PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, October 19, 2008

Menyingkap Kronologi Kegagalan Misi Najib Razak Menjadi Perdana Menteri Malaysia

by pahangdaily


Melihat UMNO yang semakin tenggelam dan akan pupus, maka berbondong-bondonglah ahli akar umbi yang kini sudah mula menyertai Pakatan Rakyat. Pergolakan dalam UMNO sudah tidak dapat dielakkan lagi. Susulan daripada keputusan Pak Lah tidak mahu mengekalkan jawatan Presiden dan mungkin melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib menerusi proses peralihan kuasa dilihat sebagai keterlaluan. Ini kerana, ia mematikan semangat demokrasi dalam parti serta menyebabkan ahli terpaksa menerima individu yang tidak berwibawa dan dicurigai sebagai pemimpin negara. Masalahnya, jika pemimpin itu hanya untuk parti UMNO tidak menjadi halangan. Namun, bila jadi Perdana Menteri maka ia akan menjadi pemimpin seluruh rakyat Malaysia. Sanggupkah kita menerima kenyataan ini?


Pak Lah Kekalkan Jawatan Ketua Bahagian UMNO

Lazimnya, bila tahu kita akan mengundur diri maka kita akan beri ruang yang seluas-luasnya kepada pengganti untuk mengatur perjalanan pentadbiran. Namun, tidak bagi Pak Lah. Beliau bukan sahaja tidak bercuti malahan tidak menarik diri dari dicalonkan di kawasannya. Biarpun Mac 2009, mengamit memori manis buat Najib namun harus dingat banyak petanda-petanda awal dan isyarat yang memungkinkan kenyataan itu tidak mungkin terjadi. Pak Lah mungkin melepaskan jawatan Presiden tetapi tidak Perdana Menteri. Tambahan pula bila dilihat Pak Lah masih mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Kepala Batas baru-baru ini. Semua ini menyebabkan rakyat semakin pening melihat "gelodak" yang melanda kapal UMNO itu. Justeru itu siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika bukan Najib?. Terdapat ramalan mengatakan bahawa Pak Lah akan terus berkuasa. Beliau hanya melakukan keputusan baru-baru ini atas desakan kepimpinan dan mahu meredakan keadaan. Justeru itulah beliau mengumumkan tidak mahu dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO Mac ini. Keputusan itu memberi ruang yang terbuka kepada Najib untuk naik setapak lagi sebagai orang nombor satu negara.


Perbicaraan Akta Hasutan Raja Petra Dijalankan

Namun, harus diingat dalam politik macam-macam boleh terjadi. Bahkan lebih parah lagi hingga bunuh-membunuh. Ini biasa kita lihat dalam politik hari ini. Maka itu apakah petanda yang Najib akan gagal mengejar impiannya itu?. Pastilah beliau akan disabit atau dipanggil ke mahkamah untuk kes hasutan yang melibatkan Raja Petra sekarang ini. Agak pelik bila Raja Petra yang kini ditahan ISA kemudian dibicarakan atas kesalahan yang lain. Walhal sepatutnya kes lain itu dibuang kerana beliau sudah ditahan ISA, iaitu undang-undang yang lebih tinggi dari segala undang-undang di negara ini. Maka itu, perbicaraan Raja Petra sekarang ini dilihat semakin "berhati-hati" dalam usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya Shariibu. Umum melihat keputusan kes yang akan diumumkan hujung bulan ini akan memihak kepada semua tertuduh.


Penahanan Raja Petra Dibuat Secara Tergesa-Gesa

Belum pun cukup 60 hari disiasat dibawah akta ISA, tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan beliau atas akta zalim itu selama dua tahun. Beliau dihantar ke Kem Kemunting secara tergesa-gesa. Bukankah ini menunjukkan pihak-pihak tertentu ingin melindungi Raja Petra dari dikacau ganggu oleh pihak-pihak terbabit. Dengan penahanan ISA, maka Raja Petra sebenarnya akan selamat dari ancaman yang berkaitan. Tambahan pula beliaulah individu yang memegang banyak bukti kukuh tentang pembabitan Najib dan Rosmah dalam kes Altantunya itu. Anehnya Najib atau Rosmah tidak pula "menyaman" Raja Petra atas akuan bersumpahnya itu. Mereka hanya menafikannya di media. Malahan Najib bersumpah tidak kenal "wanita Monggolia" itu ketika kempen pilihnaraya kecil Permatang Pauh dulu. Ramai yang sangsi mengapa Najib tidak bersumpah "tidak kenal Altantunya" dan hanya menyebut wanita Monggolia?. Lantaran itulah ketika Raja Petra ditahan ISA, segala salinan fail Najib itu telah diserahkan kepada 4 orang individu yang berbeza untuk didedahkan satu persatu.


Pendedahan Skandal Najib-Rosmah Dimulakan

Maka akhirnya siri pendedahan bermula serentak dengan kes perbicaraan mahkamah yang dihadapi oleh Raja Petra. Bermula dengan pendedahan Kickdefella perihal sogokan RM200 juta terhadap Pak Lah bagi menutup kes Altantunya dan juga pendedahan Rosmah membayar RM5 juta kepada saksi Penyiasat Bersendirian Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya. Kemudian yang terbaru pendedahan tentang kes pembelian 12 Helicopter bagi menggantikan Nuri. Dimana terdapat unsur penipuan dalam hal ini ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Kes ini telah didedahkan kepada umum baru-baru ini. Khabarnya banyak lagi pendedahan akan dilakukan dalam masa terdekat ini termasuk tiket perjalanan, penginapan serta foto-foto berkatian antara Rosmah, Najib dan Altantunya semasa ke Perancis dulu. Pendekatan siri pendedahan ini seiring dengan kes mahkamah yang sedang dihadapai oleh Raja Petra.

Keputusan Kes Altantunya Akan Diumumkan

Hujah ini dikuatkan lagi dengan sikap Sirul dan Azilah yang senantiasa mengelak dari diambil gambar oleh media sejak awal beliau ditahan dan didakwa lagi. Semua ini menjurus ke arah pembebasan kerana itulah imej dirinya dielakkan. Ini membolehkan beliau dapat hidup bebas selepas dibebaskan nanti. Bahkan, tidak ada rakyat Malaysia yang akan kenal diri mereka biarpun jasadnya berada bersebelahan dengan kita. Maka itu mereka akan dapat bergerak seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan. Hujah ini amat "konkrit", melihat kepada penghujung perbicaraan Altantunya, pihak peguambela sudah menunjukkan banyak keraguan terhadap tertuduh. Bukankah ini satu skrip biasa yang direka untuk memberi gambaran yang mereka tidak bersalah nanti.
Jika mereka tidak bersalah, siapakah yang akan dipersalahkan?. Masih ingatkah kita kepada kes Noritta Shamsuddin?, pragawati sensasi yang dibunuh kejam dulu?. Dalam kes itu, tertuduh Hanif Basree telah dibebaskan setelah terdapat prima facie yang beliau tidak bersalah membunuh Norrita. Mahkamah memutuskan "terdapat dua lembaga misteri yang tidak dikenal pasti" telah membunuh pragawati itu. Masalahnya, hingga sekarang lembaga itu masih belum dikenalpasti dan didedahkan kepada umum. Akhirnya kes itu ditutup begitu sahaja tanpa sebarang hukuman kepada pesalah sebenar. Terkadang kita pun naik hairan dengan "profesionalisme" penyiasatan polis dalam kes ini. Kes berprofail tinggi yang akhirnya tiada kesudahannya. Hingga rakyat mula tertanya-tanya siapakah yang bersalah. Bahkan ada yang mengaitkan nama-nama pemimpin tertinggi terlibat dalam kes ini.
Maka, bagaimanakah Sirul, Azilah dan Razak Baginda boleh terlepas?. Kesnya adalah sama, kemungkinan mereka akan dibebaskan atas fakta "melenyapkan mayat". Ini bermakna mereka melakukan kerja "bom" bukan tujuan membunuh, tetapi sebaliknya melenyapkan mayat. Ini bermakna mayat sudah dibunuh dan mati ketika mereka melakukanya. Maka dalam pertuduhan mahkamah mereka dituduh "membunuh", bila pertuduhan ini dibacakan sekali lagi maka "melenyapkan mayat" bukanlah dikategorikan membunuh orang yang bernyawa. Melenyapkan mayat banyak cara, bagi orang Islam dikebumikan, bagi orang India di bakar serta macam-macam lagi caranya. Maka mereka bertiga pasti dituduh melenyapkan mayat cuma caranya mereka meletupkan dengan "bom C4". Maka itu mereka tidak boleh dituduh dan harus dibebaskan. Soalnya siapakah yang membunuh?. Itu persoalan lain, samalah dalam kes Noritta sehingga ke hari ini masih belum terjawab. Mungkin juga mahkamah akan merumuskan terdapat "lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh Altantunya". Bukankah ini satu alasan logik untuk membolehkan semua tertuduh dilepaskan.

Najib Dan Rosmah Bakal Dipanggil Sebagai Saksi

Dengan perbicaraan kes Raja petra yang semakin membongkarkan cerita sebenar perihal pembunuhan Altantunya itu. Maka sudah pasti mahkamah akhirnya akan diarahkan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi. Akhirnya mereka akan menghadapi perbicaraan tersebut satu persatu. Ini akan berlarutan agak lama dan melepasi tempoh Mac 2009. Pak Lah akan mengatakan beliau tidak campur tangan kes mahkamah dan Najib perlu membela diri. Akhirnya Najib akan diberi cuti sehingga kesnya selesai. Ini bermakna beliau tidak dapat bertanding dalam pemilihan UMNO Mac nanti. Dengan kuasa yang ada pada Pak Lah, sudah pasti beliau akan meneruskan kuasanya sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri.


Pak Lah Laksana Agenda Yakinkan Rakyat

Bagi meyakinkan rakyat beliau masih layak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, maka Pak Lah meberi segala "kebajikan" kepada rakyat. Beliau mempunyai banyak agenda ke arah itu yang sudah dirangka baru-baru ini. Langkah beliau mengarahkan penurunan harga minyak sekarang ini membuatkan rakyat akhirnya kembali "sayang" kepada Pak Lah. Maka, rakyat akan nampak Pak Lah sudah insaf dan mula prihatin dengan nasib mereka. Akhrinya ini akan membuatkan majoriti perwakilan UMNO sebulat suara mahu Pak Lah dikekalkan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Tambahan pula dalam masa yang sama Najib masih diberikan cuti untuk menghadapi kes yang sedang dibicarakan. Mahkamah akan sengaja melengah-lengahkan kes tersebut bagi memberi masa yang panjang untuk Pak Lah terus berkuasa bagi meneruskan pertadbirannya.
Maka itu, sedarlah kita bahawa Najib Razak juga akan "kempunan" nanti. Cara terbaik Najib harus lakukan ialah memastika semua yang dirancang ini gagal. Jika tersilap langkah, sudah pastilah beliau akan terus ditamatkan riwayat politiknya. Justeru itulah kita lihat Pak Lah begitu percaya kepada Najib. tetapi itu didepan, sebaliknya dibelakang beliau tahu Mahathir adalah seteru Najib yang merencanakan proses peralihan kuasa diawalkan dari jadual sepatutnya. Sama-samalah kita ikuti perjalanan kisah ini dan nantikan keputusannya. Jika ini berlaku, maka terbuktilah misi Najib akhirnya berjaya juga digagalkan !


[Kronologi ini hanyalah pandangan pihak kami dan tidak ada kena-kena dengan pihak-pihak berkaitan. Namun mungkin anda juga ada pandangan tersendiri. Kami tidak memaksa untuk anda bersetuju dengan pandangan ini. Kami hanya memberi pandangan ikhlas yang sudah boleh dibaca, jika anda juga berpandangan seperti kami maka terimalah semuanya. Tetapi jika anda berpandangan lebih jauh atau tidak percaya semua ini, anggaplah ia sekadar pandangan peribadi daripada pihak kami. Kita hanya merancang, tapi Allah yang akan menentukan. Apapun yang berlaku, pastikan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara dalam masa terdekat ini. Itu harapan rakyat sebenarnya]

No comments: