by Muramatsu United Kingkom
Pembentangan mengenai peruntukan tambahan RM7 billion oleh Pak Najib yang dilakukan secara haram dalam parlimen Malaysia itu menunjukkan malapetaka awal kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Percanggahan yang jelas antara Timbalan Menteri Kewangan – timbalan Pak Najib itu dengan pembentangan 29 Ogos 2008 yang dilakukan oleh Pak Lah menunjukkan kepada mata yang melihat betapa pihak yang percaya kepada sistem ini tidak mempunyai sistem.
Dia ingat negara ini dihuni oleh orang-orang bodoh macam yang ada dalam parti UMNO itu!
Baru saja diberi tugas Menteri Kewangan, maka dengan bangga dan mudahnya Pak Najib membentangkan ‘belanjawan dia sendiri’ sedangkan pembentangan itu berlawanan dengan normal undang-undang dan peraturan yang boleh dikatakan satu sistem yang ada di parlimen itu.
Tanda malang ini dibimbangi melarat kepada keseluruhan sistem yang sedang rosak lagi dirosakkan oleh kepuakaan puak Mandaliar dan Karmawijaya melaui sentimental orang melayu ke atas UMNO, BN seterusnya sistem kehidupan bernegara.
Pak Najib yang mengatakan betapa dia percaya kepada sistem, sedangkan dia sendiri tanpa rasa malu terus melanggar sistem yang dia sendiri yakin itu. Perlanggaran sesuka hati ini adalah tanda-tanda awal yang malang kepada sistem di Malaysia, kalau Pak Najib jadi Perdana Menteri nanti.
Adakah rakyat malaysia sanggup menerima menteri begini sebagai Perdana Menteri mereka?. Cuma orang-orang yang bodoh macam yang berakar umbi dalam UMNO itu saja yang sanggup menerimanya. Begitu juga peralihan kuasa pemimpin utama UMNO– kaedah ini puaka dan suaka yang ditinggal oleh bekas ahli UMNO, Mahathir kepada PakLah dulu.
Orang UMNO tetap sengih terpesona dengan kaedah itu walaupun jelas peraturan parti di langgar. Cuma segelintir UMNO yang faham akan marah, teapi selebihnya diam kerana kononnya sayang UMNO, maka ia terus diam menerima walaupun sistem yang diperaktik berdasarkan perlembagaan parti UMNO dilanggar.
Perangai dalam UMNO itu kini hendak di bawa ke dalam kerajaan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO dalam parlimen.
Tanda-tanda Malang itu nampak lagi memalangkan kerana perlanggaran oleh Pak Najib itu dipertahankan oleh puak yang puaka BN/UMNO dalam parlimen. Bagaimana sikap manusia yang puaka ini tetap mempertahankan perkara yang nyata salah itu?.
Dibimbangi kumpulan yang tidak nampak kebenaran ini terus buta dan terus puaka lagi bangga untuk mempertahankan kedurjanaan yang jelas!. Sebagai rakyat marhen, kita heran kerana aliran politik yang sama, kedurjanaan sanggup dipertahankan. Apakah apabila sampai bala baru hendak dikesali?.
Feel menyokong kedurjanaan yang dilakukan oleh Mahathir ke atas DSAI dulu, kini feel yang sama di bawa masuk ke Parlimen pula. Janganlah kerana terdesak dengan kehadiran DSAI di parlimen, maka undang-undang di langgar!.
Pemimpin UMNO nampaknya semakin payah untuk terus mempertahankan kedurjanaan di luar UMNO. Walaupun kedurjanaan itu disokong di peringkat akar umbi dan talit perut di dalam UMNO. Soalnya sampai bila kumpulan UMNO ini mampu menongkat beban yang makin berat akibat sikap yang bersetuju dengan kedurjanaan yang dibuat demi parti?.
Rakyat Malaysia amat malang jika nanti berperdana menterikan seorang manusia yang yakin kepada sistem, tetapi dalam masa yang sama, dialah orang yang pertama melanggar sistem yang konon diyakininya itu. Tidak boleh dibayangkan kerosakan yang akan dibuat jika orang ini diberi kuasa utama dalam pentabiran Negara Malaysia.
Tindakan Menteri itu juga secara langsung memalukan melayu, seterusnya mengguris hati melayu. Peristiwa itu dikatakan mengguris hati melayu kerana ia menunjukkan kebodohan pemimpin melayu dalam parti terbesar melayu yang dikatakan mendokong kepentingan melayu itu.
Pihak istana dan raja eloklah melihat peristiwa ini sebagai teladan dan sempadan supaya pembesar melayu tidak terus mengguris hati orang melayu dengan cara memalukan itu demi mempertahankan sebutir kedurjanaan yang kini semakin terserlah.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Friday, November 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment