PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Sunday, October 19, 2008
Wanita Nombor Satu, Tengku Puan Pahang Dan Rosmah, Siapa Lebih Islamik !!
Rakyat Pahang ternanti dua wanita yang bakal menjadi nombor satu, satunya Rosmah Mansor yan bakal menjadi isteri Perdana Menteri dan satu lagi ialah KDYMM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang bakal menjadi Permaisuri Sultan Pahang suatu hari nanti. Kedua-duanya bakal bertemu di Pekan dan dimana-mana jua dalam majlis-majlis rasmi. Namun, masa untuk Rosmah lebih jelas dari Tengku Puan Pahang. Cuma apa yang membezakan kedua-dua wanita ini ialah sifat dan sikapnya. Rosmah dilihat cukup boros dan suka bergaya yang mewah-mewah. Beliau tidak suka ada orang lain lebih bergaya darinya biarpun orang itu lebih cantik dan seksi darinya.
Pernah berlaku salah seorang isteri pembesar Angkatan Tentera Malaysia, diajak bershoping dengan Rosmah diluar negara. Khabarnya isteri pembesar terbabit terlihat sepasang baju yang cukup cantik dan amat sesuai dengan potongan badannya yang seksi itu. Namun, belum sempat beliau ingin membeli baju tersebut, begitu pantas Rosmah membelinya dulu. Peliknya, beliau bukan beli untuk dipakai. Tetapi beli atas dasar sakit hati jika melihat isteri pembesar terbabit bergaya anggun dengan memakai baju tersebut. Baginya, biar dua-dua kempunan, asalkan beliau bahagia. Sikapnya ini jauh sekali berbeza dengan imej, ketrampilan dan gaya yang ditonjolkan oleh Tengku Puan Pahang yang nampak lebih lembut, berkhemah dan manis dengan senyuman. Jika dibezakan antara Rosmah dengan Tengku Puan Pahang, jauh pangang dari api. Bagi rakyat Pahang yang senantiasa mendampingi Tengku Puan Pahang pasti akan yakin dan bersetuju dengan kenyataan ini. Rosmah nampak agak sombong dan kurang senyuman jika berbanding dengan Tengku Puan yang lebih ayu, ceria dan penyayang.
Tengku Puan Pahang kelihatan sungguh anggun dan manis sekali
Siapa lebih Islamik? Rosmah Mansor atau Tengku Puan Pahang?
Penampilan Tengku Puan Pahang tampak lebih anggun dan Islamik sejak akhir-akhir ini iaitu sejak beliau kembali dari menunaikan fardhu haji beberapa tahun lalu. Beliau kini sudah bertudung dan cukup menarik mata memandang berbeza dengan Rosmah yang masih "rambut terburai" dan tidak menutup aurat. Jika insan yang berstatus darah raja pun tahu kewajipan menutup "aurat", mengapakah Rosmah tidak mahu mencontohinya walhal Malaysia adalah negara Islam hadhari. Senario ini samalah dengan apa yang berlaku antara isteri Yang Dipertuan Agong dan dua-dua isteri Pak Lah Hadhari. Apakah ini melambangkan imej negara Islam yang dicanang-canangkannya selama ini. Terkadang kita lihat isteri PM dengan TPM langsung tidak mencerminkan Islam Hadhari. Namun itulah hakikatnya mereka ini. Rosmah juga dilihat berlebihan dari segi gaya dan penampilan, hingga mengalahkan kerabat raja. Justeru itu sama-samalah kita fikirkan apakah beliau layak menjadi wanita nombor satu negara?
[Hairan dengan sikap jabatan-jabatan kerajaan di Pahang yang masih memaparkan wajah Tengku Puan yang lama walhal beliau kini sudah bertudung. Justeru itu diharapkan agar pihak terbabit menukar semua gambar-gambar rasmi yang tergantung di pejabat dan jabatan masing-masing untuk memberi penghormatan kepada Tengku Puan Pahang. Sesungguhnya Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang adalah raja yang lebih berjiwa rakyat daripada Najib dan Rosmah. Sikap keterbukaaan mereka amat disenangi dan disayangi oleh rakyat Pahang. Daulat Tuanku !! Sila klik pada gambar untuk besarkan imej]
Menyingkap Kronologi Kegagalan Misi Najib Razak Menjadi Perdana Menteri Malaysia
Melihat UMNO yang semakin tenggelam dan akan pupus, maka berbondong-bondonglah ahli akar umbi yang kini sudah mula menyertai Pakatan Rakyat. Pergolakan dalam UMNO sudah tidak dapat dielakkan lagi. Susulan daripada keputusan Pak Lah tidak mahu mengekalkan jawatan Presiden dan mungkin melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib menerusi proses peralihan kuasa dilihat sebagai keterlaluan. Ini kerana, ia mematikan semangat demokrasi dalam parti serta menyebabkan ahli terpaksa menerima individu yang tidak berwibawa dan dicurigai sebagai pemimpin negara. Masalahnya, jika pemimpin itu hanya untuk parti UMNO tidak menjadi halangan. Namun, bila jadi Perdana Menteri maka ia akan menjadi pemimpin seluruh rakyat Malaysia. Sanggupkah kita menerima kenyataan ini?
Pak Lah Kekalkan Jawatan Ketua Bahagian UMNO
Lazimnya, bila tahu kita akan mengundur diri maka kita akan beri ruang yang seluas-luasnya kepada pengganti untuk mengatur perjalanan pentadbiran. Namun, tidak bagi Pak Lah. Beliau bukan sahaja tidak bercuti malahan tidak menarik diri dari dicalonkan di kawasannya. Biarpun Mac 2009, mengamit memori manis buat Najib namun harus dingat banyak petanda-petanda awal dan isyarat yang memungkinkan kenyataan itu tidak mungkin terjadi. Pak Lah mungkin melepaskan jawatan Presiden tetapi tidak Perdana Menteri. Tambahan pula bila dilihat Pak Lah masih mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Kepala Batas baru-baru ini. Semua ini menyebabkan rakyat semakin pening melihat "gelodak" yang melanda kapal UMNO itu. Justeru itu siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika bukan Najib?. Terdapat ramalan mengatakan bahawa Pak Lah akan terus berkuasa. Beliau hanya melakukan keputusan baru-baru ini atas desakan kepimpinan dan mahu meredakan keadaan. Justeru itulah beliau mengumumkan tidak mahu dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO Mac ini. Keputusan itu memberi ruang yang terbuka kepada Najib untuk naik setapak lagi sebagai orang nombor satu negara.
Perbicaraan Akta Hasutan Raja Petra Dijalankan
Namun, harus diingat dalam politik macam-macam boleh terjadi. Bahkan lebih parah lagi hingga bunuh-membunuh. Ini biasa kita lihat dalam politik hari ini. Maka itu apakah petanda yang Najib akan gagal mengejar impiannya itu?. Pastilah beliau akan disabit atau dipanggil ke mahkamah untuk kes hasutan yang melibatkan Raja Petra sekarang ini. Agak pelik bila Raja Petra yang kini ditahan ISA kemudian dibicarakan atas kesalahan yang lain. Walhal sepatutnya kes lain itu dibuang kerana beliau sudah ditahan ISA, iaitu undang-undang yang lebih tinggi dari segala undang-undang di negara ini. Maka itu, perbicaraan Raja Petra sekarang ini dilihat semakin "berhati-hati" dalam usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya Shariibu. Umum melihat keputusan kes yang akan diumumkan hujung bulan ini akan memihak kepada semua tertuduh.
Penahanan Raja Petra Dibuat Secara Tergesa-Gesa
Belum pun cukup 60 hari disiasat dibawah akta ISA, tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan beliau atas akta zalim itu selama dua tahun. Beliau dihantar ke Kem Kemunting secara tergesa-gesa. Bukankah ini menunjukkan pihak-pihak tertentu ingin melindungi Raja Petra dari dikacau ganggu oleh pihak-pihak terbabit. Dengan penahanan ISA, maka Raja Petra sebenarnya akan selamat dari ancaman yang berkaitan. Tambahan pula beliaulah individu yang memegang banyak bukti kukuh tentang pembabitan Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya itu. Anehnya Najib atau Rosmah tidak pula "menyaman" Raja Petra atas akuan bersumpahnya itu. Mereka hanya menafikannya di media. Malahan Najib bersumpah tidak kenal "wanita Monggolia" itu ketika kempen pilihnaraya kecil Permatang Pauh dulu. Ramai yang sangsi mengapa Najib tidak bersumpah "tidak kenal Altantunya" dan hanya menyebut wanita Monggolia?. Lantaran itulah ketika Raja Petra ditahan ISA, segala salinan fail Najib itu telah diserahkan kepada 4 orang individu yang berbeza untuk didedahkan satu persatu.
Pendedahan Skandal Najib-Rosmah Dimulakan
Maka akhirnya siri pendedahan bermula serentak dengan kes perbicaraan mahkamah yang dihadapi oleh Raja Petra. Bermula dengan pendedahan Kickdefella perihal sogokan RM200 juta terhadap Pak Lah bagi menutup kes Altantunya dan juga pendedahan Rosmah membayar RM5 juta kepada saksi Penyiasat Bersendirian Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya. Kemudian yang terbaru pendedahan tentang kes pembelian 12 Helicopter bagi menggantikan Nuri. Dimana terdapat unsur penipuan dalam hal ini ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Kes ini telah didedahkan kepada umum baru-baru ini. Khabarnya banyak lagi pendedahan akan dilakukan dalam masa terdekat ini termasuk tiket perjalanan, penginapan serta foto-foto berkatian antara Rosmah, Najib dan Altantunya semasa ke Perancis dulu. Pendekatan siri pendedahan ini seiring dengan kes mahkamah yang sedang dihadapai oleh Raja Petra.
Keputusan Kes Altantunya Akan Diumumkan
Hujah ini dikuatkan lagi dengan sikap Sirul dan Azilah yang senantiasa mengelak dari diambil gambar oleh media sejak awal beliau ditahan dan didakwa lagi. Semua ini menjurus ke arah pembebasan kerana itulah imej dirinya dielakkan. Ini membolehkan beliau dapat hidup bebas selepas dibebaskan nanti. Bahkan, tidak ada rakyat Malaysia yang akan kenal diri mereka biarpun jasadnya berada bersebelahan dengan kita. Maka itu mereka akan dapat bergerak seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan. Hujah ini amat "konkrit", melihat kepada penghujung perbicaraan Altantunya, pihak peguambela sudah menunjukkan banyak keraguan terhadap tertuduh. Bukankah ini satu skrip biasa yang direka untuk memberi gambaran yang mereka tidak bersalah nanti.
Jika mereka tidak bersalah, siapakah yang akan dipersalahkan?. Masih ingatkah kita kepada kes Noritta Shamsuddin?, pragawati sensasi yang dibunuh kejam dulu?. Dalam kes itu, tertuduh Hanif Basree telah dibebaskan setelah terdapat prima facie yang beliau tidak bersalah membunuh Norrita. Mahkamah memutuskan "terdapat dua lembaga misteri yang tidak dikenal pasti" telah membunuh pragawati itu. Masalahnya, hingga sekarang lembaga itu masih belum dikenalpasti dan didedahkan kepada umum. Akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja tanpa sebarang hukuman kepada pesalah sebenar. Terkadang kita pun naik hairan dengan "profesionalisme" penyiasatan polis dalam kes ini. Kes berprofail tinggi yang akhirnya tiada kesudahannya. Hingga rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang bersalah. Bahkan ada yang mengaitkan nama-nama pemimpin tertinggi terlibat dalam kes ini.
Maka, bagaimanakah Sirul, Azilah dan Razak Baginda boleh terlepas?. Kesnya adalah sama, kemungkinan mereka akan dibebaskan atas fakta "melenyapkan mayat". Ini bermakna mereka melakukan kerja "bom" bukan tujuan membunuh, tetapi sebaliknya melenyapkan mayat. Ini bermakna mayat sudah dibunuh dan mati ketika mereka melakukanya. Maka dalam pertuduhan mahkamah mereka dituduh "membunuh", bila pertuduhan ini dibacakan sekali lagi maka "melenyapkan mayat" bukanlah dikategorikan membunuh orang yang bernyawa. Melenyapkan mayat banyak cara, bagi orang Islam dikebumikan, bagi orang India di bakar serta macam-macam lagi caranya. Maka mereka bertiga pasti dituduh melenyapkan mayat cuma caranya mereka meletupkan dengan "bom C4". Maka itu mereka tidak boleh dituduh dan harus dibebaskan. Soalnya siapakah yang membunuh?. Itu persoalan lain, samalah dalam kes Noritta sehingga ke hari ini masih belum terjawab. Mungkin juga mahkamah akan merumuskan terdapat "lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh Altantunya". Bukankah ini satu alasan logik untuk membolehkan semua tertuduh dilepaskan.
Najib Dan Rosmah Bakal Dipanggil Sebagai Saksi
Dengan perbicaraan kes Raja petra yang semakin membongkarkan cerita sebenar perihal pembunuhan Altantunya itu. Maka sudah pasti mahkamah akhirnya akan diarahkan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi. Akhirnya mereka akan menghadapi perbicaraan tersebut satu persatu. Ini akan berlarutan agak lama dan melepasi tempoh Mac 2009. Pak Lah akan mengatakan beliau tidak campur tangan kes mahkamah dan Najib perlu membela diri. Akhirnya Najib akan diberi cuti sehingga kesnya selesai. Ini bermakna beliau tidak dapat bertanding dalam pemilihan UMNO Mac nanti. Dengan kuasa yang ada pada Pak Lah, sudah pasti beliau akan meneruskan kuasanya sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri.
Pak Lah Laksana Agenda Yakinkan Rakyat
Bagi meyakinkan rakyat beliau masih layak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, maka Pak Lah meberi segala "kebajikan" kepada rakyat. Beliau mempunyai banyak agenda ke arah itu yang sudah dirangka baru-baru ini. Langkah beliau mengarahkan penurunan harga minyak sekarang ini membuatkan rakyat akhirnya kembali "sayang" kepada Pak Lah. Maka, rakyat akan nampak Pak Lah sudah insaf dan mula prihatin dengan nasib mereka. Akhrinya ini akan membuatkan majoriti perwakilan UMNO sebulat suara mahu Pak Lah dikekalkan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Tambahan pula dalam masa yang sama Najib masih diberikan cuti untuk menghadapi kes yang sedang dibicarakan. Mahkamah akan sengaja melengah-lengahkan kes tersebut bagi memberi masa yang panjang untuk Pak Lah terus berkuasa bagi meneruskan pertadbirannya.
Maka itu, sedarlah kita bahawa Najib Razak juga akan "kempunan" nanti. Cara terbaik Najib harus lakukan ialah memastika semua yang dirancang ini gagal. Jika tersilap langkah, sudah pastilah beliau akan terus ditamatkan riwayat politiknya. Justeru itulah kita lihat Pak Lah begitu percaya kepada Najib. tetapi itu didepan, sebaliknya dibelakang beliau tahu Mahathir adalah seteru Najib yang merencanakan proses peralihan kuasa diawalkan dari jadual sepatutnya. Sama-samalah kita ikuti perjalanan kisah ini dan nantikan keputusannya. Jika ini berlaku, maka terbuktilah misi Najib akhirnya berjaya juga digagalkan !
[Kronologi ini hanyalah pandangan pihak kami dan tidak ada kena-kena dengan pihak-pihak berkaitan. Namun mungkin anda juga ada pandangan tersendiri. Kami tidak memaksa untuk anda bersetuju dengan pandangan ini. Kami hanya memberi pandangan ikhlas yang sudah boleh dibaca, jika anda juga berpandangan seperti kami maka terimalah semuanya. Tetapi jika anda berpandangan lebih jauh atau tidak percaya semua ini, anggaplah ia sekadar pandangan peribadi daripada pihak kami. Kita hanya merancang, tapi Allah yang akan menentukan. Apapun yang berlaku, pastikan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam masa terdekat ini. Itu harapan rakyat sebenarnya]
YB Gobalakrishan akan melawat Kuala Krau pada 11 hb November 2008
Saturday, October 18, 2008
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PKR BAHAGIAN TEMERLOH
Tarikh: 24 Oktober 2008 (Jumaat)
Jam: 3.00 ptg
Tempat: SP Seminar Hall, Taman Rimba, Mentakab
Perasmian: Sdra Zakaria Abdul Hamid - Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Pahang
Kesemua ahli PKR Bahagian Temerloh dijemput hadir
Friday, October 17, 2008
LAWATAN KETUA WANITA KeADILan MALAYSIA, MAJLIS HARI RAYA & CERAMAH DI KeADILan BAH LIPIS
Aturcara lawatan:-
5.30 ptg - Ketibaan YB Puan Zuraida di Stesen Petronas Benta
5.45 ptg - Lawatan ke Kg Kemahang untuk menyampaikan bantuan WIRDA
6.00 ptg - Minum petang bersama sama AJK Wanita Negeri Pahang di Kg Kemahang
7.00 mlm - Rehat dan solat maghrib
8.30 mlm - Majlis hari raya dan ceramah Pakatan Rakyat di Markas Pas Tualang Padang, Benta dengan penceramahnya adalah Sdra Zakaria Abdul Hamid Pengerusi Pehubungan KeADILan Negeri Pahang dan YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Persuruhjaya Pas Negeri Pahang
Semua dijemput hadir. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis.
Rumah Terbuka dan Majlis Ceramah PKR Bahagian Kuala Krau
SMS SHAFEE DGN NAJIB BERKAITAN DGN RAZAK BAGINDA
Ini adalah terjemahan saya tentang pesanan ringkas di antara talipon Najib 012-214-31-77 dengan Shafee 012-325-70-52.
Tulisan ini telah saya ambil dari laman MalaysiaKini yang telah memungutnya dari laman MalaysiaToday. Saya terjemahkan kerana saya merasa kecewa dan tertanya-tanya kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menterjemahkan perbualan pesanan ringkas yang besejarah ini.
Saya melakukan terjemahan ini kerana saya adalah pecinta Bahasa Melayu. . Terjemahan ini adalah sumbangan saya kepada para penulis skrip yang akan datang, agar dapat belajar untuk menghayati cara menulis kata bual seperti ini. Ini adalah kata-kata bual yang suci lagi murni dalam sebauh drama yang seharusnya di namakan Saekor Barua Dengan Tuannya.
Saya menterjemahkan tulisan ini kerana ini sajalah sumbangan yang dapat saya lakukan sebagai pencinta Bahasa Melayu. Kalau terjemahan ini salah maka kesilapan itu bukan kerana pesanan ringkas itu salah tetapi saya yang bebal menterjemah. Banyak enjaan asli tidak saya ganggu untuk memperlihatkan keaslian.
Bagaimana salinan pesanan ringkas ini didapati, saya pun tidak tahu. Hanya munkee saya yang mahamengetahui.
Saya hanya menterjemah.Walau apa pun ini terimalah sumbangan saya untuk memutabak Bahasa Melayu dan mengolo-gologlobalkan Bahasa Ibunda. Hidup Bahasa Melayu – let’s speak English!
NOTA :
SpN = Shafee pada Najib
NpS = Najib pada Shafee
RB = Razak Baginda
RABU 8/11/2006
SpN : 8/11/2006 02:59:31--> Dato Seri, Pekara Razak Baginda ni menghantui saya. Boleh saya bantu ? Salam, Shafee
NpS : 8/11/2006 03:45:05--> Kita bincang lewat malam ini.
SpN : 8/11/2006 03:45:31--> Terima kasih
SpN : 8/11/2006 06:28:56--> Jumpa pengawai penyiasat hari ini. Kedaan agak Razak Baginda (RB) agar serious. Ke tiga-tiga mereka terlibat. Kes RB ini boleh kita lawan. Ada banyak pekara yang boleh membantu dia. Tapi, Datuk Seri, kita wajib berjumpa kerana banyak perkara yang masih di awang-awang. Tetapi tidak perlu risau. Salam > Shafee
NpS : 8/11/2006 21:06:11--> Saya telah bercakap degan Ketua Polis Negara. Kamu boleh mewakili dia dan jumpa RB di mahmakah.
KHAMIS 9/11/2006
NpS : 9/11/2006 12:45:30--> Kalau Rb kena reman hingga hari Ahad, apakah ini bermakna dia akan didakwa pada hari Jumaat atau di bebaskan? Saya harap dia ada harapan yang baik.
SpN : 9/11/2006 13:11:23--> 3 pekara akan berlaku. Pertama, pendakwa akan meminta tambah masa reman. Kita akan lawan. Kedua, mereka akan bebaskan dia hari Jumaat atau tiga dia akan dituduh pada Jumaat ini. Polis telah membawa dia ke pejabatnya untuk mendapatkan dokumen. Tidak ada apa yang mencurigakan ditemui. Sekarang polis sedang merakam kenyataan dia.Kemudian memeriksa rumahnya. Hingga sekarang semua terkawal, Dato Seri. Salam, shafee
SpN : 9/11/2006 14:09:03--> Dato Seri, Rujuk: RB – perlu kita berjumpa hari ini. shafee
NpS : 9/11/2006 14:17:47--> 630 petang di rumah saya di PJ petang ini.SpN : 9/11/2006 14:18:21--> Terima kasih
JUMAAT 10/11/2006
NpS : 10/11/2006 15:14:31--> Ada apa-apa berita tentang RB ?
SpN: 10/11/2006 15:19:40--> Dato Seri, sedang mengurus untuk pembebasan berjamin. Kalau tidak polis memerlukan 2 atau 3 hari lagi tambahan. Saya rasa ini dilakukan untuk orang ramai agar pihak polis tidak dilihat berat sebelah terhadap VIP yang selalu diberi layanan istimewa. Jadi VIP dalam keadaan ini menjadi satu beban.Kalau tidak kita dilandasan seperti yang kita rancang. Salam, Shafee
NpS : 10/11/2006 15:27:01--> Terima kasih, dia merasa tertekan mengikut cerita isterinya dan bantuan terbaik ialah jika dia dapat dibebas dengan jaminan secepat Ahad ini.
NpS : 10/11/2006 21:35:52--> Melihat berita di tv. RB dihantar untuk DNA. Tidak pasti apakah ini perlu.
SpN Date: 10/11/2006 21:40:19--> Tidak perlu. Tapi saya fikir kerana radang paru-paru. Dia baru sahaja di hantar ke HUKM. Kita akan tahu lebih jelas dari orang dalam kita disana.
SABTU 11/11/2006
SpN: 11/11/2006 03:17:56--> Dato Seri, Saya telah berada di ccu tingkat 4 hkl. RB telah dimasukkan kerana radang paru-paru, sedikit selsema dan sesak bernafas. Inilah yang menyebabkan dia sakit dada dan batuk berbulan-bulnn yang tak tahu dari mana puncanya. Dia dibawah jagaan seorang physician Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai (ketua Jabatan Perubatan) Adalah baik dia berehat disana dan tidak rumah pasong. Dna telah dilakukan untuk melupuskan bahawa dia berada di tempat jenayah dilakukan (pembakaan tidak bersangkaut paut) Perlu berjumpa Dato Seri ada beberapa hal yang timbul. Salam. Shafee
NpS : 11/11/2006 08:54:17--> Ada peluang dia bebas pada hari Ahad?
SpN : 11/11/2006 08:58:14--> Polis sepatutnya telah membebaskan dia di tarikh itu kecuali pada hemah saya polis telah diganggu oleh media dan tekanan orang ramai.Ada beberapa fakta yang perlu disampaikan secara pribadi kepada Dato Seri. Dalam hal-hal siasatan, kita masih diatas landasan untuk pembebasan dia.
SpN : 11/11/2006 09:26:52--> Telah jelas Polis akan meminta sambungan reman esok. Saya akan menentang sekerasnya kerana semua siasatan telah selesai dan siasatan yang memerlukan RB berada dalam tahanan telah juga selesai. Kedua, semenjak kelmarin polis tidak melakukan apa-apa keculi dna. Ketiga, saya merasa kecewa kerana kecuaian polis yang membenarkan 3 tertuduh bercampur bebas justeru merosakan kenyataan yang akan dibuat nanti kemudian kerana mungkin mereka telah ‘dididik bercakap secara berkumpul’. Tetapi ini juga bukti bahawa polis tidak perlu mengurung yang dituduh. Walau pun RB telah digari ke Bilik Siasatan. Salam. Shafee
NpS : 11/11/2006 11:46:48--> Boleh saya jumpa awak hari ini di rumah Taman Duta saya jam 6 petang.SpN : 11/11/2006 11:59:08--> OK Dato Seri.Insyaallah saya akan ke sana.
AHAD 12/11/2006
SPN : 12/11/2006 13:53:41--> 2 hari penyambungan hingga ke Selasa. Mereka seharusnya telah membebaskan dia di tarikh itu mungkin dengan bersyarat. Polis meminta 14 hari perbicaraan. Dia ada maklumat.
SPN : 12/11/2006 14:06:23--> Akan sampaikan pada Dato Seri tidak lama lagi.
SpN : 12/11/2006 15:10:17--> 0320949418
ISNIN 13/11/2006
SpN : 13/11/2006 15:53:36--> Saya di pejabat sekarang. Sekali lagi pengeledahan. Peguam Negara tidak mahu mendakwa dan kalah satu lagi kes. Adalah satu lagi pandangan yang baik untuk di cadangkan agar teruskan siasatan dan Razak di bebas dengan jaminan Bond.
NpS Tel: 60122143177 Date: 13/11/2006 16:23:29--> Macam mana dengan pengeledahan itu ?
S2N : 13/11/2006 16:25:56--> Kami beri mereka macam-macam barang termasuk pda lama dan buku nota lama dan beberapa kertas bil. Tidak ada apa-apa yang bolih menjadi bahan bukti.
RABU 15/11/2006
SpN 15/11/2006 13:21:32--> Semuanya seperti yang dijangka. 2 pegawai lelaki dituduh membunuh dengan niat yang sama.Nama Razak tidak disebut. Pegawai wanita dibebas tetapi ditangkap kembali di bawah Undang-Undang Darurat untuk digunakan sebagai saksi pendakwa (tepat seperti yang telah saya nujumkan). Saya berharap RB akan dibebaskan dengan jaminan Bond. Empat orang peguam saya sedang menjadi pemerhati dalm kes bunuh ini.Pekara Rb mungkin timbul esok. Tolong talipon. Shafee. Ps telah pulang dari Taipei
NpS : 15/11/2006 23:31:09--> Jadi, harap-harapkan dia dibebaskan esok?
SpN : 15/11/2006 23:34:38--> Dato Seri, saya memandu dari Singapura, tidak ada lagi kapal terbang ke KL malam ini. Harapkan semuanya baik. Ada apa-apa tanda? Shafee
NpS : 15/11/2006 23:36:52--> Tidak ada dengar apa tentang hal itu hingga kini.
KHAMIS 16/11/2006
SpN : 16/11/2006 10:52:43--> Ada apa-apa Dato Seri? Saya telah berada di Mahkamah..
NpS: 16/11/2006 10:53:50--> Minta tolong jangan bercakap dengan media. Saya akan terangkan kemudian. RB akan didakwa atas satu tuduhan yang lain tetapi bukan semuanya gagal.
SpN : 16/11/2006 10:54:30--> OK, Terima Kaseh
JUMAAT 17/11/2006
SpN : 17/11/2006 10:50:30--> Dato Seri, adalah amat mustahak untuk bercakap dengan Yusoff Zainal Abidin kerana dia lebih arif dalam perundangan dalam Chambers. Saya cukup yakin dia juga merasa terganggu kerana tidak ada bukti terhadap Razak. Kes Raja Mahani dan Tengku Ariston seharusnya dijadikan panduan untuk Peguam Negara. Mereka tidak perlu menerima satu tamparan lagi setelah kalah yang memalukan dalam kess Pendakwaan Norita, Ariston, Dato Balwant dan yang lain-lain.
NpS : 17/11/2006 11:39:46--> OK saya akan cuba. Dalam masa yang sama tolong redakan isterinya. Perempuan itu macam dirasuk.
SpN : 17/11/2006 11:41:29--> Saya sedar Dato Seri. Saya akan lakukan apa sahaja. Salam, Shafee
SpN : 17/11/2006 12:57:49--> Dato Seri, Razak belum dihantar ke Hospital. Dia masih kurang sihat. Dia enggan mengambil ubatan penjara kerana takut dikhianati.Pengarah Physician GHKL Dato Dr Jaya Sinnadurai terperanjat kerana mereka tidak membawa Razak sekali lagi ke GHKL. Saya telah bercakap dengan Haji Darussalam, Pengarah Penjara . Boleh atau tidak bisikkan pekara ini kepada Dato Radzi Shek Ahmad? Perlu kita berjumpa kerana ada sesuatu yang saya fikirkan telah terjadi sehingga menyebabkan perempuan itu mati. Cukup memeranjatkan jika saya betul. Shafee
SpN : 17/11/2006 15:45:34--> Dato Seri, saya berada di penjara Sg Buloh. Saya telah mengatur agar Razak di bawa ke HUKL. Dia dalam perjalanan sekarang. Pengarah Hj Darussallam dan timbalan nya Supt Gunasegaran memberi bantuan. Shafee
NpS : 17/11/2006 21:27:02--> Salam saya untuk dia. Dia sentiasa dalam ingatan saya.
SpN Date: 17/11/2006 21:34:44--> Akan beritahu pada dia
AHAD 19/11/2006
SpN : 19/11/2006 16:25:08--> Dato Seri, saya perlukan Dsp Musa , ADC ini perlu menerangkan beberapa pekara. Dia enggan menjawab. ShafeeISNIN 20/11/2006
SpN : 20/11/2006 13:02:33--> Ada apa-apa perkembangan Dato Seri? Shafee
NpS : 20/11/2006 14:30:20--> Belum lagi
SpN : 20/11/2006 14:30:38--> Terima kaseh
SpN : 20/11/2006 21:05:17--> Dato Seri, Razak akan dipindahkan ke Sg. Buloh esok. Bolehkah Dr. Jaya melakukan sesuatu?
NpS : 20/11/2006 23:04:50--> Bila dia akan dipindahkan?
SpN : 20/11/2006 23:05:48--> Esok
NpSe: 20/11/2006 23:07:01--> Jam berapa?
SpN : 20/11/2006 23:08:01--> Kemungkinan lewat pagi
KHAMIS 23/11/2006
NpS Tel: 60122143177 : 23/11/2006 13:46:51--> Pesanan kamu dibaca " Najib bebas dengan jaminan diri!”.
SpN : 23/11/2006 13:50:00--> Razak dibebaskan dengan jaminan 1 juta. Diatas bond pribadi. Shafee? Saya minta maaf banyak-banyak kerana kesilapan itu. Sepanjang malam tak tidur menyediakan kes. Minta ampun dan maaf Sir. salam. shafee
NpS : 23/11/2006 14:00:25--> ALhamdullillah , setidak-tidaknya dia mendapat jamin. Satu kelegaan yang maha besar untuk dia dan keluarganya.
SpN : 23/11/2006 14:02:02--> Dato, Saya perlu memberi penerangan sebelum bercakap dengan dia.Shafee
NpS Date: 23/11/2006 14:12:32--> OK tetapi belum ada niat hendak bercakap dengan dia buat masa ini.
SABTU 2/12/2006
SpN : 2/12/2006 18:59:15--> Dato Seri, telah mendapat maklumat yang agak menakutkan. Dijangkan serious. Akan berada di Taman Duta? Boleh kita berjumpa? Salam, Shafee
SIAPA agaknya Ps yang baru pulang dari Taipei??
Thursday, October 16, 2008
2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej
Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang daripada kolej kediaman kira-kira seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.
UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej". Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.
"Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut," surat pengetua kolej berkenaan profesor madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.
Malaysiakini belum berjaya mendapatkan reaksi pihak kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.Difahamkan, kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.
27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh


Hassan juga, ketika dihubungi semasa berada polis terbabit, turut mengesahkan jumlah yang ditahan ialah seramai 27 orang, termasuk tiga orang wanita. Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan. Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.
Sementara itu, pada jam 12.55 tengahari tadi, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu. Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan dan Mathews George. John memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.
Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.
HINDRAF HARAM! Oleh Haji Suhaimi Said
Pembongkaran Berita Terkini Saiful Bukhari Di Pahang Daily !!

SUARA SONGSANG DARI PASIR MAS
Perbahasan Bajet di dalam Parlimen yang sedang diadakan sekarang menarik perhatian seluruh rakyat di negara ini. Semenjak hari pertama khususnya sewaktu Ketua Pembangkang DS Anwar membahaskan bajet yang dianggapnya lapuk dan tidak praktikal, rakyat telah didedahkan dengan berbagai kemungkaran dan salah laku pemimpin kerajaan BN. DS Anwar berjaya mengemukakan hujah berlandaskan fakta dan bukti, tetapi masih belum cukup untuk menembusi telinga-telinga MP-MP BN yang telah lama tersumbat. Malang sekali, telinga mereka tersumbat dan mulut pula terkunci untuk menyatakan kebenaran.
Saya menjangkakan MP Bebas dari Pasir Mas yang kerusinya disedekahkan oleh PAS berani untuk menyuarakan kepentingan rakyat. Malang seribu kali malang, Ibrahim Ali yang cuba berlagak hero di Parlimen langsung tidak berwibawa untuk berbahas. Seperti biasa, beliau bangun dan sasarannya adalah DS Anwar. Beliau menuduh DS Anwar berlagak hero dan pejuang rakyat. Beliau menuduh DS Anwar hipokrit dan hanya pandai berkata-kata.
Sesekali Raja Katak ini membodek Tuan Guru Hj Hadi yang dikatakan layak menjadi PM. Beliau fikir Tuan Guru Hj Hadi terlalu murah harga sehinggakan termakan oleh bodek Si Katak? Saya tidak faham entah kenapa Ibrahim Ali ini terlalu membenci DS Anwar sejak dari DS Anwar dipecat sehingga sekarang. Dendam kesumat beliau tidak pernah habis melebihi dendam Tun Mahathir terhadap DS Anwar.
Namun demikian, saya memuji sikap DS Anwar yang tidak melayan ahli politik yang tidak berparti dan tidak berprinsip ini. Mungkin DS Anwar ingin menjaga air muka pemimpin PAS yang telah tersilap besar menyerahkan kerusi Pasir Mas kepada Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali sememangnya tidak suka ada orang lain yang lebih disanjung oleh rakyat dan diangkat sebagai wira oleh rakyat. Bukan sahaja DS Anwar menjadi musuhnya, tetapi Presiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Noor juga pernah dihina oleh beliau secara peribadi. Orang kuat Tun Mahathir ini pernah menggelarkan Allahyarham Us Fadzil Noor sebagai Monshe Dayan (bekas PM Israel yang `bermata satu' kerana mata sebelah ditutup).
Raja Katak ini juga pernah membuat lawak jenaka bodohnya dengan menyatakan beliau lah orang yang mengajar Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat memakai `semutar' (serban). Itu adalah kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh Ibrahim Ali suatu ketika dahulu. Kita menjangkakan beliau telah insaf dan berubah setelah diterajang dengan penuh kehinaan oleh UMNO di Pasir Mas. Kita juga fikir Raja Katak ini turut sedar akan dirinya setelah terduduk di Pasir Mas di tangan PAS semasa pilihanraya tiga penjuru tahun 2004 di antara PAS, UMNO dan beliau calon Bebas yang hampir hilang deposit. Hebat sangatkah Ibrahim Ali ini di mata rakyat Pasir Mas ?
PAS sebagai satu wadah perjuangan Islam yang tidak pernah berdendam dan berburuk sangka terhadap sesiapa yang ingin bersama menentang kerajaan yang zalim, sanggup men `sedekah'kan kerusi Parlimen Pasir Mas kepada beliau pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP bekerjasama untuk memenangkan Ibrahim Ali. Akhirnya, dengan ihsan (bukan ketokohannya) pengundi-pengundi Pasir Mas memilih Raja Katak ini sebagai wakil mereka di Parlimen.
Setelah beliau menang, apa yang beliau lakukan di Parlimen? Beliau lebih banyak menghentam Pakatan Rakyat terutamanya peribadi DS Anwar di Parlimen, di akhbar dan di TV. Lebih menyakitkan hati rakyat di Pasir Mas, Ibrahim Ali tetap dengan pendiriannya menyokong Akta ISA walaupun kununnya bersyarat. Akta ISA yang zalim atas apa jua alasan pun ditentang keras oleh Islam dan ini lah perjuangan Tuan Guru Hj Nik Aziz yang mana anak beliau sendiri pernah dizalimi oleh ISA ini. Malang sekali, Ibrahim Ali langsung tidak memikirkan itu semua kerana kini beliau seolah-olah merasa diri beliau hebat menjadi `Presiden Bebas' .
Beliau telah mengkhianati amanah Tuan Guru Hj Nik Aziz dan amanah rakyat di Pasir Mas. Rakyat di Pasir Mas berhak bangun dan bersuara agar Ibrahim Ali meletakkan jawatan serta merta. Malu rakyat Pasir Mas yang mempunyai wakil rakyat seperti `kera sumbang' yang angkuh dan sombong seperti beliau. Masih ramai yang jauh lebih baik dan layak dari Ibrahim Ali untuk kita angkatkan sebagai wakil kita.
Jangan nanti suara anda di Pasir Mas yang menentang kezaliman ISA untuk dibawa ke Parlimen tetapi di`songsang'kan oleh ahli politik yang songsang ini. Untuk DS Anwar, tidak perlu bagi beliau melayan kata-kata Ibrahim Ali, kerana beliau bukan lawan DS Anwar. Cukuplah kami di sini akan bersuara membela DS Anwar dan membela Pakatan Rakyat dari bunyian katak yang songsang ini.
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
GANI PALSUKAN BUKTI, KATA LIM KIT SIANG
Saya diberitahu Peguam Cara Negara membuat kesimpulan daripada siasatan beliau bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memalsukan bukti terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh dan saya mahu Abdul Gani letak jawatan sekarang juga - Lim KS“Bagaimana seorang penjenayah boleh memegang jawatan Peguam Negara,” tegas Lim lagi. Julai lalu Anwar memfailkan laporan polis terhadap Abdul Gani dan ketua Polis Negara, Musa Hassan berhubung dakwaan pemalsuan bukti tetapi telah dinafikan oleh mereka. Siasatan ke atas dakwaan Anwar dipercayai telah dijalankan sejurus laporan polis terhadap Abdul Gani.
Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar
Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah- TGNA“Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama… belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar… bukan cerita baru,” kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini. Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004. Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat. Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan. Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu. Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.
Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: “Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah.”
Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.
“Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis,” katanya. Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.
Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau. Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.
SDRA ZAINUDDIN ZAINAL SELAKU NAIB KETUA BAH PKR TEMERLOH KEMBALI KE RAHMATULLAH
Dari Allah Kita Datang kepada Allah kita kembali
Sahabat kita Saudara Zainuddin Zainal telah meninggal dunia pada pukul 2.15 petang tadi rumah bapa mertua beliau di Jalan Selayang berdekatan AGRO Bank Temerloh Beliau sakit jantung dan telah beberapa kali masuk wad di Hosp Tawakal KL dan HOSHAS Temerloh serta akhir sekali dimasukan ke HOSHAS sebulan lebih dahulu.
Beliau adalah bekas setiausaha PKN Pahang dan terus bersama kita sepanjang perjuangan refosmasi I/SLAH . Beliau bekerja di HSBC Kuantan Isteri beliau Pn Shahrul Yahaya bertugas di HSBC Mentakab. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan dan seorang lelaki juga isteri yang menjaganya sepanjang masa beliau sakit denggan sabar.
DSAI ada mengirim sms ucapan TAKZIAH DOA dan SALAM melalui Sdr Ahmad Nizam kpd keluarga nya, Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perquburan Kg Pengkalan Manggis esok, dekat ESSO Jambatan Temerloh) Pada 1 Syawal saya mengunjungi beliau sempena Raya, beliau masih boleh bergurau walaupun agak susah bertutur akibat stroke.
Hari ini ajal telah sampai dan ucapan Takziah dari kami PKR Bhgn Temerloh dan seluruh Pimpinan Nederi dan Pusat di ucapkan kepada ahli keluarga beliau. Juga kenalan sekerja dan yang mengenali beliau datang menziarah.
Inna Lillahi wa inna ilayhi rojiun
Al-FATIHAH buat Allahyarham Sdra Zainuddin Zainal.
Wednesday, October 15, 2008
Sdr Zainuddin Zainal Pulang ke rahmatullah
Sdr Zainuddin Zainal, Naib Ketua PKR Bahagian Temerloh telah kembali Rahmatullah sebentar.
tadi.
Moga-moga rohnya ducucuri Rahmat.
Tuesday, October 14, 2008
Paku Yang Mengatakan Dulang Serpih
Tadi Murai tertengok RTM 1 dan ternampak pula muka ahli Parlimen itu bersama ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zakarsi. Ahli Parlimen itu dijemput untuk mengulas mengenai perbahasan Bajet yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.
Bukan main lagi kedua mereka membelasah, menyindir dan memperlekehkan Anwar. Kononnya Anwar lebih banyak bercakap soal isu lapok dan mengulangi perkara yang sudah pun dibangkitkan. Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sendiri sudah membangkitkan apa yang disebut oleh Anwar.

Kata ahli Parlimen itu Anwar juga tidak mempunyai autoriti cukup untuk bercakap fasal ekonomi kerana Anwar tidak berkelulusan dalam bidang ekonomi. Kata ahli Parlimen itu lagi Anwar hanya lulus pengajian Melayu di Universiti Malaya tidak seperti Tun Tan Siew Sin, Tengku Razaleigh Hamzah ataupun Tun Daim Zanuddin.
Murai tersenyum macam kambing jamnapari sakit... mengapa pula tidak pertikaikan mengenai Abdullah Badawi dan Mohd Najib yang jadi Menteri Kewangan tetapi tidak ada track record dalam perniagaan dan berkelulusan ekonomi? Faham-fahamlah... mungkin ahli Parlimen itu terlupa agaknya mengenai diri kedua orang itu.
Ahli Parlimen itu juga mempersendakan Anwar katanya apa yang Anwar pernah buat ialah kolej swasta Yayasan Anda. Itupun dah tak ada lagi. Sudah lingkup.
Kalau ahli Parlimen itu menyarankan supaya Anwar jujur dan ikhlas sepertinya. Murai rasa nak terberak dan terus jadi loya macam betina bunting anak haram mendengar kata-kata ahli Parlimen berkenaan. Pandai mengajar orang tetapi lupa melihat kepada diri sendiri.
Mungkin ahli Parlimen itu lupa apa yang berlaku di sekitar dirinya. Berbolot dengan segala macam najis, Mukalazzah, Mutawasitah dan Mukhafafah. Murai harap ahli Parlimen itu pergi kedai cermin dan tilik muka dan seluruh dirinya baik-baik. Kalau boleh beli cermin yang banyak dimensi agar boleh tengok dari semua sudut dari muka hingga ke pantak tahi.
Benarkah ahli Parlimen itu jujur dengan dirinya sendiri. Tidak ada kepentingan dan berjuang untuk rakyat? Dulu masa dilantik oleh Mahathir Mohamad jadi timbalan menteri di JPM (sebagai membalas budi), ahli Parlimen itu bertanggungjawab mengenai udang-undang dan jaga hakim dan peguam.
Apakah ahli Parlimen itu ada kelulusan udang-undang dari mana-mana kolej atau universiti melayakkan beliau memegang jawatan itu? Menurut pengakuannya sendiri beliau hanya lulusan dari Holiday Inn saja. Holiday Inn ialah hotel tempat penyangat dan broker politik berkeliaran di Jalan Raja Laut. Memegang sesuatu yang tidak sepatunya itu namanya kita tidak beramanah kepada diri sendiri! Hal ini ada disebutkan dalam buku agam di Tadika lagi... Tadika Kemas pun ada menyebutnya...
Sebenarnya ahli Parlimen itu hanya ada sijil diploma Sebaran Am UTM sahaja. UTM pun masa tu belum bertaraf universiti lagi. Sijil itu pun boleh dipertikaikan kerana beliau ambil peperiksaan di Kemunting. Menurutnya sendiri yang pernah Murai dengar peperiksaan itu dibantu sepenuhnya wader yang berasal dari Kelantan!
Kalau ahli Parlimen itu jujur beliau patut tidak menerima jawatan timbalan menteri itu. Tetapi kenapa beliau terima juga sampai hampir setahun? Siapakah yang jujur dan tidak jujur dan munafik murakab dalam hal ini?
Lagi dia kata Anwar gagal; dalam perniagaan sekolah Yayasan Anda. Menuduh orang memang sedap tetapi ahli Parlimen itu melupai apa yang berlaku ke atas dirinya. Sekolah swasta, Polly Science yang ditubuhkan juga lingkup ditelan bumi. Bahkan beliau diistyharkan bankrup. Murai masih ingat notis mengenai kebankrupan ahli Parlimen itu pernah dikeluarkan dalam satu akhbar arus perdana sekitar tahuan 80-an dulu.
Kepada ahli Parlimen itu dan Fuad Zarkasi kalaupun nak membodek, bodeklah secara terhormat dan jangan mengutuk Anwar melulu. Ingatlah sikit hari tidak selamanya mendung esok atau lusa ia akan panas. Dan semasa nafirin kebenaran tertiup nanti ke manakah anda hendak menghulurkan diri!
Murai: Bersalam dengan ahli Parlimen itu di kantin Parlimen semalam tanpa ada kata dan bertentangan mata, salam itu tanda Murai gentleman dan jujur!
PAS beralih angin - kini yakin '16 Sept'
PAS akhirnya yakin sepenuhnya dengan “projek 16 September” Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti itu menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan PKR dan DAP.
Keputusan biro politik parti itu minggu lalu telah pun direstui mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.
Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberikan mandat untuk mengetuai delegasi parti itu termasuklah timbalannya Nasharudin Mat Isa, dua naib presiden Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar.
Selain dikritik akibat berunding dengan Umno, Nasharudin sebelum ini tidak pernah dilaporkan terlibat rundingan bersama Pakatan Rakyat, manakala Mohamad menyatakan keraguannya berhubung rancangan penasihat PKR itu.
Rundingan dengan Pakatan sebelum ini didominasi golongan pro-kerjasama dengan Pakatan seperti Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan bendahari Dr Mohd Hatta Ramli.
Helikopter kontroversi terbaru Najib
by MalaysiakiniTimbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.
Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 (lihat jadual) yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".
Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan.""Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.
Menurutnya lagi dalam surat 7 Oktober, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi, yang juga ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan."
LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan.
"Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zahar berkata tindakannya itu "tidak bermotifkan politik."Dalam surat tersebut, Najib juga didakwa "menyampaikan laporan yang kurang tepat kepada Yang Amat Berhormat (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Selain Mentari Services yang bertindak bagi pihak satu daripada empat penender Kelowna Flightcraft Ltd, kontrak pembekalan helikopter itu turut disertai Sikorsky dan Agusta Westland, selain Eurocopter.
Menurut Zahar dalam surat keduanya kepada Najib pada 9 Oktober lalu, Kelowna menawarkan 12 model Kazan MI-172 KF dengan harga RM898 juta, Sikorsky (RM1.45 bilion) dan Eurocopter (RM2.32 bilion).
Pembelian helikopter baru ini bertujuan menggantikan perkhidmatan Nuri, yang dibekalkan oleh Sikorsky, yang sering mengalami kemalangan.
Saranan menggantikan Nuri bermula selepas kemalangan di Genting Sempah, dekat Genting Highlands, pada Julai tahun lalu.Dalam pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, isu pembelian Scorpene dan Sukhoi SU30MKM menjadi begitu hangat sehingga memaksa kementerian mengeluarkan kenyataan menjelaskannya.
Kementerian berkata semua perolehan peralatan berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak membazir.Ia juga menafikan dakwaan kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang kenalan Najib yang kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia.
Najib setakat ini belum mengeluarkan sebarang ulasan berhubung dakwaan dalam surat Zahar.