PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, October 12, 2008

UM Terkeluar, Dua Buah Universiti Singapura Tersenarai 200 Terbaik Di Dunia

by cucu mat kilau

"Universiti Malaya (UM) disenaraikan pada ranking 230 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds). Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 264 (246 sebenarnya bagi tahun 2007) . Pemangku Naib Canselor UM Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad berkata peningkatan ranking itu menunjukkan pelan strategik UM yang dilaksanakan dua tahun lepas di bawah kepimpinan Naib Canselor Datuk Rafiah Salim dan komitmen kakitangan selama ini telah membuahkan hasil. Beliau berkata universiti menyokong penuh Kementerian Pengajian Tinggi dalam merealisasikan aspirasi nasional untuk mempunyai satu atau lebih universiti yang disenarai dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2010" itulah bunyinya laporan media mengenai perkara ini semalam.

Sungguh memalukan melihat senario dan fakta-fakta ini sebenarnya!! Nampaknya tahap mentaliti golongan akademik di Malaysia ini sudah semakin merundum sama seperti orang politik UMNO. Terkeluar dari senarai 200 terbaik, tetapi masih berbangga kononnya ada peningkatan. Soalnya di sini, peningkatan apa yang ada?. Peningkatan yang amat memalukan sebahagian besar rakyat Malaysia. Bayangkan jika tahun lepas sebenarnya rankin UM ialah 246 dan sekarang 230 maknanya hanya turun 16 anak tangga. Tetapi mereka mengatakan tahun 2007 ranking UM tangga ke-264. Kononnya turun 34 anak tangga. Maknanya satu peningkatan yang cukup baik dan memuaskan. Bukankah ini satu penipuan yang nyata bagi golongan akademik seperti NC Rafiah Salim. Nampaknya NC universiti di Malaysia sekarang ini sudah terlampau cetek keilmuannya. Sama seperi NC UUM (Nordin Kardi), NC Uitm (Ibrahim Abu Shah) yang nampak benar terlampau "bijaknya" mereka-mereka ini. Inilah bahananya bila golongan NC ini dipilih atas dasar politik dan jasanya terhadap parti pemerintah dan bukannya mereka yang benar-benar berkelayakan untuk mentadbir sesebuah universiti.

Mahasiswa yang dikongkong dengan berbagai akta juga dilihat sebagai satu jalan untuk menyekat kreativiti dan minda mereka. Mahasiswa seolah-olah terbelenggu dengan "fahaman UMNO" dalam kampus. Pihak pentadbiran bebas melakukan apa sahaja demi survival politik. Asalkan mahasiswa terbabit sanggup berkompromi atas nama "kumpulan aspirasi kerajaan". Inilah yang berlaku setiap kali diadakan Pilihanraya Kampus di semua universiti dalam negara kita. Mana-mana mahasiswa yang cenderong kepada gerakan Islamik akan dicop sebagai "pembangkang". Perjuangan mereka dihalang bahkan mereka dianaktirikan oleh pihak pentadbiran atas alasan menyokong parti pembangkang. Walhal mahasiswa ini hanya berpolitik di kampus, dalam kelompok diri mereka masing-masing. Akhirnya akibat tekanan, terpaksa mereka hanya tumpukan kepada pelajaran dan melupakan soal perjuangan masing. Bagi yang pandai "mengipas pihak pentadbiran" akan diberi ruang seluas-luasnya untuk menjadi pemimpin pelajar. Inilah yang berlaku kepada Saiful Bukhari Azlan ketika belajar di Uniten dulu. Biarpun CGPA beliau dibawah paras amaran untuk dibuang, namun dek kerana beliau aktif dalam gerakan "aspirasi kerajaan" akhir dia dipilih sebagai pemimpin pelajar di universiti itu.

Maka itu lahirlah mahasiswa "pak turut" yang rela melakukan apa sahaja akibat ditekan oleh pihak petadbiran universiti. Inilah yang berlaku kepada hampir 10,000 mahasiwa Uitm yang berarak ke Pejabat MB Selangor perihal kuota 10% Uitm mahu dibuka kepada kaum lain. Difahamkan pihak pentadbiran Uitm seluruh Malaysia memaksa pelajar mereka berarak dan melakukan demonstrasi jalanan. Jika tidak keputusan akademik mereka akan terjejas. Inilah dia budaya tidak sihat yang melanda universiti di Malaysia. Sudahlah para pelajar dan mahasiswa ini disekat dengan Akta AUKU selama ini. Kini mereka pula diberikan tekanan oleh pihak universiti yang didalangi oleh NC-NC terbabit yang berkiblatkan UMNO dan Barisan Nasional. Bila fahaman politik dicampur aduk dengan pendidikan, maka itulah akhirnya negara kita dimalukan dengan kedudukan universiti terbaik kita iaitu Universiti Malaya berada ditangga ke 230 universiti terbaik dunia.

Lebih mengharukan lagi, kita tewas dengan dua buah universiti dari negara jiran Singapura. Dua buah universiti di sana iaitu National University Of Singapore dan Nanyang Technological University berada dalam kelompok 200 terbaik. Bahkan turut berada antara 100 terbaik di dunia. Tidakkah ini memalukan kita sebenarnya. Negara yang baru ditubuhkan dan keluar dari kita tahap akademiknya jauh lebih baik dan unggul dari kita. Jika mengikut statistik ranking 2007 lalu, juga UM ketinggalan jauh. Di mana NUS dikedudukan ke-33 dan Nanyang ke-69 jika mahu dibandingkan dengan Universiti Malaya yang terperuk ditangga ke-246. Manakala bagi rangking 2008 pula National University Of Singapore naik ke anak tangga ke-30 dan bagi Nanyang Technological University ditangga ke-77. Bukankah terlalu jauh keupayaan dua buah universiti terbabit jika mahu dibandingkan dengan negara kita. Sesuatu harus dilakukan demi mengembalikan semula kecemerlangan akademik di negara kita.

Ini menunjukkan betapa teruknya tahap kualiti universiti di negara kita bila ia dipengaruhi dengan fahaman politik kepartian. Jika UM ditangga ke 230, kemanakah kedudukannya lain-lain IPTA hebat di negara kita dalam ranking tersebut. Sama-samalah kita fikirkan hal ini demi masa depan generasi akan datang. Marilah kita lakukan perubahan agar universiti kita dibebaskan dari terus terbelenggu dengan pemikiran jumud mereka !!

* Rujuk Ranking Universiti Terbaik Dunia 2008 * Rujuk Ranking Universiti Terbaik Dunia 2007 (UM 246)

Sudahlah tahap akademik dan rangking universiti kita terkeluar dari senarai. Kini apa yang dapat kita lihat ialah tahap sosial dikalangan mahasiswa juga berada pad atahap yang amat kritikal. Ini kerana universiti lebih menitik beratkan soal akademik semata-mata, hingga meminggirkan soal kerohanian terutamanya agama. Maka itulah kita tidak hairan melihat gelagat mahasiswa kita hari ini yang sungguh memualkan untuk diperkatakan di sana sini.

No comments: