PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, October 16, 2008

HINDRAF HARAM! Oleh Haji Suhaimi Said

Kerajaan Barisan Nasional mengisytiharkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) sebagai pertubuhan haram dibawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta335). Perisytiharan itudiumukan oleh Datuk Syed Hamid Albar dan telah diwartakan dengan berkuatkuasa serta merta.
Dengan pengharaman ini ahli-ahli Hindraf secara otomatik tidak lagi dapat aktif dibawah pertubuhan itu, dan segala tuntutan pertubuhan itu untuk kepentingan masyarakat kaum India tidak lagi dapat diteruskan melalui Hindraf.
Maka suatu perjuangan merealisasikan aspirasi kaum India melalui pertubuhan yang halal mengikut undang-undang dengan tiba-tiba terhenti, namun hampir kesemua tuntutan Hindraf untuk kepentingan kaum India masih belum tertunai.
Perjuangan kaum India secara yang hak masih perlu diteruskan samada melalui badan baru yang perlu ditubuhkan segera atau dipindahkan kepada badan-badan yang berdaftar.
Tuntutnan Hindraf adalah tuntutan yang legitimate dan sah. Hindraf bukanlah pertubuhan yang mendasari keganasan, dan pertubuhan itu telah dengan berbagai cara yang sah mendekati pihak Kerajaan bagi mendepani masalah mereka (kaum India).
Mereka telah menyerahkan Memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri sebelum mereka mengadakan Tunjuk Perasaan dengan kehadiran lebih 30,000 manusia dijalanan di Kuala Lumpur.
Demonstrasi yang mereka adakan bukanlah berbentuk keganasan, namun Demonstrasi itu bertukar menjadi tidak terkawal apabila pihak berkuasa polis bukan sahaja melepaskan gas pemedih mata yang beracun dan semburan air yang beracun, tetapi menggunakan kekerasan bagi menyuraikan demonstrasi itu.
Jika demonstrasi itu ditangani dengan baik, pihak polis bekerjasama mendahului jalan-jalan arah tuju demonstrasi itu, seperti demonstrasi besar-besaran di Kota London, tidak mungkin demonstrasi yang bertujuan untuk menyedarkan orang ramai keatas tuntutan yang hak boleh bertukar menjadi demonstrasi yang berbentuk tidak terkawal.
Namun, penyalahgunaan kekuasaan dari malam sebelum demonstrasi itu di Batu Cave menjadikan demonstrasi yang diatur untuk kesedaran itu sebagai tidak terkawal.
Kerajaan boleh mengharamkan Hindraf, kerana semua kuasa terlonggok kepada Kerajaan, tetapi Kerajaan tidak boleh menyuraikan tuntutan yang legitimate dari kalangan penduduk India.
Tuntutan yang dibawakan oleh Hindraf adalah legitimate, ia bukan mempersoalkan Hak Keistimewaan Orang Melayu, ia bukan juga ingin mengambil alih apa-apa hak dan kepentingan Melayu, tetapi bertujuan semata-mata untuk memperjuangkan hak kaum India dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan hak mereka keatas kuilkuil mereka.
Tuntutan mereka tidak bercanggah dengan kepentingan Orang Melayu atau Orang Cina dan jika Kerajaan memberikan perhatian serius kepada tuntutan itu, bukan sahaja kaum India akan merasa bermenfaat, ia juga akan menstabilkan keadaan politik.
Malangnya Barisan Nasional ini bukan sahaja tidak mahu menerima pandangan pihak ketiga, ia sentiasa curiga dengan apa-apa pandangan selain daripada pandangan puak-puak yang bergabung didalam BN.
Selaku Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang saya alu-alukan semua ahli-ahli Hindraf menyertai keahlian Parti Keadilan Rakyat.

No comments: