PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, November 10, 2008

Ceramah PKR di Pekan Kuala Krau Tidak dibenar Polis

Ceramah Pakatan Rakyat yang ditaja oleh Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau di Pekan Kuala Krau tidak dibenarkan oleh Polis. Berita permohonan permit itu telah diberitahu kepada saya, selaku Ketua Bahagian PKR Bahgian Kuala Krau jam 3.30 petang tadi. Ceramah tersebut sepatutnya berlangsung esok 11 November 2008 jam 9.00 malam di depan Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau iaitu di Jalan Besar Pekan Kuala Krau.
Pihak Polis memberi alasan bahawa kawasan ceramah itu berhampiran dengan masjid. Walaupun saya menyatakan bahawa Ceramah akan hanya bermula selepas jam 9.00 malam, dan Isya' masuk waktu pada 8.04 malam dan apa jua aktiviti masjid sudah tamat sebelum jam 8.30 malam dan ceramah jam 9.00 malam itu tidak akan mengganggu apa jua aktiviti masjid apatah lagi Solat Isya' yang sudah pun selesai jam 8.15 malam.
Polis tetap juga tidak membenarkan walaupun hujah munasabah diberikan. PKR Bahagian Kuala Krau terpaksa mengalihkan cermah tersebut ke Kg Kuala Mai di rumah Sdr Zainal Ali (Abang Aziz) dan saya meminta ahli-ahli PKR supaya dapat berkumpul di pejabat PKR Bahagian Kuala Krau jam 9.00 pagi 11 November 2008 untuk menjalankan edaran risalah ceramah dari rumah ke rumah untuk kawasan-kawasan Pekan Kuala Krau, Taman Seri Desa, Taman Kuala Krau, Taman Mewah, Taman Tg Kubu, Kg Mesjid, Pekan Sari Lama, Kg Seboi (luar), kg Kuala Mai, Kg Gong Halt dan Kg Paya Sok.
Pada 11 November 2008 adalah hari kerja di mana urusan penyebaran kertas ceramah perlu juga disempurnakan walaupun dengan kehadiran petugas-petugas yang kecil. Ini adalah termasuk di dalam istilah "perjuangan" dan ahli-ahli akan menjadi matang dengan sepak-terajang sebegini.
Difahamkan bahawa beberapa hari yang lepas, telah diadakan MAJLIS KARAOKE di kawasan berdekatan masjid, tetapi oleh kerana program itu adalah program anjuran opisUMNO, maka tidak ada "hantu" mana pun yang menghalang program itu. Inilah demokrasi yang diamalkan di Malaysia!

No comments: