dan di boo oleh penonton kerana hujahnya begitu dangkal dan penuh dengan ilusi dan sedap mulut bercakap jer….

Khairy cuba mnejerat Husam dengan isu muzakarah. Itu adalah jerat bodoh yang mengundang kemarahan penonton. Ini membuktikan rakyat sendiri menolak muzakarah antara PAS dan juga UMNO.

Majlis itu tamat lebih kuran jam 11.45..

http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/ringkasan-debat-husam-musa-khairy.html

Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik

KOTA BHARU, 21 Dis - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.

Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.

Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.

“Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.

“Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini,” katanya pada wacana tersebut.

Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.

Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato’ Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.

Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.

Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.

Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.

Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.

Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

http://www.husammusa.com/index.php?option=com_content&view=article&id=209:khairy-jamaluddin-akui-pemimpin-pas-matang-berpolitik-&catid=52:kelantan&Itemid=72

No comments: