PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, November 12, 2008

Rombongan Kaum Jahud ke Kongres Nasional

Di atas inisiatif yang diambil oeh Sdr Badrul Hisham Shaharim (Cikgu Bard), satu rombongan dengan sebuah bas akan dari kalangan Orang Asal kaum Jahud dari kawasan Kuala Krau Temerloh Pahang akan menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam pada 29hb November ini.
Pemergian rombongan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh PKR Pusat, dan didalam kesempatan Pembukaan Rasmi Kongres tersebut sebuah pertunjukan kebudayaan kaum Jahud akan dipersembahkan.
Kumpulan kebudayaan itu akan diketuai oleh Sdr On bin Long, seorang anak muda dari Kg Pasu, yang juga merupakan Timbalan Ketua AMK PKR Bahagian Kuala Krau.
Juga telah dibisikkan kepada Sdr Cikgu Bard bahawa penduduk kaum Asal dari Kg Pian berhajat untuk membuka satu booth bagi menjual barangan tradisional, dan Sdr Cikgu Bard telah memberikan lampu hijau untuk tujuan tersebut - satu booth khas akan dibuka untuk kaum Jahud tersebut.
Cikgu Bard bersama Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi PKR Pahang telah memberikan ceramah kepada penduduk Orang Asal di Kg Pian pada 11hb November 2008 dan kedua-dua pemimpin itu terharu melihatkan semangat juang hadirin terutamanya semasa mereka sama-sama berdiri dan melaungkan REFORMASI.
Lebih terharu lagi apabila seorang yang sudah begitu tua tetapi dengan semangat menyatakan bahawa Orang Jahud mesti berjuang hingga berjaya dan selaku orang tua di kampong itu beliau meminta semua kaum Jahud berjuang untuk keadilan Orang Asli melalui Parti Keadilan Rakyat dan beliau melaungkan Reformasi dengan tangisan.
Kg Pian adalah salah sebuah perkampongan Orang Asli di Kuala Krau di mana sebahagian besar penduduknya adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat.

No comments: