PARLIMEN, 15 OKTOBER (SK)- Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendedahkan siasatan Peguam Cara Negara, Idrus Harun mendapati Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah menyalahguna kuasanya dalam memalsukan bukti berkaitan perbicaraan Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim pada 1998.
Beliau membuat dakwaan tersebut semasa perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini. Lim berkata sumber memberitahu beliau siasatan ke atas Abdul Gani telah dijalankan oleh Idrus pada Julai lalu. “Saya diberitahu Peguam Cara Negara membuat kesimpulan daripada siasatan beliau bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memalsukan bukti terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh dan saya mahu Abdul Gani letak jawatan sekarang juga.
“Bagaimana seorang penjenayah boleh memegang jawatan Peguam Negara,” tegas Lim lagi. Julai lalu Anwar memfailkan laporan polis terhadap Abdul Gani dan ketua Polis Negara, Musa Hassan berhubung dakwaan pemalsuan bukti tetapi telah dinafikan oleh mereka. Siasatan ke atas dakwaan Anwar dipercayai telah dijalankan sejurus laporan polis terhadap Abdul Gani.
No comments:
Post a Comment