PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, November 4, 2008

Program Seharum -- Cukup Bagus

Program sehari anjuran Seharum di Hotel Seri Malaysia di Temerloh pada 2hb November 2008 benar-benar merangang minda untuk membawa parti kehadapan. Amatlah diyakini bahawa 160 orang pimpinan PKR seluruh Negeri Pahang yang menyertai Kursus sehari itu akan membawa perubahan besar kepada Bahagian masing-masing.
Negeri Pahang adalah subur untuk pertumbuhan politik yang progresif kerana Negeri ini masih dihuni oleh lebih dari 70% mereka yang terlibat dengan pertanian dan sistem ekonomi pertanian yang masih mundur.
Kemiskinan yang melanda Negeri Pahang adalah sebahgian besarnya adalah dari penduduk kampong. Kecuali peneroka-peneroka Felda yang memilikki 10 ekar ladang sawit atau getah dan 1 ekar tanah kampong dikebanyakan petani-petani di Negeri Pahang memilikki kurang dari 3 eakar tanah.
Apabila harga kelapa sawit (BTS) jatuh lebih rendah dari RM350.00 setan metrik dan harga getah beku jatuh di bawah RM2.00 bagi sekilogram, penduduk luar bandar di Negeri Pahang menggelungsur ke pendapatan dibawah paras kemiskinan. Keadaan kesukaran ini juga dirasakan oleh peneroka-peneroka Felda.
Pendapatan mewah dan kehidupan lumayan yang dirasakan oleh peneroka-peneroka Felda menjelang PRU 12 yang lalu dan beberapa bulan selepas PRU itu kini hanya tinggal kenangan dan mereka kembali kepada kehidupan yang asal.
Pekerja-pekerja dan kakitangan pejabat dan kilang tetaplah berhadapan dengan keadaan sukar kerana keadaan inflasi yang amat tinggi sekarang ini. Di dalam keadaan penduduk menghadapi kesukaran adalah keadaan yang amat sesuai untuk menerima pengaruh parti, ini membuktikan bahawa pihak BN sebenarnya tidak ada program ekonomi yang terancang untuk kepentingan golongan tani. BN hanya menyerahkan nasib petani-petani kepada kenaikan harga komoditi yang ditentukan semata-mata oleh turun-naiknya di peringkat global.
Kesukaran yang dihadapi oleh rakyat tidak bererti bahawa dengan sendirinya rakyat akan berduyun-duyun menyokong parti apatah lagi jika mereka masih dikongkong oleh pemikiran yang konserbatif, bahkan kesusahan mereka itu boleh digunakan oleh BN untuk kepentingan mereka.
Apa yang perlu dilakukan oleh parti ialah benar-benar menyusun jentera parti, perbetulkan organisasinya, perkuatkan organisasi dan dengan kekuatan itu gunakan untuk menyusun massa dan pergerakan massa.
Inilah waktunya untuk memperbanyakkan organisasi (cawangan-cawangan) di peringkat bawah (kampong, bandar, pekan, lorong, kawasan perumahan dan sebagainya); inilah masanya untuk memperbanyakkan keahlian.
Program-program seperti lawatan-lawatan kesetiap kampong, libatkan diri dengan kerja-kerja di kampong-kampong seperti gotong royong, kenduri kendara, mengambil peduli tentang manusia yang dilanda kesusahan, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang-orang miskin, libatkan diri dengan hal-ehwal kemasyarakatan seperti PIBG, masjid dan sebagainya. Di manakah kita dan apakah kita akan buat jika berlaku banjir, kebakaran, atau ribut yang merosakkan rumah anggota masyarakat?
Dari segi kerja parti pula, apakah yang kita lakukan untuk memperluaskan pengaruh parti, keahlian tidak boleh berkembang tanpa kerja, cawangan tidak boleh ditubuhkan tanpa kerja, program-program parti tidak boleh dilaksanakan tanpa mesyuarat dan kerja. Apakah pengisian "TURUN PADANG" kita?
SEHARUM telah memberikan "guideline" kepada kita dan kita juga telah dibekalkan dengan kertas-kertas kerja untuk panduan; apakah kertas-kertas kerja itu akan tinggal di dalam bentuk dokumen yang akan kita simpan dirumah, sebagai suatu tambahan kepada dokumen-dokumen yang telah kita kumpulkan dari berbagai kursus yang kita telah hadiri?
Kursus SEHARUM itu bagus, mahukah kita menunggu lagi supaya diadakan sekali lagi Kursus yang bagus itu untuk kita dapat mengumpulkan satu set lagi kertas-kertas kerja? Isi kepada kertas-kertas kerja itu mesti kita bawa ke bawah. Adakan kursus untuk setiap kampong/cawangan agar setiap ahli kita mampu mempunyai pemikiran yang progresif, apa yang kita kursuskan adalah teori, iaitu teori progresif dan baik untuk penyusunan parti dan dengannya untuk memperkukuhkan organisasi kita dikalangan masyarakat.
Tetapi jika selepas Kursus yang bagus itu, kita masih bersikap seperti "dulu", maka datangkanlah "seribu kursus" yang bagus, keadaan parti kita tetap tidak berubah, dan janganlah kita tanyakan kenapa kita tidak menang dari satu pilihanraya ke satu pilIhanraya.
Program SEHARUM cukup bagus, tetapi kita yang menghadiri Kursus itu, adakah kita bagus?

No comments: